HONG KONG, 22 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- VTech Holdings Limited (HKSE: 303) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan pengambilalihan kemudahan pengilangan di Malaysia yang dimiliki oleh Pioneer Technology (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah subsidiari Pioneer Corporation.
Pemerolehan kemudahan pengilangan ini diumumkan pada 4 Mei 2018. Ia mengukuhkan kedudukan Perkhidmatan Pengilangan Kontrak VTech sebagai pengilang peralatan audio profesional terkemuka. Selain itu, penambahan tapak pengilangan di luar tanah besar China secara strategiknya memperluaskan jejak global VTech dengan lebih baik dalam memenuhi keperluan para pelanggannya.
Transaksi ini telah diselesaikan pada 20 Ogos 2018. Keseluruhan pertimbangan berjumlah kira-kira AS $ 21.1 juta dan dibiayai melalui sumber dalaman.
Latar Belakang VTech
VTech merupakan peneraju global dalam produk pembelajaran elektronik dari peringkat bayi hingga anak-anak kecil dan prasekolah dan pengeluar telefon tanpa wayar terbesar di dunia. Ia juga menyediakan perkhidmatan pembuatan kontrak yang menjadi rebutan. Sejak penubuhannya pada tahun 1976, VTech telah menjadi perintis dalam kategori mainan pembelajaran elektronik. Dengan kepakaran pendidikan maju dan inovasi canggih, produk VTech memberikan keseronokan dan pembelajaran kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan beberapa dekad kejayaan dalam telefoni tanpa wayar, pelbagai koleksi produk telekomunikasi VTech meningkatkan pengalaman pengguna kediaman dan perniagaan melalui teknologi dan reka bentuk terkini. Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik terkemuka di dunia, VTech menawarkan perkhidmatan siap guna penuh bertaraf dunia kepada pelanggan dalam beberapa kategori produk. Misi Syarikat adalah untuk merekabentuk, mengeluarkan dan membekalkan produk yang inovatif dan bermutu tinggi dengan cara yang meminimumkan sebarang impak terhadap alam sekitar, dan pada masa yang sama mewujudkan nilai mampan untuk pihak berkepentingan dan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vtech.com.
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151203/8521508294LOGO