omniture

Penampilan Kereta Hiper PF0 Realisasi 'Impian Amerika' Kata Paolo Pininfarina

Automobili Pininfarina
2018-08-22 02:38 600

MONTEREY, California, 22 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Pengerusi Syarikat Paolo Pininfarina menekankan kepentingan kereta hiper PF0 rekaan Pininfarina SpA, menjadikannya penampilan sulung peringkat global di Amerika Utara minggu ini, ditonjolkan dalam filem pendek baharu tentang perincian kunjungan pertama datuk beliau ke Detroit hampir 100 tahun lalu. Filem ini boleh ditonton atau dikongsi daripada saluran YouTube baharu Automobili Pininfarina: https://youtu.be/ZFQ0BkOUKo0

generated by system

generated by system

generated by system

Minggu Kereta Monterey minggu ini dan bahagian akhir pamerannya, Pebble Beach Concours d'Elegance, akan mengehoskan penampilan pertama seumpamanya kereta sulung Automobili Pininfarina, kereta hiper mewah elektrik sepenuhnya yang diberi nama PF0.

Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Pininfarina Michael Perschke dan Pengarah Reka Bentuk Luca Borgogno akan disertai Anand Mahindra, Pengerusi Mahindra & Mahindra dan Paolo Pininfarina, Pengerusi Pininfarina SpA serta cucu lelaki pengasas syarikat gaya terkenal, Battista 'Pinin' Farina di Monterey.

Pininfarina berkata: "Impian Amerika kami tercetus pada tahun 1920-an, bahkan sebelum syarikat ini ditubuhkan. Datuk saya, Battista, mengunjungi Ford dan di akhir kunjungan beliau, beliau menikmati hidangan makan tengah hari bersama Henry Ford yang meminta beliau untuk menjadi ketua jurugaya mereka. Namun demikian, beliau mempunyai idea-idea lain dan selebihnya menjadi sejarah automotif."

Michael Perschke, Ketua Pegawai Ekekutif Automobili Pininfarina berkata: "Kami berharap dapat memperlihatkan model reka bentuk PF0 oleh Pininfarina SpA kepada pelanggan dan penjual pakar sepanjang beberapa hari akan datang. Namun begitu, tempoh kami berada di Pebble Beach Concours d'Elegance dan di syarikat lelongan Monterey akan turut menjadi tumpuan. Kami akan meraikan kedudukan unik Pininfarina dalam sejarah automotif dan pastinya mengambil ilham selanjutnya untuk rangkaian kereta masa depan kami daripada kereta terbaik Itali ini."

Acara-acara Pebble Beach Concours d'Elegance dan Minggu Kereta Monterey adalah bahagian penting yang tradisional dalam kalendar automotif untuk pemilik dan pelabur dalam kereta utama gaya Pininfarina. Anugerah 'Terbaik dalam Pameran' Pebble Beach 2016 menjadi milik Lancia Asturia Pinin Farina Cabriolet 1936 yang mengagumkan. Pada tahun 2017, Ferrari 375 Plus Pinin Farina Cabriolet Speciale 1955 diumumkan sebagai 'Kereta Sport Paling Elegan' di Concours.

PF0 Automobili Pininfarina di Minggu Kereta Monterey

Automobili Pininfarina diumumkan pada April, di Rom, sebagai jenama kereta terbaharu dunia, dengan cita-cita untuk kekal membangunkan dan mengeluarkan kereta ultra mewah elektrik sepenuhnya di puncak reka bentuk dan keinginan dalam segmen masing-masing. Pada bulan Julai, di New York, Automobili Pininfarina memperkenalkan konsep reka bentuk awal untuk kereta pertama syarikat yang diberi nama PF0 dan mengesahkan bahawa ia akan direka dan dihasilkan oleh syarikat gaya automotif Itali legenda Pininfarina SpA.

Minggu Kereta Monterey kini menjadi tumpuan untuk Automobili Pininfarina. Penampilan persendirian pertama seumpamanya PF0 akan diadakan di Pebble Beach antara 23 dan 26 Ogos kepada pembeli-pembeli kereta mewah dan klasik yang menunjukkan minat yang jelas terhadap kereta dan jenama ini. Model hasrat reka bentuk berskala penuh akan mendedahkan perincian lengkap bagaimana Luca Borgogno dan pasukan Pininfarina SpA di bawah pimpinan Pengarah Reka Bentuk Kumpulan Carlo Bonzanigo telah memvisualisasikan gabungan reka bentuk dan teknologi PF0. Di samping itu, perincian reka bentuk dalaman yang selanjutnya dan paparan daripada kokpit akan dipersembahkan bagi menonjolkan kemahiran ketukangan dalam kereta tersebut serta tumpuan Pininfarina klasik terhadap pengalaman pemandu dan penumpang.

Borgogno telah merancang ringkasan reka bentuk yang mudah untuk Pininfarina SpA bagi mencipta kereta hiper elektrik sepenuhnya yang paling anggun di dunia. Reka bentuk PF0 dibangunkan oleh Pininfarina SpA Design Studio di bawah pengurusan Pengarah Reka Bentuk Kumpulan Pininfarina, Carlo Bonzanigo dan kurang daripada 150 PF0 akan seterusnya dihasilkan di Cambiano, Itali oleh Pininfarina SpA Atelier dari tahun 2020. Mereka bersama-sama akan menghasilkan kereta hiper dengan piawaian tiada tandingan dari segi prestasi, keindahan dan keanggunan, menggabungkan bentuk dan fungsi yang harmoni dengan sempurna dan menggunakan teknologi serta pempakejan inovatif.  

Kereta hiper elektrik mewah dalam jangka masa terhad itu akan berbangga dengan kedudukannya dalam sejarah automotif. Sebagai kereta pengeluaran pertama berjenama Pininfarina sepenuhnya, ia akan memperkenalkan rangkaian kereta elektrik mewah masa depan yang membawakan impian sekian lama keluarga Pininfarina terhadap syarikat kereta Pininfarina kendiri itu.

Gambaran Keseluruhan Reka Bentuk Automobili Pininfarina 

Peranan Luca Borgogno dalam menakrifkan ringkasan reka bentuk PF0 ialah susulan pelantikan beliau sebagai Pengarah Reka Bentuk Automobili Pininfarina awal tahun ini selepas 14 tahun menjadi salah seorang ketua pereka automotif di Pininfarina SpA.

Telah lama bekerja bersama-sama selama bertahun-tahun lamanya, Borgogno dan Bonzanigo akan memanfaatkan kepakaran reka bentuk Pininfarina hampir 90 tahun yang tiada tandingan kepada gaya dan penciptaan semua kereta Automobili Pininfarina. Reka bentuk akhir PF0 akan diserahkan kepada pasukan Pininfarina SpA Atelier di Cambiano, Itali. Kumpulan yang terdiri daripada pakar automotif berpengalaman ini akan menghasilkan sendiri kereta tersebut mengikut piawaian ketat dan menyerahkan PF0 pertama pada tahun 2020, lalu mengesahkan kepada dunia akan ketibaan Automobili Pininfarina.

Wawasan Borgogno untuk setiap kereta Automobili Pininfarina masa depan mengambil inspirasi daripada kereta Pininfarina kegemaran beliau termasuk Cisitalia 202 1947, 512S Modulo 1970 dan Sintesi, konsep brek meluru dikuasakan sel-bahan api hidrogen 2008. Beliau mempunyai matlamat yang jelas untuk kereta Automobili Pininfarina menjadi anggun, kemas dan tulen dari segi permukaan dan volum, yang mana, secara keseluruhannya, menonjolkan objek keindahan dengan petunjuk terhadap inovasi, teknologi dan kelajuan.

"Kami menakrifkan sebuah kereta yang tidak melampau rekaannya; kami inginkan sesuatu yang amat kemas dan kelihatan amat ringkas. Bilamana anda mengimbau kereta klasik Pininfarina, kualiti-kualiti ini menonjol," kata Borgogno.

Dua elemen unik yang digabungkan akan membezakan kereta Automobili Pininfarina daripada kereta mewah yang lain. Pertama, asal usul reka bentuk kereta: Pininfarina SpA telah menggayakan banyak kereta paling ikonik di dunia, sebilangannya telah diraikan di Pebble Beach Concours d'Elegance yang terkenal.

Kedua, asas kepada semua kereta rekaan Pininfarina ialah keinginan sepenuhnya untuk membawakan inovasi dalam kejuruteraan, teknologi dan prestasi, disatukan dalam bentuk yang indah. Hasilnya, PF0 akan menggabungkan tahap teknologi ekstrem dan reka bentuk fungsian: bahagian luar gentian karbon dan cesi yang menyokong prestasi mengagumkan untuk kereta jalan raya, mempercepatkan kelajuan daripada keadaan pegun kepada 100 km/j dalam masa kurang daripada dua saat, memecah halangan kelajuan tertinggi 300 km/j dan menyediakan julat emisi sifar yang berpotensi sehingga 500 kms.

Reka Bentuk Terperinci PF0 Automobili Pininfarina

Imej lakaran PF0 yang dikeluarkan baru-baru ini telah mendedahkan badan karbon penuh yang mempunyai potongan dan seakan-akan arca serta disaluti dengan kaca yang besar. Satu jalur lata cahaya yang dinamik dari bahagian depan kereta dan menggantikan lampu besar tradisional.

Di dalam kereta ini, kokpit perlu memberi inspirasi yang standing dengan reka bentuk luaran dari segi bentuk dan fungsi. Pininfarina SpA menakrifkan apa yang disebut oleh Borgogno sebagai konsep 'titik lenyap' untuk paparan papan pemuka utama yang bersifat unik dan menarik, menumpu pada perhatian pemandu, satu definisi baharu terhadap susun atur bertumpu pemandu.

Teras kepada konsep ini ialah dua skrin yang terletak sama ada di sisi roda stereng yang kompak dan rapat ke arah pemandu. Dail konvensional telah dihapuskan dan digantikan dengan papar pandu (HUD) yang menyampaikan semua maklumat penting.

Automobili Pininfarina mengharapkan pemilik PF0 akan berpengalaman dalam pemanduan di litar dengan kereta-kereta berprestasi moden, mahupun kereta lumba, seterusnya akan terbiasa dengan HUD. Nick Heidfeld, Pemandu Pembangunan jenama dan duta jenama akan menumpu pada sejauh mana penumpang dapat mengaitkan dengan ruang dalaman ketika memecut seperti mana mereka lakukan ketika di luar kokpit. Dengan tahap pengalaman Formula 1 dan Formula E beliau yang terunggul, peranan utama Heidfeld adalah untuk memastikan HUD dan semua kawalan dalam kereta yang penting mudah dikawal dengan tangan dan boleh diakses dan difahami dengan pantas dalam semua keadaan pemanduan.

Luca Borgogno: "Kereta Pininfarina terkenal dengan reka bentuk dalamannya sama seperti reka bentuk luarnya dan ini tidaklah terhad kepada susun atur pemuka dan kualiti bahannya. Bagaimana perasaan penumpang di dalam kereta sepanjang masa, bagaimana penumpang mengubah pandangan mereka dari dalam ke luar tanpa gangguan dan bagaimana mereka mengaitkan dengan sumber maklumat, adalah sama penting untuk kami seperti prinsip-prinsip reka bentuk luaran Pininfarina SpA."

Borgogno dan Perschke menjangkakan reka bentuk yang menonjol untuk PF0 yang diilhamkan oleh kereta-kereta klasik Pininfarina. Jangkaan ini turut menjadi matlamat untuk teknologi dan kelestarian dalam kereta tersebut. Permukaan dan skrin menyediakan portal untuk maklumat hibur dan ketersambungan, disokong oleh maklumat hibur moden dan perisian daripada rakan-rakan kongsi teknologi yang inovatif. Sementara itu, bahan-bahan akan diperoleh dengan beretika dan mengandungi kayu asli dan cat tanpa bahan-bahan kimia.

"Kami ingin pemilik dan penumpang untuk benar-benar memanfaatkan sepenuhnya kereta ini dan berbangga dengan asal usulnya dan apa yang dikatakan tentangnya. Dengan itu, pelaksanaan rekaan akan memberi ruang dalaman yang sememangnya mewah, selesa dan menghiburkan serta pengalaman 'Pininfarina' tradisional secara keseluruhannya. Nilai-nilai bersejarah keanggunan dan kesederhanaan Pininfarina SpA memberikan kami peluang hebat untuk menonjol daripada reka bentuk kereta super dan kereta hiper yang paling terkini," simpul Borgogno.

Untuk mendaftar minat anda terhadap PF0 atau untuk mengakses kit media, sila layari:
www.automobili-pininfarina.com

Catatan editor

Automobili Pininfarina akan beroperasi dari ibu pejabat operasi di Munich, Jerman, bersama sepasukan eksekutif automotif berpengalaman daripada jenama-jenama kereta mewah dan premium. Direka, dibangunkan dan dikeluarkan di Jerman dan Itali, kesemua model akan dijual dan diservis di semua pasaran utama global di bawah jenama Pininfarina. Syarikat baharu ini menyasarkan untuk menjadi jenama kereta mewah yang paling lestari di dunia.

Syarikat ini adalah 100 peratus hasil pelaburan Mahindra & Mahindra Ltd dan dinamakan sebagai Automobili Pininfarina susulan penandatanganan perjanjian lesen tanda dagangan antara Pininfarina SpA dan Mahindra & Mahindra Ltd. Pininfarina SpA akan mengambil peranan berpengaruh dalam menyokong kapasiti reka bentuk dan pengeluaran berdasarkan pengalaman unik mereka selama hampir 90 tahun dalam mengeluarkan kebanyakan kereta paling ikonik di dunia.

Anand Mahindra, Pengerusi Mahindra & Mahindra, Paolo Pininfarina, Pengerusi Pininfarina SpA dan Dr. Pawan Goenka, Pengerusi Mahindra Racing, melancarkan jenama kereta baharu bersama Michael Perschke, Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Pininfarina di perlumbaan Rome Formula E pada 13 April 2018. Mahindra pantas membina pengalaman inovasi teknologi berprestasi tinggi 'perlumbaan-ke-jalan raya' canggih yang mampan setelah bersaing dalam setiap perlumbaan Formula E sejak siri perlumbaan motor yang paling inovatif di dunia bermula pada tahun 2013.

Automobili Pininfarina akan menggabungkan kepakaran dalaman ini dengan perkongsian bersama beberapa pembekal reka bentuk dan kejuruteraan automotif yang terkemuka di dunia bagi menyokong sasaran agresifnya terhadap prestasi dan pelancaran pasaran pada lewat tahun 2020.

Source: Automobili Pininfarina
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news