omniture

Comviva Menangi Tiga Anugerah di Anugerah CMO Asia 2018

Comviva
2018-08-10 16:55 567

NEW DELHI, 10 Ogos 2018/PRNewswire/ --           

    - Kempen 'Sedekad Mengubah Kehidupan' Comviva menang kategori Penggunaan Media Sosial dalam Pemasaran Terbaik dan Kempen Bersepadu Digital Terbaik  

    - Anugerah Kecemerlangan Jenama dalam Sektor Perkhidmatan Telekomunikasi untuk inisiatif pemasaran kandungan

 Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi tiga anugerah di Anugerah CMO Asia edisi ke-9 yang diadakan baru-baru ini di Singapura. Syarikat memenangi anugerah-anugerah dalam kategori-kategori 'Kempen Bersepadu Digital Terbaik', 'Penggunaan Media Sosial dalam Pemasaran Terbaik' dan 'Kecemerlangan Jenama dalam Sektor Perkhidmatan Telekomunikasi'.

generated by system

Kempen pemasaran Comviva yang padu – Sedekad mengubah kehidupan amat penting dalam mengukuhkan kedudukan kepimpinan syarikat dalam bidang kewangan mudah alih menerusi dunia dalam talian dan luar talian. Kempen berkenaan memanfaatkan medium luar talian selain saluran-saluran digital seperti LinkedIn, Twitter, Facebook dan YouTube demi mengukuhkan kedudukan kepimpinan syarikat dalam bidang penyelesaian kewangan mudah alih dan memperoleh petunjuk yang relevan dan muat turun kajian kes. Kempen tersebut berjaya meraih kemenangan dalam dua kategori iaitu 'Kempen Bersepadu Digital Terbaik' dan 'Penggunaan Media Sosial dalam Pemasaran Terbaik'. Kemenangan ketiga untuk Comviva adalah dalam kategori 'Kecemerlangan Jenama dalam Sektor Perkhidmatan Telekomunikasi' bagi inisiatif-inisiatif pemasaran kandungan bagi tahun 2017. Objektif strategi pemasaran kandungan yang dibaik pulih sepanjang tahun itu adalah untuk memanfaatkan pemasaran kandungan dengan cara yang optimum, demi mewujudkan Comviva sebagai pemimpin pemikiran dalam bidang fungsinya.

Bercakap mengenai majlis tersebut, Rajat Dayal, Naib Presiden, Pemasaran di Comviva berkata, "Kami berasa amat bertuah kerana meraih pengiktirafan antarabangsa yang begitu berprestij. Anugerah-anugerah ini sememangnya pengiktirafan sebenar terhadap kempen-kempen inovatif Comviva ke arah mencapai kecemerlangan dalam bidang pemasaran dan penjenamaan."

Anugerah CMO Asia kali ke-9 ialah forum premium yang menghimpunkan pemasar elit, penjaga jenama, pemimpin pengiklanan dan kreatif bersama-sama di bawah satu bumbung. Program  ini menawarkan ahli-ahli profesional pemasaran yang terkemuka, agensi-agensi dan para perunding dengan persekitaran yang mesra bagi mengiktiraf dan mengganjari kecemerlangan. Anugerah-anugerah berkenaan akan membawakan ahli-ahli profesional industri terbaik yang telah membuat sumbangan luar biasa dalam segmen Penjenamaan dan Pemasaran. Anugerah-anugerah tersebut bertujuan unutk mengganjari yang terbaik dalam industri dan meningkatkan reputasi.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Comviva Technologies Ltd.
Hubungi: +91-124-481-9000
Emel: pr@mahindracomviva.com  

Sumber: Comviva

Source: Comviva
Keywords: Internet Technology Awards