omniture

Salim Group buat pelaburan strategik dalam Youtap

Youtap
2018-08-14 04:00 1681

SINGAPURA dan JAKARTA, Indonesia, 14 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Youtap Limited ("Youtap") memeterai satu perkongsian dengan konglomerat Indonesia Salim Group ("Salim") untuk menubuhkan syarikat-syarikat operasi dalam pelbagai pasaran bagi menjalankan perniagaan untuk menyediakan aplikasi dan penyelesaian e-Wang kepada peniaga dan pengguna. Salim akan melabur dalam Youtap dan akan memegang kepentingan minoriti yang besar dalam Youtap atas kejayaan penubuhan syarikat-syarikat operasi.

Pelaburan dalam Youtap akan membolehkan Salim mengakses suit penuh platform dan penyelesaian e-Wang Youtap yang menyediakan teknologi dan perkhidmatan Youtap kepada pengguna, peniaga dan rangkaian pengedaran rantaian bekalannya merentasi pelbagai negara. Dengan akses kepada berjuta-juta peniaga, Youtap akan membolehkan peniaga ini menerima bayaran elektronik daripada pelbagai dompet, peranti dan kaedah bayaran pengguna serta menyediakan peniaga ini dengan aplikasi untuk mengurus inventori dan pembayaran rantaian bekalan.

Chris Jones, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Youtap, berkata, "Saya berasa amat sukacita kerana memperoleh Salim Group sebagai pemegang saham strategik dalam Youtap. Jejak global Salim dalam makanan, pembuatan dan pengedaran digandingkan dengan pelaburan dan visi mereka terhadap Teknologi Kewangan serta keinginan untuk menjadi penyedia pembayaran e-Wang yang terkemuka merentasi berbilang pasaran menjadikan mereka sebagai rakan kongsi dan pemegang saham yang ideal. Kami berharap dapat menyediakan Salim dengan suit penuh penyelesaian dan aplikasi pembayaran kami, lalu membolehkan mereka menjadi peneraju bagi penerimaan pembayaran e-Wang merentasi berbilang pasaran." 

"Salim ialah konglomerat besar Indonesia yang mempunyai sumber signifikan dan rangkaian peniaga yang mantap dalam seluruh pasaran sasaran kami. Rangkaian ini memberi peluang kepada Youtap untuk mengukuhkan kedudukan kepimpinan dalam pemprosesan e-Wang di Asia Tenggara dan seluruh dunia," kata En. Jones.

Standard Chartered Bank, Cawangan Singapura bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada Youtap untuk transaksi ini.

Latar Belakang Youtap Limited (www.youtap.com)

Youtap ialah syarikat perkhidmatan kewangan mudah alih yang terkemuka untuk pembayaran wang mudah alih tanpa sentuh dan perkhidmatan kewangan di EMEA & Asia.

Youtap menyediakan perisian pembayaran wang mudah alih tanpa sentuh dan perkhidmatan kewangan yang membolehkan pengguna dompet E-Wang untuk mengimbas, meleret dan mengetik bagi membuat bayaran di mana-mana titik jualan menggunakan sebarang peranti. Penyelesaian NFC dan kod QR Youtap yang selamat menyokong penerimaan bayaran untuk kad-kad tanpa sentuh dan sentuh, tag NFC serta peranti boleh pakai dan juga telefon NFC. Youtap menyokong bank, MNO dan peniaga dengan menggabungkan program kesetiaan dan fungsi responsif lain yang memberi faedah kepada pengguna dan peniaga serta menyediakan pelbagai perkhidmatan pemberian pinjaman mudah alih, insurans dan juga kredit mikro.

Latar Belakang Salim Group

Salim Group ialah salah satu konglomerat terbesar Asia dengan pelaburan dalam seluruh pasaran Antarabangsa dan mempunyai jejak yang kukuh di Asia. Pelaburan-pelaburan yang dibuat termasuk dalam makanan, perbankan, telekomunikasi, pemasangan automobil, hartanah, insurans dan peruncitan.

Aset-aset strategik utama Salim termasuk capaian mereka dalam seluruh rantaian makanan melalui syarikat-syarikat pembuatan dan pengedaran yang mereka miliki "dari ladang menjadi hidangan".

Salim Group ialah pemegang saham majoriti First Pacific senaraian Hong Kong (HKEx : 142), dengan kepentingan perniagaan prinsipal berkaitan produk makanan pengguna, infrastruktur, sumber asli dan juga telekomunikasi.

Portfolio aset First Pacific melibatkan PT Indofood Sukses Makmur Tbk ("Indofood") salah satu pengeluar produk mi segera yang terbesar di dunia, PLDT Inc. dan Goodman Fielder Pty Limited.

Laman Sesawang: https://www.youtap.com 
Linkedin: https://www.linkedin.com/company/youtap-limited 
Twitter: https://twitter.com/youtap2pay

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Untuk Youtap:
Matt Hardy
Ketua Komunikasi
Youtap 
matt.hardy@youtap.com
+64-21-024-70429

Source: Youtap
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Joint ventures Financial Technology