omniture

Akses Percuma Black Desert: Remastered Tersedia untuk 2 Minggu

Pearl Abyss
2018-08-23 10:00 3141

SEOUL, Korea Selatan, 23 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pearl Abyss mengumumkan pelancaran Black Desert: Remastered hari ini. Pengindukan semula itu akan menampilkan rombakan grafik dan audio sepenuhnya, termasuk penggunaan persembahan berasaskan fizikal, pascapemprosesan yang lebih baik dengan YEBIS selain runut bunyi dan suara latar yang baharu serta asli. Untuk mereka yang mementingkan spesifikasi tinggi, terdapat butang hidup/mati dalam permainan agar semua Pengembara dapat meneroka pengembaraan yang tampak hidup itu. Lihat treler 4K di sini.

The all-new Black Desert: Remastered is free for 2 weeks
The all-new Black Desert: Remastered is free for 2 weeks

Bagi meraikan pelancaran tersebut, pembangun Pearl Abyss menawarkan Pengembara dengan dua minggu akses percuma kepada permainan tersebut buat julung kalinya. Para Pengembara boleh mengakses Black Desert: Remastered secara percuma mulai 10:00 pagi (GMT +8) pada 23 Ogos hingga 6:00 pagi (GMT +8) pada 5 September.

Ketua Pegawai Operasi Pearl Abyss James Heo berkata, "Kami menawarkan akses percuma untuk memastikan setiap orang mendapat peluang untuk mengalami pengindukan semula permainan tersebut. Black Desert: Remastered sememangnya menetapkan standard baharu untuk grafik dan audio MMORPG, maka saya berharap lebih ramai Pengembara akan memanfaatkan tempoh akses percuma tersebut."

Di samping itu, semua Pengembara yang mengelog masuk ke dalam permainan tersebut semasa minggu pertama pelancarannya akan menerima Horse Emblem Peringkat 7 dan Set Perkakasan Golden Horse. Terdapat juga acara untuk Pengembara baharu dan lama, termasuk Pek Nilai 7 hari dan item tunai yang lain. Ketahui maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini dan acara di sini.

Latar Belakang Black Desert Online

Black Desert Online ialah MMORPG aksi dunia terbuka, dengan visual canggih dan pertarungan yang menggunakan kemahiran yang akan menentukan semula bagaimana kita melihat suatu genre. Black Desert Online mempunyai sistem penyesuaian watak yang paling maju berbanding mana-mana permainan yang kini terdapat dalam pasaran. Ciri ini membolehkan pengguna untuk keluar dari kebiasaan dan menghasilkan watak-watak unik yang benar-benar menonjolkan setiap pemain. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta begitu indah dan peribudaya luas yang akan mengujakan pemain baharu dan lama bagi permainan MMO dan RPG aksi secara umumnya. Permainan ini dilancarkan dengan jayanya di lebih 150 negara, tersedia dalam 12 bahasa dan mempunyai lebih 9.5 juta pengguna berdaftar. Versi mudah alih dan konsol dijadualkan untuk dilancarkan di peringkat global pada tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Black Desert Online, sila layari https://www.sea.playblackdesert.com/  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180822/2214957-1

Source: Pearl Abyss
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment New products/services Future Events