omniture

Microland Terus Perkukuh Pematuhan GDPR

Microland
2018-08-09 11:49 1032

LONDON, 9 Ogos 2018/PRNewswire/ --

Diperakui BS 10012  Piawaian Sistem Pengurusan Maklumat Peribadi  

Microland, selaku pemecut digital, hari ini mengumumkan ia berjaya menyelesaikan audit pensijilan BSI untuk BS 10012 – Piawaian untuk Sistem Pengurusan Maklumat Peribadi dan audit pengawasan untuk ISO 27001:2013 dan ISO 20000-1:2011. Institut Piawaian British (BSI), badan piawaian kebangsaan United Kingdom, telah memperakui proses penyerahan Microland menurut piawaian global ini. Pensijilan BS 10012 membolehkan pusat-pusat penyerahan Microland mematuhi GDPR dan undang-undang privasi lain yang terpakai dengan berkesan.

Tahun ini, skop pensijilan dilanjutkan kepada hab-hab digital baharu di Birmingham dan Pune. Hab digital Microland di Birmingham turut diperakui untuk Cyber Essentials (CES) dan Cyber Essentials Plus (CES+). Ia dianugerahkan selepas pengesahan bebas kedudukan keselamatan siber Microland oleh pakar-pakar teknikal.

"Pasukan Risiko & Pematuhan Microland mempunyai rangka kerja yang matang untuk menentusahkan dan mengesahkan keperluan berkaitan secara berkala bagi memastikan kami terus mematuhi dan mengekalkan sistem pengurusan bersepadu yang berkesan. Setiap pensijilan baharu mengukuhkan komitmen kami untuk terus memberi perkhidmatan contoh kepada Pelanggan," kata Sudhir C, Ketua Global – Risiko & Pematuhan, Microland Limited.

"BSI telah bekerjasama dengan Microland selama lebih sedekad lamanya. Microland telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat, berdasarkan Piawaian ISO 27001:2013, sistem Pengurusan Perkhidmatan IT, berdasarkan Piawaian ISO 20000-1:2011 dan kini Sistem Pengurusan Maklumat Peribadi, berdasarkan Piawaian BS 10012:2017, yang telah diperakui oleh BSI. Pasukan Microland telah menunjukkan komitmen berterusan terhadap piawaian global dan keperluan dan telah menerapkannya ke dalam budaya mereka. BSI juga turut memperakui pusat Birmingham Microland untuk Cyber Essentials dan Cyber Essentials Plus. BSI berbangga kerana dapat menjadi rakan kongsi Microland dalam perjalanan mereka ke arah mencapai kecemerlangan dan berharap dapat meraih kejayaan dalam usaha mereka untuk menjadi Pemecut Digital," kata Nagendra Venkobarao, Penolong Naib Presiden, BSI India.

Latar Belakang Microland: 

Microland mempercepatkan usaha perjalanan transformasi digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka dalam menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 3,800 ahli profesional merentasi pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif dalam proses perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut: https://www.microland.com

Perhubungan Media:
Arun Kiran R
Ketua Perhubungan Awam
arunkr@microland.com

Source: Microland
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Licensing/marketing agreements