omniture

Aset bersih Ontario Teachers' cecah $193.9 bilion pada separuh pertama 2018

Ontario Teachers' Pension Plan
2018-08-23 23:42 3763

Aset bersih meningkat sebanyak $4.4 bilion

TORONTO, 23 Ogos 2018 /PRNewswire/ --  Ontario Teachers' Pension Plan (Ontario Teachers') hari ini mengumumkan bahawa aset bersihnya mencecah $193.9 bilion setakat 30 Jun 2018, meningkat $4.4 bilion dari 31 Disember 2017. Jumlah dana pulangan bersih ialah 3.2% untuk enam bulan pertama tahun ini.

Ontario Teachers' Pension Plan
Ontario Teachers' Pension Plan

"Di Ontario Teachers', kami menakrifkan kejayaan menerusi kebolehan kami membayar pencen untuk generasi-generasi akan datang dan kami terus memajukan dan menginovasi misi berkenaan," kata Ron Mock, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Biarpun dalam pasaran yang tidak menentu ini, pendekatan portfolio kami yang seimbang memberi pulangan kukuh dan pasukan pelaburan kami terus mencari peluang-peluang untuk pertumbuhan jangka panjang."

Keputusan pertengahan tahun menyediakan ringkasan prestasi Pelan berkenaan sepanjang tempoh enam bulan, sementara pulangan terdahulu menekankan kelangsungan jangka panjang strategi pelaburan kami. Setakat 31 Disember 2017, tarikh akhir yang mana terdapatnya angka-angka sepanjang tahun, Pelan ini mempunyai jumlah dana pulangan bersih sebanyak 9.9% sejak diperkenalkan. Pulangan bersih lima tahun dan sepuluh tahun, juga setakat 31 Disember 2017, masing-masing ialah 9.6% dan 7.6%.

Ontario Teachers' mengambil pendekatan jangka panjang yang berdisiplin untuk mengurus portfolio melalui pelbagai keadaan pasaran yang berbeza. Tumpuan berpandangan jauh dan inklusif dalam organisasi membantu memastikan pelbagai peruntukan risiko dengan kadar faedah, inflasi, pertukaran asing dan pendedahan ekuiti yang sesuai dan sejajar.

Meskipun pasaran-pasaran kewangan telah stabil, kadar turun naik berkemungkinan akan berterusan tatkala berlakunya ketegangan perdagangan global, peningkatan harga tenaga dan ketegangan geopolitik.

"Pulangan pada separuh pertama didorong sebahagian besarnya oleh prestasi kelas aset ekuiti, awam dan persendirian dan kelas aset sensitif inflasi," kata Ziad Hindo, Ketua Pegawai Pelaburan. "Faedah-faedah pempelbagaian dan globalisasi adalah jelas memandangkan kelas-kelas aset berbeza menunjukkan kemajuan berbeza mengikut peralihan pasaran."

Gabungan Aset Terperinci


Setakat 30 Jun 2018

Setakat 31 Disember 2017







(Kanada
$ bilion)

(peratus)

(Kanada
$ bilion)

(peratus)

Ekuiti






Dagangan awam

35.1

18

35.2

19


Bukan dagangan awam

32.1

17

31.9

17


67.2


67.1







Pendapatan tetap






Bon

46.8

24

41.4

22


Produk kadar nyata

20.4

11

20.0

11


67.2


61.4







Sensitif Inflasi






Komoditi

13.5

7

11.1

6


Sumber asli

7.3

4

6.6

3


Lindung nilai inflasi

9.2

5

8.9

5


30.0


26.6







Aset sebenar






Hartanah

26.7

14

25.5

14


Infrastruktur

17.2

9

18.7

10


Produk kadar nyata

4.2

2

1.5

1


48.1


45.7







Kredit

14.4

7

13.6

7

Strategi pulangan mutlak

13.5

7

10.7

6

Tindanan

(0.4)

(0.3)

Pasaran wang

(48.7)

(25)

(39.4)

(21)

Pelaburan bersih1

$

191.3

100%

$

185.4

100%









1 Pelaburan bersih, yang mencakupi pelaburan kurang liabiliti berkaitan pelaburan setakat 30 Jun 2018, Penyata Kedudukan KewanganTerkumpul Disatukan Interim, tidak termasuk semua aset dan liabiliti lain.

Jumlah dana pulangan tempatan ialah 2.6%. Pelan ini melabur dalam 35 mata wang global dan di lebih 50 negara, namun melaporkan aset serta liabilitinya dalam dolar Kanada. Pada separuh pertama tahun 2018, mata wang memberi impak +0.7% yang positif ke atas jumlah dana, menghasilkan perolehan sebanyak $1.4 bilion yang sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan nilai dolar A.S.

Latar Belakang Ontario Teachers'
Ontario Teachers' Pension Plan (Ontario Teachers') ialah pelan pencen satu pekerjaan yang terbesar di Kanada, dengan aset bersih sebanyak $193.9 bilion setakat 30 Jun 2018. Ia memegang pelbagai portfolio aset global, kira-kira 80% daripadanya diurus sendiri dan telah memperoleh purata kadar pulangan tahunan sebanyak 9.9% sejak pelan tersebut mula diperkenalkan pada tahun 1990. Ontario Teachers' ialah sebuah pertubuhan bebas yang beribu pejabat di Toronto. Pejabat rantau Asia Pasifiknya terletak di Hong Kong manakala pejabat Eropah, Timur Tengah & benua Afrika terletak di London. Pelan faedah tertakrifnya, yang dibiayai sepenuhnya, melabur dan mengurus pencen bagi 323,000 guru aktif dan guru bersara wilayah Ontario. Untuk maklumat lanjut, layari otpp.com dan ikuti kami melalui Twitter @OtppInfo.

Catatan untuk Editor: Sila Lihat Lampiran:

Untuk maklumat lanjut - Pav Jordan, Komunikasi Pelaburan, +1 (416) 228-6862, pav_jordan@otpp.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/733630/Ontario_Teachers__Pension_Plan_Ontario_Teachers__net_assets_reac.jpg

 

Source: Ontario Teachers' Pension Plan
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Earnings