omniture

DATAVLT Jalin Kerjasama dengan Hacken bawakan Keutamaan Keselamatan Siber ke ASEAN

DATAVLT
2018-08-15 14:26 3535

SINGAPURA, 15 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- DATAVLT, syarikat analitik data yang disepadukan dengan rantaian blok, berpangkalan di Singapura, memeterai perkongsian dengan Hacken, sebuah firma perunding keselamatan siber bertaraf global, untuk menjadi Penjual Sah di rantau ASEAN. Perikatan ini akan turut membuka jalan-jalan yang berpotensi dalam R&D untuk keselamatan dengan menggunakan rantaian blok memandangkan penerimaannya semakin meningkat.

"Ini merupakan peluang menarik untuk kami, memandangkan kami melihat begitu banyak sinergi antara syarikat-syarikat kami bagi membantu mengurangkan ancaman keselamatan siber untuk perniagaan tradisional, tanpa mengira saiz dan syarikat-syarikat teknologi baharu yang berasaskan rantaian blok. Dengan menggabungkan usaha, kami melihat potensi yang amat besar untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami di Rantau ASEAN," kata Andrii Matiukhin, Ketua Pegawai Teknologi HACKEN.

Hari ini, ancaman siber meningkat pada kadar yang amat pantas dan pasukan-pasukan di DATAVLT dan Hacken mengambil pendekatan pragmatik terhadap keselamatan siber: dengan tumpuan terhadap keselamatan transaksi terdahulu, perlindungan daripada orang dalam yang cuai atau berniat jahat dan keselamatan infrastruktur rantaian dengan melantik pakar-pakar keselamatan siber dalaman selain penyelidikan kerentanan rangkaian crowdsourcing. Kedua-dua syarikat terdorong untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan siber yang terbaik dalam kelasnya dalam seluruh domain teknologi.

"Kita berada di dunia yang mana data berharga perlu dilindungi dan Hacken menyediakan peluang untuk kami menjadi sebahagian daripada penawaran portfolio kukuh yang menyediakan perkhidmatan kepada organisasi-organisasi yang berusaha ke arah keselamatan. Ini bermakna pelanggan, pengguna dan komuniti dapat meyakini bahawa data mereka dilindungi sebaik mungkin. Kami ingin membawa keselamatan siber ke tahap baharu," kata Benny Low, Pengasas Bersama DATAVLT.

Jalinan kerjasama antara DATAVLT dan Hacken merupakan satu perkongsian hebat yang akan menakrif semula masa depan digital. Sebagai sebuah syarikat analitik data disepadukan dengan rantaian blok, DATAVLT mengakui keperluan penting agar sentiasa berwaspada apabila melibatkan hal untuk melindungi data berharga.

HACKEN beroperasi sebagai entiti bebas dan menawarkan pelanggan mereka dengan tahap perkhidmatan profesional yang sama yang membuatkan jenama ini dikenali. Dalam masa yang sama, DATAVLT diwakili oleh syarikat induk XYPHER Pte Ltd, menjadi wakil Penjual Sah HACKEN di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Laos.

Latar Belakang DATAVLT

DATAVLT adalah platform analitik data rantaian blok, direka untuk memberikan risikan perniagaan yang berpatutan kepada perniagaan bersaiz kecil dan sederhana. DATAVLT menggunakan algoritma korelasi untuk menggabungkan data perusahaan anda dan data tingkah laku pengguna bagi memenuhi keperluan lanskap perniagaan yang semakin berubah-ubah. Dibantu oleh Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Prediktif, platform DATAVLT membolehkan anda menyesuaikan analisis data mengikut keperluan dan keutamaan perniagaan anda.

Latar Belakang HACKEN

HACKEN adalah sebuah organisasi perniagaan dipacu komuniti, diwujudkan bagi memupuk hubungan antara komuniti rantaian blok dan keselamatan siber, menggalakkan etika penggodam dan mendorong penyelidikan keselamatan yang sah berhubung penyelesaian dan perisian IT. Organisasi berkenaan membolehkan pelanggan memperoleh perkhidmatan keselamatan siber tepat pada masanya dan secara berkualiti.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180607/2154400-1LOGO

 

Source: DATAVLT
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Blockchain Data Analytics Financial Technology