omniture

Penghantaran Kumulatif JA Solar ke Jepun Langkaui 3GW

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-08-14 23:34 1270

BEIJING, 14 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd., pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa penghantaran kumulatifnya ke Jepun mencecah 3.3GW. Diiktiraf sebagai jenama PV paling andal, JA Solar berada di kedudukan kukuh dengan bahagian pasaran solar yang signifikan di Jepun selama bertahun-tahun. Syarikat merupakan pembekal modul utama ke Jepun untuk separuh pertama tahun 2018.

Seawal tahun 2012, JA Solar melakukan persediaan asasi untuk berkembang menembusi pasaran Jepun dengan menubuhkan sebuah subsidiari di Tokyo. Produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang oleh Syarikat membolehkan JA Solar membina hubungan strategik dan mengumumkan hasrat untuk bekerjasama dengan beberapa pelanggan tempatan yang penting, termasuk Marubeni Corporation, Hitachi, Ltd., JGC Corporation, Toko Denki Koji Kabushiki Kaisha, Nippon COMSYS Corporation, Mitsui & Co., Ltd, dan sebagainya. JA Solar mempunyai lebih 200 rakan kongsi strategik di Jepun. Produk-produknya terjual di kesemua 47 kawasan pentadbiran di Jepun dan digunakan secara meluas dalam sistem PV bumbung kediaman, komersial dan perindustrian selain loji kuasa atas darat berskala luas. Kumulatif 3.3GW produk JA Solar memperlihatkan kapasiti penjanaan kuasa elektrik kira-kira sebanyak 4.3 bilion kWh yang dapat mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 3.5 juta tan.

Jepun terletak di kawasan pantai dengan keadaan persekitaran yang pelbagai, yang menetapkan standard yang tinggi untuk modul solar, termasuk toleransi masin-alkali, lembap-panas dan rintangan sejuk yang melampau. Modul-modul PV JA Solar menunjukkan prestasi yang baik pada rintangan kakisan dan rintangan PID serta berupaya untuk beroperasi dengan tahap keandalan tinggi dalam keadaan persekitaran melampau. Selain itu, modul solar berkualiti tinggi JA Solar menawarkan jaminan kukuh untuk memastikan kestabilan sistem loji kuasa dan mengoptimumkan penjanaan kuasa. Sebagai pemegang paten PERC, JA Solar menyediakan modul dwikaca PERC dwimuka dan modul separuh sel PERC berprestasi tinggi untuk terus memenuhi peningkatan permintaan daripada pelanggan Jepun terhadap faedah lebih tinggi daripada sistem penjanaan kuasa. Modul-modul berkenaan juga diterima baik oleh pasaran.

En. Jin Baofang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, berkata, "Kami kekal fokus terhadap inovasi teknologi dan pembangunan produk solar berkecekapan tinggi yang dikeluarkan secara besar-besaran. Kami yakin bahawa kami akan terus menyediakan rakan kongsi global kami dengan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta terus menggalakkan pembangunan industri PV."

HUBUNGI:
Xiaorui Sun
+86-10-6361-1888 x1698 
bj.sunxr@jasolar.com

 

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities