omniture

Medtec Jepun 2019 bakal Tonjolkan Industri Reka Bentuk dan Pengilangan Peralatan Perubatan di Tokyo

UBM Japan Co., Ltd.
2018-08-22 16:02 1544

TOKYO, 22 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pameran dan persidangan yang terbesar di Asia khusus untuk industri Reka Bentuk dan Pengilangan Peralatan Perubatan, "Medtec Jepun 2019" bakal diadakan di Tokyo mulai 18 Isnin - 20 Rabu Mac 2019.

 

 

Medtec Japan 2018
Medtec Japan 2018

 

Medtec Japan 2018
Medtec Japan 2018

 

Medtec Japan 2018
Medtec Japan 2018

Lebih 560 pempamer dari kira-kira 25 negara di seluruh dunia mempamerkan teknologi dan perkhidmatan terkini mereka tahun lalu di Jepun, pasaran peralatan perubatan kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Dengan penduduk yang semakin meningkat usia dan peningkatan permintaan terhadap rawatan yang semakin sofistikated, industri peralatan perubatan ialah salah satu daripada segelintir sektor yang telah menyaksikan pertumbuhan yang berterusan dan kukuh.

Lebih 31,000 pengunjung menghadiri acara terdahulu dari hampir 30 negara. Medtec Jepun ialah acara yang amat disasarkan, dengan lebih 60% pengunjung daripada kalangan pengeluar peralatan perubatan. Antaranya ialah pembeli dan kakitangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari syarikat-syarikat seperti Terumo Corporation, Olympus Corporation, Nihon Kohden Corporation, OMRON Corporation, PHC Co., Ltd., Kawasumi Laboratories Inc., Nipro Corporation, Fukuda Denshi Co., Ltd., JMS Co., Ltd., Create Medic Co., Ltd., HOYA Corporation, Konica Minolta, Inc.,  Canon Medical Systems Corporation, Sysmex Corporation, FujiFilm Corporation, Toray Medical Co., Ltd., GC Co., Ltd., J. Morita Mfg. Corp, Yoshida Seisakusho Co., Ltd. dan Eisakusho Co., Ltd.

Medtec Jepun ditempatkan bersama-sama dengan lima pameran lain:

  • ElectroMED Jepun
  • Kesihatan Pintar Jepun
  • Kit Ujian Jepun
  • Ekspo Robot & Peranti Penjagaan/Kebajikan
  • BANDAR Perubatan / Perubatan Bencana / Inovasi untuk Teknologi Kreatif (BAHARU)
    Khidmat / teknologi terhubung, Khidmat / teknologi Wi-Fi, Khidmat / teknologi telekomunikasi, Isyarat, Teknologi Penjimatan Kuasa, Sensor, Sistem Keselamatan, Kamera Keselamatan, GPS, Khidmat Awan, Teknologi Hospital Pintar, Khidmat dan Teknologi untuk masyarakat terlalu tua, Khidmat/kemudahan/teknologi pengurusan penjagaan kesihatan, Kediaman Pintar, AI, Khidmat tenaga kerja, Khidmat pembangunan sumber manusia kejururawatan, Perubatan bencana dan Peralatan / teknologi perubatan untuk Perubatan Bencana

Meletakkan Tumpuan Global terhadap Teknologi Perubatan canggih Jepun:

Medtec Jepun ialah salah satu daripada sepuluh pameran berkaitan sains hayat yang amat tertumpu yang akan diadakan serentak di Tokyo di bawah naungan "Minggu Sains Hayat Jepun 2019". Minggu Sains Hayat Jepun menyediakan platform unik untuk penciptaan peluang perniagaan baharu dalam bidang peralatan perubatan dan farmaseutikal, selain menumpukan perhatian dunia terhadap teknologi perubatan canggih milik Jepun.

Medtec Jepun 2020 akan diadakan di Tokyo mulai 18 Isnin - 20 Rabu Mac 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.medtecjapan.com.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2215874-1LOGO
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170222/8521701055LOGO
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2216986-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2216986-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2216986-1-c

Source: UBM Japan Co., Ltd.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Trade show news Future Events