omniture

Penggunaan Model Runcit Pintar O2O Baharu Suning Saksikan Peningkatan Jualan 155% semasa Pesta Beli Belah 818 Tahunan

Suning
2018-08-23 05:58 1316

NANJING, China, 23 Ogos 2018 /PRNewswire/ - Suning.com ("Syarikat"), syarikat runcit Fortune Global 500 dan peruncit pintar dalam talian ke luar talian (O2O) terbesar China yang dimiliki oleh Suning Holdings Group menamatkan bonanza beli belah 818 tahunan ke-6 yang berlangsung selama 25 hari, meningkatkan jualan omni-saluran sebanyak 155% berbanding tahun lalu. Pesta ini, yang menggabungkan strategi dalam talian ke luar talian dengan konsep runcit pintar yang baharu, juga menyaksikan aplikasi runcit rasmi Suning.com menduduki tempat pertama bagi muat turun selama sembilan hari berturut-turut semasa promosi manakala bilangan pengguna aktif meningkat 97% berbanding tahun lalu, menjadikannya pesta beli belah syarikat yang paling berjaya setakat ini.

Spree-topia 818 Suning
Spree-topia 818 Suning

"Pesta 818 tahun ini adalah yang pertama menonjolkan kelebihan strategi runcit pintar baharu Suning," kata Zhang Jindong, pengerusi Suning Holdings Group. "Setiap tahun, kami berhasrat untuk mengatasi kesemua tahun sebelumnya, dan pada tahun ini kami telah memperoleh pencapaian yang besar, bukan sahaja dari segi skala tetapi promosi konsep baharu kami mengenai peruncitan masa depan dan gaya hidup menerusi penyelesaian pintar, hubungan senario penggunaan yang berbeza, dan penglibatan penuh pelanggan untuk mencapai pengalaman runcit yang dipertingkat."

Sorotan Pesta Beli Belah 818 Suning.com

  • Sejumlah 6,753 kedai fizikal Suning telah mengambil bahagian dalam pesta ini, termasuk kedai runcit, plaza beli belah, hotel, kedai sukan, pawagam, pasar raya SuFresh dan CVS sepanjang pesta 25 hari
  • Lebih daripada 1,000 Kedai Runcit Awan Suning mendayakan pasaran pengguna bandar dengan 267% pertumbuhan bulan ke bulan semasa pesta membeli belah
  • Pada 18 Ogos, 1,356 perkhidmatan jualan runcit "kilometer terakhir" Suning CVS memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 20 juta pelanggan dengan jualan sehingga 662%
  • Lebih 150 juta orang menonton siaran acara Spree-topia 818 Suning secara langsung dalam talian
  • Senarai produk yang dijana dengan pintar oleh sistem data raya Suning menyediakan panduan membeli belah kepada lebih daripada 1 juta pengguna setiap hari
  • Lebih 30,000 pembekal jenama dan 35,000 penyewa mendapat manfaat daripada operasi data pintar Suning
  • 40 gudang rantaian sejuk Suning Logistics yang baru dibina menghantar makanan segar untuk lebih 50 juta pelanggan di 173 bandar raya semasa pesta
  • Gincu kekal sebagai salah satu produk kecantikan luar negara yang paling laris dengan jualan sehingga 365% berbanding 2017 semasa Hari Valentine Cina
  • Suning melancarkan "Appollo", platform berasaskan rantaian blok untuk membolehkan pengguna menikmati teknologi interaktif dan mendapat diskaun membeli belah dalam talian

Strategi runcit pintar Suning memberi tumpuan kepada masa depan runcit yang memanfaatkan kemajuan dalam teknologi baharu dan menggabungkan pelbagai senario pembelian untuk mewujudkan pengalaman dalam talian ke luar talian yang inovatif untuk pengguna, memeriahkan semula kedai-kedai di jalan utama dan menjadikan aktiviti membeli belah lebih menarik dan menyeronokkan. Untuk memenuhi jumlah pesanan yang banyak semasa acara jualan selama 25 hari, Suning menyediakan pelbagai pilihan penghantaran termasuk dron perintis dan perkhidmatan kenderaan pandu sendiri. Peruncit dan pengguna juga dapat memanfaatkan perkhidmatan kewangan pintar Sunings, yang telah menjimatkan lebih daripada 38 juta RMB bagi pengguna dan menyediakan rakan kongsi runcit dengan lebih daripada 3 bilion RMB dalam perkhidmatan kewangan dan sokongan.

Sepanjang pesta 25 hari, Suning menggabungkan aktiviti dalam talian dan luar talian untuk mewujudkan pengalaman yang menyeluruh bagi pengguna. Acara "Spree-topia" istimewa menarik lebih daripada 60,000 pelawat ke kedai sementara mereka dan menghasilkan lebih daripada 150 juta tontonan dalam talian. Syarikat juga mempromosikan 818 melalui penciptaan kandungan dan aplikasi perkongsiannya, 'The Number 1 Buyer', ruang dalam talian untuk pengguna berinteraksi dengan selebriti, berkongsi kandungan video dan membuat pembelian langsung dengan cara yang menghiburkan.

Pengguna, golongan berpengaruh dalam talian dan peruncit telah menerima pakai wawasan baharu runcit masa depan Suning. Setakat ini, "The Number 1 Buyer" mempunyai 5,000 selebriti dan penggiat aktif yang mewujudkan lebih daripada 80 juta topik.

Latar Belakang Pesta Beli Belah 818

Diasaskan pada tahun 2014, "Pesta Beli Belah 818" Suning  merupakan acara jualan dalam talian ke luar talian tahunan. Ia menampilkan kempen diskaun dan promosi di seluruh saluran runcit domestik dan antarabangsa Syarikat, termasuk lebih daripada 5,000 kedai fizikal yang dikendalikan sendiri dan platform e-dagangnya Suning.com, yang berada pada kedudukan tiga platform B2C utama Cina dengan 500 juta pengguna.

Latar Belakang Suning

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning Holdings Group (Suning) merupakan salah satu daripada syarikat komersil utama China dengan dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada 2017, Suning menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 syarikat swasta yang terkemuka di China dengan jualan tahunan sebanyak AS $65.7 bilion (RMB 412.95 bilion). Susulan misinya untuk "Memimpin Ekosistem merentasi Industri dengan Mewujudkan Kualiti Hidup Elit untuk Semua", Suning telah memperkukuh dan memperluas perniagaan utamanya melalui lapan industri menegak: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Harta Tanah, Media & Hiburan, Sukan, dan Pelaburan, yang mana Suning.com disenaraikan pada Fortune Global 500.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217184-1

Source: Suning
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Retail Supermarkets Telecommunications