omniture

Dorae Inc. Tutup Pusingan Pengumpulan Modal

Dorae Inc
2018-08-22 01:46 624

LONDON, 22 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Dorae Inc. telah menutup pusingan pertama pengumpulan modal luar, mencapai nilai sebanyak USD 24 juta dalam proses yang telah beberapa kali terlebih langgan.

Dorae ialah sebuah syarikat teknologi lejar teragih yang terkemuka untuk bahan-bahan mentah.

Ricardo Santos Silva, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif Dorae mengulas, "Kami berasa amat kagum dengan tumpuan dan semangat para pelabur terhadap pusingan ini, yang menunjukkan minat yang wujud terhadap projek-projek teknologi berkualiti dengan capaian global. Rekod prestasi yang dimiliki oleh kami dalam menjayakan projek-projek yang membuahkan hasil adalah penting, sama seperti kepakaran kami dalam komoditi dan sektor kewangan. Rantaian blok kini mengubah cara kami menjalankan perniagaan sama seperti emel telah mengubah cara kami berkomunikasi."

Dorae bergiat aktif di serata dunia, menawarkan perkhidmatan kepada pengusaha-pengusaha rantaian bekalan komoditi bermula daripada pengeluar utama kepada pengilang akhir. Tidak terikat kepada penggunanya, Dorae mendayakan pematuhan untuk pemproses dan pengguna bahan-bahan asal-sensitif serta membolehkan pengautomatan dan kecekapan modal kerja dalam semua produk.

Aba Schubert, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Dorae menambah, "Kami berasa amat teruja dengan sokongan daripada modal persendirian ini. Kejayaan pertama kami menjurus kepada hackathon Volkswagen, Zalando dan Adidas yang menonjolkan kedudukan teknikal kami dalam segmen rantaian bekalan. Para pelabur kami pula mengiktiraf nilai komersial dari segi cara kami bertindak, iaitu melalui penyelesaian masalah yang wujud, dan bukannya membangunkan penyelesaian dan kemudiannya mencari masalah."

Dorae mempunyai pejabat-pejabat di Palo Alto, London dan Cayman Islands.

Source: Dorae Inc
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Offerings