JEDDAH, Arab Saudi, 14 Ogos 2018 /PRNewswire/ --
Presiden-presiden persekutuan serta persatuan bola sepak dari seluruh Asia Selatan dan Barat berhimpun di Jeddah hari ini bagi membentuk Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan Barat (SWAFF) baharu secara rasminya.
Perhimpunan Agung SWAFF pertama menyaksikan pemilihan pegawai-pegawai dalam Lembaga Eksekutif selain pengesahan dan kelulusan statut dan peraturan organisasi.
Dr. Adel Ezzat, Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi, terpilih sebagai Presiden pertama SWAFF. Dr. Ezzat akan memimpin persekutuan tatkala ia mula melaksanakan visinya demi kemajuan bola sepak dalam era baharu untuk bola sepak wilayah ini.
Mengulas selepas prosiding hari berkenaan, Presiden SWAFF yang baru dilantik, Dr Adel Ezzat berkata, "Hari ini menjadi peristiwa penting untuk bola sepak di wilayah ini tatkala negara-negara berhimpun dengan tujuan yang sama untuk memajukan permainan hebat ini dari bawah. Ia tercatat dengan baik bahawa Bola Sepak bersedia mengalami pertumbuhan penting di seluruh Asia Selatan dan Barat, maka kita perlu memanfaatkan kepakaran dan kekuatan kolektif daripada negara-negara ahli menjadi satu pasukan yang bersatu padu demi merebut peluang ini. SWAFF akan membantu menyediakan fokus berkenaan, melengkapi sokongan sedia ada yang diberikan oleh FIFA dan juga AFC."
Mengulas mengenai pemilihan beliau sebagai Naib Presiden Kanan, En. Mohamed Shaweed daripada Persatuan Bola Sepak Maldives berkata: "Saya berharap dapat bekerjasama dengan Dr. Adel Ezzat dan pegawai-pegawai yang baru dilantik di SWAFF. Kawasan kami sering mengalami kekurangan kemudahan, pengetahuan kejurulatihan dan struktur persaingan yang membantu sukan ini berkembang maju di negara-negara bola sepak yang lebih maju. Di SWAFF, kami akan berusaha untuk mengubah pola ini bagi menyokong pemain-pemain daripada semua peringkat usia, jantina dan tahap kebolehan."
Dilantik sebagai Naib Presiden (Selatan) ialah En. Subrata Dutta daripada Persekutuan Bola Sepak All India dan Naib Presiden (Barat) ialah En. Abdullah Al Juneibi (Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu).
Calon-calon berikut turut dilantik untuk jawatan-jawatan dalam Lembaga Eksekutif dengan satu jawatan masih dikosongkan untuk diputuskan dalam Perhimpunan Agung akan datang:
Menjelaskan mengenai rasional SWAFF, Dr. Adel Ezzat berkata, "Di Arab Saudi, kami amat bersemangat mengenai bola sepak kami. Sukan ini menyatukan kami sebagai sebuah negara dan ia dapat menghubungkan kami kepada wilayah kami dan dunia. Sekiranya sukan merupakan bahasa sejagat, tiada bahasa lain yang ditutur lebih lancar berbanding bola sepak. Kami ingin bekerjasama dengan rakan-rakan seangkatan kami dari seluruh wilayah kami, iaitu dari Asia Selatan dan Asia Barat, untuk memajukan permainan yang kami sukai. Bola sepak kekal bersedia di ambang pertumbuhan, SWAFF telah ditubuhkan sebagai infrastruktur sokongan untuk pertumbuhan ini dan Arab Saudi akan berkembang maju bersama-samanya. Kami berbesar hati kerana dapat memainkan peranan kami."
Sila Ambil Maklum: Bahan video berkaitan SWAFF dan pengumuman sebelumnya boleh didapati di:
Sumber: SWAFF