omniture

Honor Play Umum Perkongsian Strategik Bersama Permainan Mudah Alih Utama PUBG MOBILE dan Asphalt 9: Legends di Gamescom

Honor
2018-08-23 01:26 1683

Penyesuaian spesifik permainan Honor Play akan tersedia pada PUBG MOBILE dan Asphalt 9: Legends Gameloft untuk pengalaman permainan revolusioner

COLOGNE, Jerman, 23 Ogos 2018 / PRNewswire / - Honor, e-jenama telefon pintar baharu yang menetapkan trend dan inovatif, hari ini mengumumkan perkongsian strategik dengan pembangun permainan terkemuka industri PUBG Corp., Tencent, dan GAMELOFT, dan banyak lagi, di Gamescom. Honor berganding dengan PUBG MOBILE dan Asphalt 9: Legends untuk merevolusikan industri permainan mudah alih, bermula dengan kelajuan dan prestasi Honor yang terunggul, kualiti grafik yang dipertingkat dan hayat bateri yang lebih panjang, serta pengalaman siri permainan bertaraf bintang yang menarik.

BERTAHAN DI PUBG MOBILE DENGAN HONOR PLAY

Honor bekerjasama erat dengan PUBG MOBILE, salah satu permainan kejohanan taktikal terbaik dunia yang dibangunkan oleh Tencent dan PUBG Corp., bagi bersama-sama mencipta pengalaman permainan luar biasa untuk peminat Honor di seluruh dunia. Sebagai jenama yang menetapkan trend dalam industri telefon pintar, Honor dengan bangga mengumumkan PUBG MOBILE sebagai Rakan Permainan Rasmi Honor Play, gelaran permainan yang telah dianugerahkan Permainan Sohor Kini Tahunan oleh Anugerah Permainan SXSW tahun ini dan mempunyai lebih dari 10 juta pengguna aktif di seluruh dunia (tidak termasuk China) setiap hari. Kedua-dua PUBG MOBILE dan Honor merapatkan hubungan rakan-rakan untuk pengalaman yang menarik. Perkongsian permainan ini akan membawa pengalaman ini bagi peminat Honor ke tahap yang baru dengan Honor Play.

Honor Play Umum Perkongsian Strategik Bersama Permainan Mudah Alih Utama PUBG MOBILE dan Asphalt 9: Legends di Gamescom
Honor Play Umum Perkongsian Strategik Bersama Permainan Mudah Alih Utama PUBG MOBILE dan Asphalt 9: Legends di Gamescom

Kedua-dua teknologi dan jenama permainan peneraju industri ini telah mewujudkan hubungan yang mantap untuk menerapkan teknologi permainan Honor yang terkini pada PUBG MOBILE dan melaksanakan kempen permainan di seluruh dunia dengan Honor Play. Demi menawarkan pengalaman permainan yang lebih lancar dan lebih selesa, Honor telah bekerjasama dengan PUBG MOBILE untuk menyesuaikan prestasi grafik dalam permainan dengan sokongan Honor Play, yang memperlihatkan kadar bingkai penuh sebesar 39.46 [1] dan kadar ketaran stabil 0.21% [2]. Lebih banyak peranti Honor dijangka akan bekerjasama dengan PUBG MOBILE pada masa akan datang.

Di Gamescom tahun ini, Honor dan PUBG MOBILE menjemput para pemain dan para peminat untuk menguji kemahiran mereka di Cologne, di mana mereka bersaing dalam pasukan dengan dan menentang pemain bintang dunia dan berpeluang untuk mengalami kelajuan dan prestasi unggul Honor Play di pameran itu. Honor dan PUBG MOBILE akan menganjurkan lebih banyak kejohanan dalam talian dan kempen luar talian di seluruh Eropah Barat, CEE & Nordic, Asia Pasifik, Timur Tengah, Rusia dan India.

MENANG DI ASPHALT 9: LEGENDS DENGAN HONOR PLAY

Honor sedang bekerjasama dengan Asphalt 9: Legends, permainan mudah alih lumba kereta yang paling popular di dunia yang dicipta oleh GAMELOFT, untuk membawa para pemain ke tahap yang baharu dalam pengalaman lumba kereta mereka dengan Honor Play. Kerjasama dengan Asphalt 9: Legends mempunyai banyak potensi dan ini bukanlah kali pertama Honor bekerjasama dengan Gameloft. Untuk Honor 5X, Honor bekerja dengan Gameloft untuk melancarkan # Asphalt8HonorCup Challenge. Untuk Honor View 10, Honor berkolaborasi dengan Gameloft untuk melancarkan Pertandingan Kombat Moden Menentang Siri E-sukan Antarabangsa Honor. Kedua-dua produk dan acara membuahkan kejayaan yang hebat dan menjadi perkara penting dalam keputusan Honor untuk bekerjasama dengan Gameloft dengan yakin buat kali ketiga.

Honor Play Umum Perkongsian Strategik Bersama Permainan Mudah Alih Utama PUBG MOBILE dan Asphalt 9: Legends di Gamescom
Honor Play Umum Perkongsian Strategik Bersama Permainan Mudah Alih Utama PUBG MOBILE dan Asphalt 9: Legends di Gamescom

Honor Play mewakili detik "Game On" untuk pemain mudah alih. Penyesuaian permainan ini mencapai hampir kadar bingkai penuh dan pengalaman lancar walaupun untuk permainan intensif grafik. Teknologi audio Histen 3D menawarkan bidang bunyi 3D ultra lebar untuk pemain. Bunyi sekeliling maya ini memberikan pengalaman sinematik dari arah yang berbeza, membolehkan pemain untuk mencari musuh dan arah tembakan dengan tepat. Di PUBG MOBILE, fungsi AI 4D Smart Shock juga didayakan untuk 30 getaran senario yang berbeza, dan akan bertindak balas mengikut arahan mendekati musuh atau tembakan, dan anda akan merasakan sentakan ketika anda menarik pemicu. Honor Play juga mempunyai paparan FullView 6.3 inci yang besar dengan nisbah aspek 19.5: 9 yang luar biasa dan bateri 3,750mAh yang besar yang menyokong sekurang-kurangnya 4.5 jam permainan. Para pemain boleh menikmati pengalaman visual yang lebih menyenangkan pada permainan dan multitugas, dan juga hiburan sepanjang masa.

"Pelancaran Honor Play mewakili lonjakan besar bagi pengalaman pengguna permainan mudah alih. Honor tidak hanya menawarkan pengalaman yang luar biasa, kami bekerjasama dengan pemaju permainan peringkat tinggi untuk mencipta pengalaman yang lebih menyeronokkan untuk para pemain," kata George Zhao, presiden Honor. "Honor Play merupakan detik "Game On" bagi Honor, pemain mudah alih dan rakan-rakan kongsi kami."

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah naungan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna natif digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Honor dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/honorglobal

______________________________________
[1] Berdasarkan ujian makmal Honor.
[2] Berdasarkan ujian makmal Honor.


Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180822/2217485-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180822/2217485-1-b

Source: Honor
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Licensing/marketing agreements Trade show news