omniture

Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China (Musim Luruh) bakal Adakan "Program Pembeli Tuan Rumah"

China (Guzhen) International Lighting Fair
2018-08-21 02:06 1459

ZHONGSHAN, China, 21 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China kali ke-22 (Musim Luruh) bakal diadakan serentak dengan Pameran Pembuatan Guzhen (Musim Luruh) 2018 di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen pada 22-26 Oktober. Pameran ini akan menumpu pada pasaran luar negara dan tempatan serta mewujudkan "aktiviti perolehan pembeli global" serba baharu dengan pemadanan yang tepat dan perkhidmatan berkualiti.

Pemadanan Tepat, Perolehan Dinaik Taraf! Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China (Musim Luruh) bakal Adakan "Program Pembeli Tuan Rumah"
Pemadanan Tepat, Perolehan Dinaik Taraf! Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China (Musim Luruh) bakal Adakan "Program Pembeli Tuan Rumah"

21 pameran terdahulu sokong reputasi kukuh GILF

Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China (GILF) berjaya menarik lebih 300,000 pembeli profesional lampu global dan pengunjung dari lebih 120 negara dan wilayah saban tahun. Pada tahun 1999, buat julung kalinya, kerajaan tempatan Guzhen menerajui pembangunan berskala luas dan pelbagai bagi industri lampu di Guzhen dalam bentuk pameran. Setelah bertahun-tahun menjalani pembangunan, pameran ini menjadi pesta perolehan untuk industri lampu dan acara penting di Guzhen.

Perubahan besar-besar telah dibuat beberapa tahun kebelakangan ini. Kawasan pameran tersebut telah diluaskan daripada lokasi utama seluas 40,000m2 kepada 1 lokasi utama + 7 sublokasi, menjadikan jumlah kawasan pameran kepada lebih 1,500,000m2; bilangan pempamer meningkat daripada 624 kepada lebih 2,000; manakala bilangan pengunjung turut meningkat daripada lebih 60,000 kepada lebih 300,000 orang.

Pemadanan Tepat, Perolehan Dinaik Taraf! Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China (Musim Luruh) bakal Adakan "Program Pembeli Tuan Rumah"
Pemadanan Tepat, Perolehan Dinaik Taraf! Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China (Musim Luruh) bakal Adakan "Program Pembeli Tuan Rumah"

Khidmat Belian Mudah Sehenti

Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China kali ke-22 (Musim Luruh) mempunyai pelbagai pameran, termasuk lampu hiasan, lampu perabot, produk elektrik dan elektronik, lampu komersial, teknologi dan lampu LED, lampu luar serta produk-produk kategori pertengahan lain. Sementara itu, Pameran Pembuatan yang diadakan dalam tempoh yang sama, akan menyediakan jentera, bahan mentah, aksesori, pencetakan 3D, perkhidmatan dan sebagainya mencakupi setiap aspek dalam rantaian industri keseluruhan.

Pemadanan Tepat, Perolehan Dinaik Taraf! Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China (Musim Luruh) bakal Adakan "Program Pembeli Tuan Rumah"
Pemadanan Tepat, Perolehan Dinaik Taraf! Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China (Musim Luruh) bakal Adakan "Program Pembeli Tuan Rumah"

Untuk pembeli luar negara, pameran ini akan menyediakan perkhidmatan yang prihatin seperti pengangkutan ulang alik yang percuma, terjemahan profesional, tempat istirehat untuk pembeli luar negara, ruang bagasi dan Wi-Fi percuma. Untuk sesetengah pembeli luar negara, terdapat juga penginapan percuma dan perkhidmatan lain disediakan.

Perkhidmatan untuk pembeli tempatan turut dinaik taraf. Selain pengangkutan ulang alik percuma, ruang bagasi, pengecasan telefon bimbit dan air minuman percuma, mereka dapat menerima hadiah kecil-kecilan dan menjimatkan RMB 100 untuk tiket dengan membuat pendaftaran awal. Pameran ini akan menggunakan mod "Internet + Pameran". Melalui platform B2B profesional, DENGGLE.COM, pembeli dapat mencari peserta pempamer dalam sistem dengan mudah, lalu meningkatkan peluang perniagaan.

"Program Pembeli Global" dengan Pemadanan Tepat

Pameran ini akan mewujudkan "program pembeli global" bagi menampung keperluan pembeli dan penjual. Pameran ini akan memilih 100 pembeli luar negara dan pempamer dengan teliti untuk mengadakan pemadanan perdagangan tepat satu-kepada-satu. Terdapat juga ruang VIP bebas untuk pempamer dan pembeli bagi merendahkan kos komunikasi dan meningkatkan kecekapan perolehan. "Program pembeli global" akan membolehkan belian dibuat di lokasi utama dan 7 sublokasi dengan bilangan pameran dan kedai yang besar. Majlis makan malam koktel akan diadakan semasa acara ini. Pempamer yang berdaftar dan ratusan pembeli luar negara akan berhimpun bersama-sama.

Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China kali ke-22 (Musim Luruh) akan menyediakan produk lampu yang lebih baik dan lebih berpatutan - sekiranya anda merupakan pembeli yang ingin membeli produk lampu yang berkesan kos, pengunjung yang ingin melihat produk lampu atau pereka yang ingin mendapatkan inspirasi, kesemuanya diundang untuk menghadiri pameran ini.

Tel: +86-760-2235-3188 
Laman Sesawang: www.denggle.com 
Facebook: @guzhenlightingfair 
Hubungi: Karmen.Wu@glexpo.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180820/2215781-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180820/2215781-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180820/2215781-1-c

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news Future Events