omniture

CMIG Aviation Capital serahkan 737 MAX 8 pertama kepada Lion Air

CMIG
2018-08-15 16:21 1355

SEATTLE, 15 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- CMIG Aviation Capital, sebuah syarikat pajakan pesawat yang dimiliki sepenuhnya oleh China Minsheng Investment Group, dengan sukacitanya mengumumkan penyerahan sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8, MSN 43000 di Seattle untuk dikendalikan oleh Lion Air. Pesawat ini merupakan sebahagian daripada berbilang transaksi pesawat.

Cik Wang Rong, pengerusi dan Presiden CMIG Leasing Group dan En. Jeremy Griffin, Presiden Boeing Global Leasing
Cik Wang Rong, pengerusi dan Presiden CMIG Leasing Group dan En. Jeremy Griffin, Presiden Boeing Global Leasing

Lion Air Group, mempunyai armada yang boleh berkhidmat dengan 299 pesawat, beroperasi dari pangkalan-pangkalan di Indonesia, Thailand dan Malaysia di bawah 5 jenama dan menawarkan perkhidmatan untuk lebih 200 destinasi di lebih 20 negara, kebanyakannya merupakan kawasan-kawasan Jalur-dan-Jalan. Penambahan 737 MAX 8, pesawat jalan utama badan sempit berteknologi terkini yang dikeluarkan oleh Boeing, dilengkapi dengan enjin CFM-LEAP-1B, selari dengan strategi pertumbuhan Lion Air Group sekaligus menawarkan kecekapan bahan api yang dipertingkat.

Edward Sirait, Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air Group berkata, "Kami berbesar hati kerana mendapat CMIG sebagai penyewa kepada Lion Group dan kami berharap dapat meluaskan dan mengukuhkan perkongsian perniagaan ini. Sebagai pengendali domestik yang terbesar di Indonesia, aspek keselamatan dan keandalan menjadi keutamaan tertinggi kami. 737 MAX meneruskan keandalan pesawat 737 semasa kami yang utama dalam industri dan menyediakan kami dengan tahap keselamatan udara tertinggi untuk penumpang kami."

Peter Sixiang Gao, Ketua Pegawai Eksekutif, CMIG Aviation Capital berkata, "CMIG teruja kerana dapat menyokong Lion Air dengan menyerahkan 737 MAX 8 pertama kami kepada Syarikat Penerbangan tersebut hari ini. Dengan adanya keandalan dan kecekapan bahan api, pesawat MAX8 Boeing amat sesuai untuk menyokong pertumbuhan masa depan Lion Air Group. CMIG akan terus melabur dalam pesawat berteknologi baharu dan membangunkan armada pesawat yang lebih baharu dan lebih menjimatkan bahan api."

Sebagai pengusaha daripada sektor swasta, CMIG bertindak balas secara aktif dari segi kewajipan mereka untuk menyokong inisiatif Jalur dan Jalan China dengan menjalankan transaksi di wilayah berkenaan. Menerusi transaksi pajakan bersama Lion Air Group ini, CMIG menyediakan penyelesaian yang dapat memberi contoh yang merangkumkan rasional komersial yang jelas, impak serantau yang kukuh dan skop bermanfaat yang luas.

Tapak upacara penyerahan
Tapak upacara penyerahan

CMIG Aviation Capital ialah perniagaan pajakan pesawat yang beribu pejabat di Tianjin, China dan berada di Hong Kong, Ireland dan Singapura. Portfolionya yang terdiri daripada 21 pesawat jalan utama yang baharu dan moden dipajak dalam tempoh jangka panjang kepada 15 syarikat penerbangan di 8 negara dan wilayah.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180814/2211594-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180814/2211594-1-b

Source: CMIG
Keywords: Airlines/Aviation Licensing/marketing agreements