omniture

Veteran Industri Telekom Ken Corcoran Sertai Lembaga Penasihat Comviva

Comviva
2018-08-22 16:15 3074

NEW DELHI, 22 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

• Beliau akan memberi nasihat berkaitan penyelesaian AI, Data Raya, Awan dan IOT

Comviva, pemimpin global dalam penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan penambahan Ken Corcoran, Ketua Pegawai Eksekutif Priority Partners, LLC, kepada lembaga penasihatnya. Beliau datang pada masa syarikat bersedia untuk pertumbuhan yang tinggi, susulan kemunculannya dalam teknologi digital jenis baharu.

generated by system

Ken akan membantu Comviva untuk menolak sempadan dalam aplikasi AI, Data Raya, dan Awan untuk kes-kes penggunaan Telekom baharu, seperti IOT, Perkhidmatan Digital, Bandar Pintar dan kehidupan terhubung, dan pada masa yang sama kekal memberi tumpuan kepada penemuan penting dalam bidang perniagaan semasa. Beliau akan bekerjasama dengan pasukan kepimpinan Comviva, menyediakan cadangan strategik mengenai portfolio sedia ada syarikat dan inisiatif baharu selain menyediakan kepakarannya mengenai perkongsian dan pelaburan strategik.

Ken Corcoran membawa bersama 35 tahun pengalaman kerja di ruang telekomunikasi. Beliau telah memegang jawatan kanan dalam AT & T serta Amerika Movil serta berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Teknologi America Movil dari tahun 2001 hingga 2011. Dalam peranannya sebagai Ketua Pegawai Teknologi, Ken mengembangkan rangkaian Telcel Mexico, daripada menyokong 10 juta kepada lebih 65 juta pelanggan. Beliau memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Claro Brazil Network, daripada 2 juta kepada 60 juta pelanggan. Beliau mempengerusikan pelbagai jawatankuasa industri yang menghasilkan spesifikasi digital TDMA IS-54 menggantikan selular analog, serta tulang belakang isyarat A-41 (SS7) A.S. yang menghasilkan perantauan dan penghantaran panggilan yang lancar.

Manoranjan Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Comviva, berkata, "Ken membawa pengetahuan mendalam tentang ruang telekom dan pengalaman peringkat pengurusan tertinggi yang penting dalam memacu pertumbuhan di banyak negara. Kami gembira dengan kehadiran beliau dalam lembaga pada  waktu yang penting ini, sewaktu kami mula menangani cabaran dan peluang baharu dalam pasaran secara agresif. Ken menjadi tambahan hebat kepada lembaga penasihat kami, dan syarikat secara keseluruhannya."

Ken Corcoran menyatakan, "Saya teruja  menyertai lembaga penasihat Comviva untuk membantu menggerakkan perniagaan ke hadapan. Industri telekomunikasi berada pada titik perubahan dengan teknologi baharu seperti AI, Data Raya, dan Awan yang mengganggu model perniagaan yang ada. Saya tidak sabar untuk membawakan pengalaman dan pembelajaran saya kepada lembaga penasihat Comviva untuk membantu membentuk visi teknologi dan pengembangan ke pasaran baharu."

Hubungan media:
Sundeep Mehta
PR & Komunikasi Korporat
Hubungi: + 91-124-481-9000
E-mel: pr@mahindracomviva.com
Sumber: Comviva

Source: Comviva
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology