omniture

Handheld Lanjut Perjanjian Dengan Syarikat Penghantaran Pakej Terkemuka Dunia

Handheld Group
2018-08-16 14:30 1161

LIDKÖPING, Sweden, 16 Ogos 2018/PRNewswire/ --

Handheld Group, pengilang yang terkemuka bagi komputer mudah alih tahan lasak, hari ini mengumumkan lanjutan perjanjian strategiknya dengan peneraju dunia bagi penyelesaian logistik. Menurut perjanjian berkenaan, Handheld akan membangunkan penyelesaian siap guna generasi seterusnya untuk penyusunan dan pencetakan pakej yang inovatif dalam seluruh kemudahan penyusunan pakej pelanggan.

Perjanjian baharu tersebut akan melanjutkan perkongsian semasa melangkaui tahun 2023 dan termasuk penggunaan peranti penyusunan pakej dan pencetakan baharu yang inovatif untuk menggantikan penekap SP400X sedia ada. Sejak tahun 2012, projek SP400X telah membuat sumbangan bermakna kepada keputusan kewangan Handheld. Berkemungkinan bahawa produk generasi seterusnya ini akan menghasilkan penggunaan yang jauh lebih luas.

"Kami berbangga untuk meneruskan hubungan jangka panjang dengan pelanggan ini," kata Thomas Löfblad, Naib Presiden Jualan Global Handheld Group. "Keputusan untuk melanjutkan perkongsian kami merupakan bukti penambahbaikan produktiviti dan peningkatan kecekapan yang disediakan oleh penyelesaian kami. Pelanggan ini merupakan salah satu daripada syarikat penghantaran pakej yang terbesar di dunia dan perkongsian kami memainkan peranan penting dalam menyediakan penyelesaian logistik khusus kepada pelanggan seluruh dunia."

Versi penekap SP400X terbaharu Handheld menawarkan penyelesaian teknologi inovatif yang meningkatkan kebolehgunaan dan produktiviti untuk penyusunan pakej serta pengurusan inventori. Direka dengan teknologi pencetak pancutan dakwat yang dilesenkan daripada Hewlett-Packard (HP), penekap generasi seterusnya ini menyediakan penambahbaikan selanjutnya terhadap kecekapan penyusunan pakej. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Handheld memeterai satu perjanjian dengan HP untuk membangunkan dan menjual produk-produk pencetakan seluruh dunia untuk industri logistik berdasarkan katrij cetak pancutan dakwat terma HP.

"Kami berasa sukacita kerana sekali lagi dipilih untuk bekerjasama dengan syarikat yang terkemuka di dunia ini dan melanjukan perkongsian jangka panjang kami," kata Jerker Hellström, Ketua Pegawai Eksekutif Handheld Group. "Keputusan ini menunjukkan kepentingan untuk bekerjasama erat dengan pelanggan dan membantu mereka meningkatkan produktiviti serta kecekapan yang berkesan kos."

Latar Belakang SP400X 

Penekap SP400X Handheld ialah peranti unik yang menggabungkan ciri pengimbasan 2D dan pencetakan pancut dakwat. Dioptimumkan untuk aplikasi pengimbasan dan penyusunan berjumlah tinggi, SP400X direka untuk mengimbas label penghantaran, mendapatkan maklumat daripada pangkalan data bahagian belakang melalui Wi-Fi dan kemudiannya mencetak maklumat susunan tertentu terus pada objek sama yang diimbas, tanpa menambahkan label. SP400X boleh mencetak hampir pada sebarang bahan, termasuk kadbod, pita pembungkusan mahupun kaca. Ia dapat meningkatkan produktiviti dengan ketara dalam menyusun dan melabelkan proses, lalu menghasilkan penjimatan signifikan terhadap kertas dan sumber.

Pautan berguna

Latar Belakang Handheld

Imej akhbarhttps://www.handheldgroup.com/rugged-computing-news-and-events/pressroom/

Rangkaian produk Handheld

Apa itu tahan lasakhttp://www.handheldgroup.com/en/why-rugged-handheld-computers/what-is-rugged/

Latar Belakang Handheld 

Handheld Group ialah pengeluar bagi komputer, tablet dan peranti pegang mudah alih yang tahan lasak. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia memberikan penyelesaian mobiliti yang lengkap kepada perniagaan dalam industri-industri seperti logistik, geomatik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group dari Sweden memiliki subsidiari di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.handheldgroup.com.

Perhubungan Media:  

Sofia Löfblad, Pengarah Pemasaran, Handheld Group, s.lofblad@handheldgroup.com   

Amy Urban , Pengarah Pemasaran, Handheld-AS

Sumber: Handheld Group

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Transportation Contracts