omniture

Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad dan Usahawan Cina Bincang Kerjasama Perniagaan

China Entrepreneur Club (CEC)
2018-08-21 11:21 1694

BEIJING, 21 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Tanggal 19 Ogos 2018, Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad mengambil bahagian dalam forum anjuran China Entrepreneur Club (CEC). Forum tersebut dihoskan oleh Jack Ma, Pengerusi China Entrepreneur Club dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group. Hampir 400 delegasi menghadiri forum berkenaan, termasuk usahawan Cina Berpengaruh, pegawai Malaysia, delegasi perniagaan dan rakan media. Forum tersebut menumpu pada jalinan kerjasama ekonomi dan perniagaan. Para peserta berkongsi perspektif mengenai kerjasama dalam bidang-bidang kecerdasan buatan, pertanian, pembuatan tradisional, pelancongan dan Inisiatif Jalur dan Jalan. Malaysia diiktiraf sebagai rakan ekonomi dan dagangan yang penting untuk China. Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu dikenali sebagai "bapa pemodenan Malaysia", cukup terkenal dalam kalangan penduduk Cina.

Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad dan Usahawan-usahawan Cina Bincang Kerjasama Perniagaan dalam Forum China Entrepreneur Club (CEC)
Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad dan Usahawan-usahawan Cina Bincang Kerjasama Perniagaan dalam Forum China Entrepreneur Club (CEC)

Jack Ma menyatakan penghargaan beliau dan menyambut baik Perdana Menteri Malaysia. Beliau berkata bahawa 'Koridor Raya Multimedia' Perdana Menteri Tun Mahathir, dikenali sebagai MSC di Malaysia, mengilhamkan keyakinan keusahawanan beliau dan juga Alibaba. Dalam tempoh 44 tahun sejak pemeteraian hubungan diplomatik China - Malaysia, Tun Mahathir telah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun. Malaysia telah menjadi rakan ekonomi dan dagangan yang penting untuk China. Kedua-dua negara seharusnya berganding bahu untuk melangkah ke era ekonomi digital masa kini. Ini juga merupakan peluang yang amat besar untuk perusahaan-perusahaan di China dan juga Malaysia.

Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir menekankan bahawa, Jalan Sutera Maritim terdahulu dan hubungan ekonomi dan dagangan dua hala semasa, membawa peluang-peluang pembangunan yang baharu terhadap perusahaan di Malaysia dan China selain turut menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan serta barangan berkualiti kepada orang ramai. Beliau berharap agar lebih ramai usahawan Cina dapat melabur di Malaysia. Malaysia akan terus mengekalkan hubungan yang mesra bersama China dan meluaskan perniagaan dalam pasaran Cina.

Sesi Soal Jawab selama 40 minit diadakan susulan ucapan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir. Tun Mahathir yang berusia 92 tahun itu terlibat dalam komunikasi yang rancak bersama para usahawan Cina berhubung peluang pelaburan, pembangunan pasaran, pertukaran budaya, Inisiatif Jalur dan Jalan serta pembangunan mampan dari segi sosial dan ekonomi.

China mengekalkan hubungan ekonomi dan dagangan yang erat dengan Malaysia. Statistik menunjukkan bahawa China menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut. Ia juga menjadi pelabur pembuatan terbesar China selama dua tahun berturut-turut dan menjadi sumber pelancongan terbesarnya untuk enam tahun berturut-turut. Melalui forum ini, para usahawa Cina serta para pemimpin politik dan perniagaan di Malaysia telah memperdalam pemahaman mereka serta meningkatkan pengiktirafan bersama terhadap nilai-nilai perniagaan dan budaya.

Latar Belakang CEC China Entrepreneur Club (CEC) 

China Entrepreneur Club (CEC) ialah platform pemimpin perniagaan ulung di China. Diasaskan pada tahun 2006 oleh sekumpulan elit usahawan keusahawanan Cina. CEC bermatlamat untuk menggalakkan integriti perniagaan dan sosialisasi keusahawanan dan untuk melaksanakan panduan bagi mempromosikan kemampanan ekonomi dan sosial.

Seramai 60 ahli CEC mewakili generasi pertama usahawan Cina moden. Ahli-ahli dan syarikat-syarikat ahli berbangga untuk membuktikan kejayaan komersial sambil mematuhi undang-undang dan peraturan ekonomi pasaran, sekaligus terus memberi contoh untuk daya saing yang mampan melalui amalam perniagaan yang lebih baik, terlibat secara aktif dalam inisiatif kebajikan awam dan menyokong tanggungjawab sosial korporat. Syarikat-syarikat ahli CEC merupakan penggerak utama ekonomi, yang mempunyai pendapatan berjumlah kira-kira 4 trilion (RMB) dan transaksi komoditi platform sebanyak 6.5 trilion (RMB) pada tahun 2017, secara kolektifnya menggaji 1.94 juta individu dan secara tidak langsung mencipta 38 juta jawatan kakitangan, yang membentuk bahagian penting dalam ekonomi negara.

Matlamat dan wawasan CEC memperlihatkan beberapa nilai teras yang perlu dipatuhi oleh ahli kelab, kakitangan dan rakan sekutu. Nilai-nilai ini menjadi tulang belakang aktiviti kelab, bermula dengan Kunjungan Antarabangsa dan Kunjungan Syarikat Ahli, kepada perayaan Gala Daonong serta acara yang disesuaikan secara tetap sepanjang tahun. Selain itu, Perikatan Syarikat-syarikat Hijau CEC dan Sidang Kemuncak Syarikat-syarikat Hijau China tahunan memperlihatkan usaha yang gigih dalam membangunkan syarikat-syarikat hijau yang mampan dan telus di China.

Maklumat lanjut:

Kay Zhang Huijun
Emel: Zhanghj@daonong.com
Laman Sesawang: www.daonong.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180820/2215816-1

Source: China Entrepreneur Club (CEC)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Asian-related news Trade show news