omniture

Schindler Dianugerah Kontrak Pusat Beli Belah Guna Campur Indonesia

Schindler Group
2018-08-21 12:00 1668

HONG KONG, 21 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Schindler telah dianugerahkan kontrak oleh pemilik-pengendali guna campur Indonesia, PT Trans Property dan PT Trans Retail Indonesia. Pembangunan berskala luas itu akan mencakupi empat kontrak berasingan bagi mendorong konsep kehidupan sehenti.

Transpark Cibubur -- Depok, Indonesia
Transpark Cibubur -- Depok, Indonesia

Empat projek tersebut, iaitu Transpark Cibubur, Transpark Bekasi, Transpark Bintaro dan Trans Studio Bali akan mempunyai 207 unit untuk dijual, termasuk lif, eskalator dan laluan pejalan kaki bergerak.

Projek Transpark terkenal dengan dinamisme dan skala yang nyata. Transpark bertujuan untuk mencipta semula pengalaman membeli belah tradisional dengan membuat perubahan terhadap pusat membeli belah runcit biasa dan mewujudkan konsep kehidupan hentian 4-dalam-1. Projek pembangunan ini mempunyai kawasan menjamu selera dan komersial, kediaman, hotel dan hiburan (taman tema) dengan akses yang mencukupi kepada pengangkutan awam.

Schindler dipilih hasil daripada komitmen sekian lama Schindler terhadap kualiti dan perkongsian yang berterusan dengan Trans Property dan Trans Retail di Indonesia. Piawaian keselamatan sejagat yang ketat untuk seluruh kitar hayatnya, bermula daripada pengeluaran kepada pemasangan dan penyelanggaraan, menjadi ciri utama bagi setiap unit Schindler, berserta penambahbaikan yang semakin besar dalam kecekapan tenaga dan penjimatan ruang yang ekonomi.

En. Shafie Shamsuddin, Presiden Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif PT Trans Retail Indonesia menyatakan rasa sukacita beliau dengan adanya penglibatan profesional Schindler dalam satu lagi projek, berdasarkan hubungan yang dipercayai antara kedua-dua syarikat.

"Schindler telah menjadi rakan kongsi Trans Retail Indonesia dalam menawarkan perkhidmatan lif dan eskalator. Kami berharap dapat menjemput pelanggan kami untuk menerokai kedai-kedai jualan besar yang luas dan berbilang ciri melalui sokongan peralatan mobiliti Schindler yang andal," kata Shamsuddin.

"Kami berasa sukacita dapat mengukuhkan perkongsian kami melalui projek-projek terkini ini bersama-sama Trans Property dan Trans Retail Indonesia. Menerusi jalinan kerjasama ini, kami dapat mencipta pengalaman gaya hidup moden yang diperluas dalam seluruh pembangunan Transpark dan Indonesia," kata En. Thibaut Le Chatelier, Presiden Pengarah PT Berca Schindler Lifts.

Latar Belakang Schindler

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia utama bertaraf global untuk lif, eskalator dan perkhidmatan yang berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat itu merupakan lebih 60,000 kakitangan di lebih 100 negara.

Latar Belakang PT. Berca Schindler Lifts

PT. Berca Schindler Lifts (BSL) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai satu usaha sama antara Central Cipta Murdaya Group dan Jardine Schindler Group. Ibu pejabat BSL terletak di Jakarta dan syarikat ini mereka bentuk, merekayasa, memasang, mengekalkan dan memodenkan lif, eskalator serta laluan pejalan kaki bergerak di seluruh Indonesia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180815/2212626-1
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO

 

Source: Schindler Group
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Residential Real Estate Retail Contracts