omniture

Pasaran Petrokimia Asia Berkembang Seiring dengan Pertumbuhan Ekonomi Kukuh Rantau

International Conference & Exhibition Professionals (iCEP)
2018-08-15 16:13 1497

Kolaborasi Industri: Kunci untuk Pengusaha Cipta Lebih Nilai dan Kekalkan Keuntungan 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh International Conference & Exhibition Professionals (iCEP), Persidangan Industri Petrokimia Asia (APIC) 2018 bakal diadakan di Kuala Lumpur mulai 20 - 21 Ogos 2018 akan membolehkan pemimpin pemikiran industri dan pengusaha pasaran untuk mengusahakan peluang-peluang dan cabaran-cabaran bersama-sama tatkala perbincangan dibuat berkisarkan temanya: 'Mencipta Nilai Melalui Kolaborasi'.

Tiga tahun lalu sebahagian besarnya menghasilkan margin yang positif untuk syarikat-syarikat petrokimia yang berkedudukan baik dengan akses kepada stok suapan yang murah. Pemantau industri menggesa pengusaha untuk mengukuhkan kolaborasi demi mencipta lebih nilai dan mengekalkan keuntungan pada masa depan.

Dengan pertumbuhan ekonomi Asia yang kukuh kira-kira sebanyak 5.6% pada tahun 2018-2019 dan anggaran penduduk seramai 4.9 bilion pada tahun 2030, Asia terus berada di kedudukan yang baik sebagai kawasan yang berkembang paling pesat di dunia.

Dengan pandangan yang positif, para pengusaha industri dapat berusaha bersama-sama bagi mengambil kira impak revolusi digital dan analitik termaju terhadap model-model operasi selain memanfaatkan inovasi industri untuk penciptaan nilai yang mampan dan menyeluruh.

"Tumpuan APIC2018 adalah terhadap teknologi dan penyelesaian inovatif sejajar dengan trend global yang seterusnya akan mewujudkan platform pertumbuhan masa depan. Ini termasuk stok suapan alternatif dan sumber tenaga, simpanan tenaga yang bertambah baik, bahan pintar, yang antara lain, akan membolehkan industri petrokimia menghasilkan produk unik yang penting untuk pertumbuhan industri," kata Akbar Mohd Thayoob, Presiden, Persatuan Petrokimia Malaysia (MPA), tuan rumah acara tahun ini.

Latar Belakang APIC

Sejak tahun 1979, syarikat-syarikat petrokimia Asia yang terkemuka telah mengadakan perbincangan dan analisis kritikal daripada seluruh rantaian nilai industri petrokimia. Lebih 2,000 pemimpin pendapat dan eksekutif korporat kanan daripada industri-industri petrokimia, bahan kimia dan berkaitan kimia dijangkakan di APIC2018.

Senarai penceramah APIC2018 termasuk beberapa penceramah berprofil tinggi:

  • Alan Gelder, Naib Presiden Pasaran Penapisan, Bahan Kimia & Minyak, EMEARC Research, PCI Wood Mackenzie;
  • Peter Huang, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Perundingan, Pusat Maklumat Kimia Kebangsaan China (CNCIC);
  • Datuk Md Arif Mahmood, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif, Hiliran, PETRONAS;
  • Datuk Sazali Hamzah, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Chemicals Group Bhd;
  • Lau Chee Ming, Pengarah, Jualan & Pemasaran Polimer, Lotte Chemical Titan; dan
  • Cheong Peng Khuan, Naib Presiden Kanan, Sumber Manusia & Perolehan, Lotte Chemical Titan.

Untuk maklumat APIC2018, pendaftaran delegasi dan tajaan, sila layari http://apic2018.org.my

Source: International Conference & Exhibition Professionals (iCEP)
Related Links:
Keywords: Chemical Oil/Energy Utilities Trade show news Future Events