omniture

Makeblock Sekali Lagi Diperakui pada 2018 oleh Kokoa Standard untuk Kualiti Pendidikan yang Tinggi

Makeblock
2018-08-11 02:56 2133

SHENZHEN, China, 11 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka di dunia Makeblock mengumumkan bahawa robot-robot STEAM, Codey Rocky, Neuron dan platform pengaturcaraan mBlock telah menerima sijil daripada Kokoa Education Standard-Finland untuk kualiti tingginya dalam pedagogi dan kebolehgunaan. Ini merupakan sijil Kokoa kedua untuk Makeblock pada tahun 2018 selepas siri mBot diperakui pada bulan Mei lalu.

 

Makeblock Codey Rocky & mBlock
Makeblock Codey Rocky & mBlock


"Penyelesaian STEAM Makeblock telah mencecah lebih 4.5 juta pengguna di lebih 140 negara. Sijil Kokoa kedua tahun ini sekali lagi menandakan pematuhan jelas Makeblock dengan pedagogi STEAM yang terkemuka di dunia. Dengan momentum ini, kami akan membolehkan lebih ramai orang di seluruh dunia menikmati keseronokan mencipta dengan penyelesaian yang menginspirasikan daripada kami," kata Jasen Wang, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Makeblock.

Menurut laporan penilaian Kokoa [#1; #2], produk-produk Makeblock yang diperakui menunjukkan kecemerlangan dalam Sasaran Pembelajaran, Pendekatan Pedagogi dan Penglibatan Pembelajaran. Codey Rocky dan Neuron didatangkan dengan bahan bimbingan belajar-dengan-melakukan, menawarkan pelajar-pelajar dengan penyelesaian pembelajaran berkualiti tinggi, kebolehsesuaian dalam robotik, AI, IoT dan kemungkinan penciptaan tiada had dengan hasil pembelajaran boleh ramal yang tepat. mBlock, menampilkan IoT dan Pembelajaran Mesin, bertindak sebagai instrumen pengaturcaraan Scratch dan Python yang versatil untuk pelajar-pelajar muda. Ia merupakan persekitaran terbuka untuk menghasilkan sebarang jenis projek kreatif yang mana para pelajar digalakkan untuk membina pemahaman pengetahuan yang lebih mendalam dan meneroka alatan serta kandungan bagi menyelesaikan masalah.

Produk-produk yang diperakui itu setakat ini telah memenangi 8 gelaran antarabangsa, seperti Anugerah IF Design Jerman, Anugerah Red Dot Product Design Jerman, Anugerah Family Choice Amerika, Anugerah Gold Edison Amerika, Anugerah CES Innovation, Anugerah IDEA Gold Amerika, Anugerah K-Design Gold Korea dan Anugerah Good Design Jepun.

Kokoa ialah agensi piawaian pendidikan Finland yang melaksanakan penilaian saintifik untuk memastikan guru-guru dan para pelajar di dunia mempunyai alatan pembelajaran yang terbaik. Para pemohon perlu melalui proses penilaian akademik dan psikologi pendidikan yang dibangunkan oleh Kokoa bersama para penyelidik universiti Finland. Kokoa juga terlibat dalam program rasmi Agensi Kebangsaan Finland untuk Pendidikan dan merupakan penerima Anugerah Inovasi Asia BETT 2018 untuk kaedah-kaedah penilaiannya.

Klik di sini untuk membawa pulang produk-produk Makeblock yang diperakui Kokoa.

Latar Belakang Makeblock

Makeblock Co., Ltd, ditubuhkan pada tahun 2013, ialah penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka. Menyasarkan pasaran pendidikan dan hiburan STEAM untuk sekolah, institusi pendidikan dan keluarga, Makeblock menyediakan penyelesaian perkakasan, perisian, kandungan yang paling lengkap serta pertandingan robotik unggul, dengan matlamat untuk mencapai penyepaduan teknologi dan pendidikan yang mendalam. Ikuti kami @Makeblock melalui Facebook atau Twitter, atau layari www.makeblock.com.

 

Source: Makeblock
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Household/Consumer/Cosmetics Toys Awards