omniture

CIFF Shanghai 2018 bakal pamer produk baharu dan jenama pilihan di pameran yang akan tetapkan trend untuk kelengkapan rumah

China International Furniture Fair (Shanghai)
2018-08-13 23:01 1467

- CIFF Shanghai akan meliputi ruang seluas 400,000 meter persegi di Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) di Hongqiao. Kehadiran pempamer unggul yang baharu akan membantu mengenal pasti trend reka bentuk sebenar yang diperlukan oleh pengunjung yang banyak melabur dalam kualiti, citarasa dan jenama. 

GUANGZHOU, China, 13 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- CIFF Shanghai, mulai 10 hingga 13 September 2018 akan menjadi tuan rumah kepada peneraju industri dan perusahaan termaju, menggamit perhatian terhadap pelancaran produk baharu dalam industri dan memulakan trend dalam kelengkapan rumah: lebih 1200 pempamer akan mempamerkan produk baharu mereka, termasuk banyak jenama yang terkemuka dalam industri seperti Man Wah, Kuka, Zuoyou, Sleemon, Scihome, Ashley, HTL, Chateaud'Ax, Violino, Landbond, QM, Kinwai, Jongtay, Dious, Maratti, Merryfair, UE, Fuhe, Henglin, Homag, SCM, Biesse, Sikai, Yongwei, Global Views, VC Asia, Creative, Vivabella, Caopu, Higold dan Evergaining.

CIFF Shanghai kali ke-42 bakal diadakan di Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) di Hongqiao, mulai 10 hingga 13 September 2018, menjadi tuan rumah kepada lebih 1,200 pempamer dan meliputi kawasan pameran seluas 400,000 meter persegi dengan susun atur dioptimum.
CIFF Shanghai kali ke-42 bakal diadakan di Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) di Hongqiao, mulai 10 hingga 13 September 2018, menjadi tuan rumah kepada lebih 1,200 pempamer dan meliputi kawasan pameran seluas 400,000 meter persegi dengan susun atur dioptimum.

Lebih 90 jenama terkenal akan membuat penampilan sulung di CIFF Shanghai 2018, termasuk jenama-jenama antarabangsa seperti Thomasville & Co., Lexington, Rochebobois, Medea, Composad, Rossini, Tonin Casa, Nagano, Seki, Muuto dan White Feathers; jenama rekaan mewah seperti Weimo, MC, Wuuyo, Xiqi, Kinetic Amber, Camerich, IKASAS, Cocomat, Mine, Bushi Jade, Mujing, Cozy dan Tayohya; jenama tilam seperti Sealy, Dunlop, Lattoflex, Tempur, Yunshitong, Serta, Airland, Medicoil, Sleepmaker dan Simmons; jenama perabot kanak-kanak seperti Colorlife, X.M.B, Douding, Hello Kitty dan SingBee, serta jenama kelengkapan rumah pintar seperti iflytek, Morgan Dooya, Creavr, Huoshu Data dan Homexpress.

Pameran Mesin Perabot & Mesin Kerja Kayu Antarabangsa China (Shanghai) akan memperkenalkan jenama-jenama mesin panel berasaskan kayu seperti syarikat-syarikat gergasi Jerman Homag, Weinig, Siempelkamp, Wenhoener, syarikat-syarikat besar Itali Biesse dan Scm, syarikat-syarikat Austria Andritz dan Berndorf serta syarikat-syarikat Scandinavia Sandvik dan Valmet, selain banyak pembina dan pengendali Cina yang penting seperti Nanxing, Jinan Restar, Yalian, Foma Group, Swpm, Lmt, Ruiwudi, Leke, Huajian, Yuantina, Lianrou, Hengkang, Fuyi dan Zinqunli.

Perhubungan Media: 
Jun Chen
+86-20-89128065
chenj@fairwindow.com.cn
1251089755@qq.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180803/2202798-1

Source: China International Furniture Fair (Shanghai)
Keywords: Construction/Building Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news Future Events