omniture

Red Box Umum Pengawal Data Suara melalui Salesforce AppExchange, Pasaran Aplikasi Perusahaan Utama Dunia

Red Box
2018-08-21 18:00 818

LONDON, 21 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Pelanggan Red Box kini dapat memanfaatkan aplikasi yang membolehkan import audio dan transkrip kepada Salesforce bagi perbualan suara seluruh perusahaan

Hari ini Red Box mengumumkan bahawa ia telah melancarkan Pengawal Data Suara melalui Salesforce AppExchange, memperkasa perniagaan untuk berhubung dengan pelanggan, rakan kongsi dan kakitangan dengan cara yang serba baharu. Disokong oleh penyelesaian rakaman suara yang selamat dan berdaya tahan daripada Red Box, Pengawal Data Suara membolehkan pelanggan untuk:

- Menyelaraskan panggilan kepada kenalan, akaun dan petunjuk Salesforce
- Mencari kata kunci dalam transkrip
- Memainkan semula audio dengan mengklik butang terus dengan Salesforce
- Menganalisis panggilan menggunakan bidang metadata yang beraneka dan laporan serta papan pemuka natif Salesforce

Dibangunkan melalui Platform Salesforce, Pengawal Data Suara kini tersedia melalui AppExchange di https://appexchange.salesforce.com/appxListingDetail?listingId=a0N3A00000EcrmWUAR

Pengawal Data Suara
Aplikasi Lightning ready membolehkan organisasi-organisasi mengimport audio dan transkrip panggilan yang tepat kepada Salesforce daripada lebih 55 UC dan platform telefoni. Ini termasuk penyelesaian PBX, UC, dagangan dan pusat panggilan selain radio, mudah alih dan mesyuarat, menjamin keterlihatan menyeluruh interaksi pelanggan daripada seluruh perniagaan.

Pengawal Data Suara menyokong penugasan automatik bagi panggilan dan transkrip kepada rekod petunjuk, akaun atau kenalan dan pengguna kemudiannya boleh mencari dan memainkannya semula. Di samping itu, bidang metadata beraneka boleh digunakan untuk menganalisis menggunakan laporan dan papan pemuka natif Salesforce.

Ulasan tentang Berita 
"Red Box telahpun merekod suara untuk lebih 3,000 pelanggan di seluruh dunia," kata Kate, Hammett, Ketua Perkongsian Global. "Kebanyakan proses ini didorong oleh pematuhan terhadap peraturan seperti MiFID II, GDPR, Dodd Frank dan PSD/PSD 2 serta penyepaduan dengan Salesforce memberi keupayaan tambahan bagi menyokong tanggungjawab mereka. Ia juga penting untuk pasukan jualan, pemasaran dan khidmat jualan, menyediakan maklumat tambahan, selain pengesahan fakta, penyiasatan, pengurusan prestasi dan fungsi pelaporan."

"Kami berasa gembira untuk mengalu-alukan Red Box ke dalam AppExchange, memandangkan mereka menyediakan pelanggan dengan cara baharu yang menarik untuk memperoleh keterlihatan daripada interaksi suara pelanggan di lokasi berpusat," kata Mike Wolff, Naib Presiden Kanan, ISV Sales, Salesforce. "Pertumbuhan eksponen AppExchange menekankan peluang besar yang dimiliki oleh seluruh ekosistem Salesforce dalam mencipta penyelesaian termaju dan mendorong kejayaan pelanggan."

Latar Belakang Salesforce AppExchange 
Salesforce AppExchange, pasaran awan perusahaan yang terkemuka di dunia, memperkasa syarikat-syarikat untuk menjual, membekalkan, memasarkan dan melibatkan diri dengan cara serba baharu. Dengan lebih 5,000 penyelesaian, lima juta pemasangan pelanggan dan 70,000 penilaian setara, ia merupakan sumber awan, mudah alih, sosial, IoT, analitik dan teknologi kecerdasan buatan yang paling komprehensif untuk perniagaan.

Sumber Tambahan

Klik Suka Salesforce di Facebook: https://www.facebook.com/salesforce
Ikuti Salesforce di Twitter: https://twitter.com/salesforce
Ikuti Red Box di Twitter: https://twitter.com/redboxrecorders
Jadilah peminat Red Box https://www.facebook.com/redboxvoice/
Red Box di LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/red-box-recorders/

Salesforce, AppExchange dan lain-lain adalah antara tanda dagangan salesforce.com, inc.

Latar Belakang Red Box   
Red Box ialah pakar suara khusus yang terkemuka, memperkasa organisasi-organisasi untuk merakam, menjamin dan merungkai nilai suara seluruh perusahaan. Dengan platform yang paling terbuka dan terhubung, kami merakam dan mentranskripsikan komunikasi suara daripada lebih 55 sistem (legasi dan baharu), merentasi perusahaan global dan PKS. Pelanggan kami mengekalkan kedaulatan data yang lengkap dan kami menghubungkan mereka kepada ekosistem rakan kongsi yang paling luas bagi memaksimumkan nilai data suara yang dirakam.

Bekerjasama dengan saluran penjual global kami, kami dipercayai oleh organisasi-organisasi terkemuka daripada sektor kewangan, pusat perhubungan, kerajaan dan keselamatan awam (termasuk enam bank terkemuka dunia, 85% daripada broker antara penjual global, 1,700 pusat panggilan dan lebih 70% pasukan polis UK) dan kami merakam serta menjamin jutaan panggilan setiap hari untuk lebih 3,000 pelanggan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.redboxvoice.com

Red Box turut mengadakan pameran di Dreamforce 2018 di San Francisco, 25-28 September, reruai 1829.

Sumber: Red Box

Source: Red Box
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services