omniture

Lebih Banyak Pelabur Tertarik Kepada Kewarganegaraan Caribbean, Dedah CBI Index Baharu

CBI Index
2018-08-23 13:03 3344

LONDON, 23 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Negara-negara Caribbean terajui kewarganegaraan melalui industri pelaburan yang semakin meningkat hari ini, dengan program Dominica dinobatkan sebagai terbaik di dunia untuk tahun kedua berturut-turut dalam laporan khas terkini oleh penerbitan FT, PWM.

generated by system

Daripada kesemua 13 bidang kuasa CBI di seluruh dunia, Dominica menerajui industri, mendapat markah yang sempurna dalam lima daripada tujuh tonggak yang digunakan untuk menilai setiap program. Empat negara rakan Caribbean berada di belakang, dengan perintis CBI St Kitts and Nevis sebagai pesaing yang kuat. Program-program yang dinilai dalam CBI Index tahun ini termasuk yang ditawarkan oleh Antigua and Barbuda, Austria, Bulgaria, Kemboja, Cyprus, Dominika, Grenada, Jordan, Malta, St Kitts and Nevis, St Lucia, Turki, dan Vanuatu.

PWM mencatatkan bahawa lebih ramai pelabur di seluruh dunia - terutama dari China, Rusia, dan, semakin ramai dari Timur Tengah dan Afrika - tertarik dengan idea memperoleh dua kerakyatan. Trend ini diramalkan akan berkembang dalam kalangan keluarga global yang terjejas oleh ketidakstabilan sosio-politik di negara asal, atau golongan perniagaan antarabangsa yang ingin meluaskan peluang perjalanan dan perniagaan tanpa visa.

CBI Index mengukur tujuh bidang, atau tonggak: Ketekunan Wajar, Kebebasan Bergerak, Taraf Hidup, Perbelanjaan Pelaburan Minimum, Kemudahan Pemprosesan, Garis Masa Kewarganegaraan, dan Perjalanan atau Kediaman Mandatori. Penyelidik dan arkitek bebas dari CBI Index, James McKay, menganggap elemen-elemen ini merupakan perkara paling penting dalam proses membuat keputusan pelabur ketika memilih kewarganegaraan kedua mereka. McKay menerangkan kaitan kajian bagi industri imigrasi pelabur: "CBI Index semakin pantas menjadi alat utama bagi pelabur untuk mengukur prestasi dan daya tarikan kewarganegaraan global menerusi program pelaburan dengan tepat."

Di keseluruhan laporan khas, penekanan diberikan kepada ketekunan wajar - prosedur keselamatan dan pemeriksaan yang terlibat dalam setiap program CBI yang memastikan bahawa keperibadian yang dipertikai dari segi moral tidak diterima. CBI Index 2018 menekankan proses ketekunan wajar sebagai komponen penting dalam membezakan program-program ini. Heyrick Bond Gunning, Ketua Pegawai Eksekutif pakar ketekunan wajar S-RM, menyimpulkan bahawa ia "Harus menjadi perkara penting kepada semua program CBI yang bercita-cita untuk berjaya dan berkekalan."

Mengikuti jejak keputusan CBI Index 2017, Dominica kekal menjadi negara kewarganegaraan ekonomi terbaik dunia kerana mengekalkan tahap ketepatan masa yang tinggi dan kemudahan proses, ambang pelaburan yang berpatutan, dan rangka kerja ketekunan wajar yang mantap. Keputusan ini merupakan bukti kepada program CBI negara kecil Caribbean ini yang berjaya menghadapi cabaran yang dibawakan oleh musim taufan tahun lalu. Lebih-lebih lagi, pengumuman inisiatif pengharaman Styrofoam dan plastik terbaharu mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa yang meluas buat Dominica kerana menjadi sebahagian daripada Komuniti Global yang bertanggungjawab – sebuah pemikiran yang tepat yang membimbing program CBI terkemuka negara. Dominica terus menjadi contoh terpuji bagaimana dana CBI boleh digunakan untuk memperbaiki kehidupan warganya, seperti pembinaan 5,000 rumah baharu yang diumumkan baru-baru ini, dibiayai sepenuhnya oleh program CBI.

Berada di kedudukan kedua dalam CBI Index 2018, Federation of St Kitts and Nevis meningkatkan prestasinya dalam bidang Perbelanjaan Pelaburan Minima (mampu milik) dan Kebebasan Bergerak. Kebebasan Bergerak ini merupakan aset yang mendapat pelaburan berterusan negara, memandangkan pemegang pasport St Kitts and Nevis boleh melakukan perjalanan tanpa visa ke lebih 150 negara dan wilayah. Program Negara ini mengamalkan ambang pelaburan yang lebih rendah dengan pembentukan pilihan Tabung Bantuan Taufan sementara yang sangat popular. Ia terus menawarkan apa yang dianggap sebagai Standard Platinum dalam industri dengan Dana Pertumbuhan Mampan - kaedah pembiayaan kerajaan yang baharu bertujuan untuk membantu dalam membangunkan inisiatif sosial dan ekonomi di St Kitts and Nevis.

Perbahasan Pasca-Brexit telah membangkitkan kesedaran tentang nilai kewarganegaraan seseorang dan kepastian - atau kekurangan kepastian - yang diperoleh dalam kewarganegaraan itu. "Kebebasan bergerak menjadi faktor utama apabila dasar imigresen menjadi semakin ketat," kata Selby du Pasquier, ketua peguam Geneva Lenz & Staehelin.

Untuk butiran terperinci keputusan CBI Index 2018, sila rujuk laporan penuh, boleh didapati secara percuma di http://www.cbiindex.com

Latar Belakang CBI INDEX

CBI Index merupakan satu-satunya kajian komprehensif di dunia dalam bidang-bidang kuasa yang menawarkan kewarganegaraan melalui pelaburan. Sistem penarafan ini direka untuk mengukur prestasi dan daya tarikan semua program kewarganegaraan melalui pelaburan aktif yang diluluskan kerajaan dengan menggunakan tujuh petunjuk utama. Tujuannya adalah untuk menyediakan mekanisme yang ketat dan sistematik untuk menilai program kewarganegaraan, dan untuk memudahkan proses membuat keputusan bagi individu-individu yang berhasrat mendapatkan kewarganegaraan itu. CBI Index ialah laporan tahunan khas yang bebas, pertama kali diterbitkan pada tahun 2017 oleh Professional Wealth Management - sebuah penerbitan daripada Financial Times.

Hubungi:
Sekiranya anda memerlukan butiran lanjut atau petikan eksklusif, sila tujukan semua pertanyaan kepada info@cbiindex.com

Source: CBI Index
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research