omniture

Bangunan Empire State Perkenal Pintu Masuk Baharu Balai Cerap

Empire State Realty Trust, Inc.
2018-08-24 00:39 3846

Perkenal Pintu Masuk, Lobi Utama dan Tangga Baharu

NEW YORK, 24 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) hari ini mendedahkan fasa pertama Balai Cerap yang diperbaharui sepenuhnya, pintu masuk baharu di 20 West 34th Street. Sebahagian daripada projek Empire State ReBuilding selama sedekad, pintu masuk ini membawa pengunjung ke Balai Cerap ESB yang terkenal di dunia dengan pintu masuk lebih luas dan aliran yang lancar hanya untuk Tetamu Balai Cerap, memposisi semula 4.2 juta pengunjung dari pintu masuk Fifth Avenue ESB selain meningkatkan pengalaman untuk penyewa.

Pintu masuk baharu ini merupakan fasa pertama bagi projek pembangunan semula yang bakal siap menjelang tahun 2019. Setiap perincian perjalanan Tetamu yang dimodenkan sepenuhnya itu diilhamkan oleh maklum balas daripada peserta-peserta ESB yang paling dihargai, iaitu Tetamu, penyewa dan seluruh komuniti ESB. Ia direalisasikan oleh pasukan rentas bidang yang terbaik dalam kelasnya, daripada industri-industri seni dan seni bina kepada teknologi dan hiburan, untuk mereka bentuk dan memilih susun hasil rekaan ulung yang moden sepenuhnya itu:

  • Thinc Design
  • Beneville Studios
  • Ideo
  • Squint / Opera
  • JLL
  • Intersection
  • Diversified.
  • Skanska
  • Kubik Maltbie
  • Thornton Tomasetti
  • The Lighting Practice
  • Corgan
  • Syska Hennessy Group

Di pintu masuk baharu itu, Tetamu serta merta disajikan dengan ruang lebih luas, aliran yang teratur dan bayangan mengenai apa yang bakal tersedia daripada fasa pembangunan semula yang seterusnya, daripada hos digital kepada pemasangan majlis lampu baharu. Para tetamu akan menaiki satu tangga besar yang terpisah di sekitar model ESB seni bina dua tingkat. Kios tiket layan diri elektronik baharu memudahkan penyampaian pilihan Tetamu daripada pelbagai pilihan untuk kunjungan mereka.

"Kepimpinan kami dalam inovasi diteruskan menerusi pembaharuan semula pintu masuk kami yang transformatif ini, fasa pertama daripada pengalaman Balai Cerap yang baharu sepenuhnya," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. "Kami mempunyai tahap keyakinan yang tinggi bahawa hasil kerja kami akan benar-benar meningkatkan kepuasan pengguna dan mendorong prestasi penilaian keuntungan. Kami telahpun mengubah Bangunan Empire State menjadi Kampus Bandar dalam sebuah bangunan, salah sebuah bangunan paling moden dan cekap tenaga di dunia. Kini, ESB meningkatkan standardnya dari segi pengalaman Tetamu untuk menjadikannya terbaik dalam kelasnya, tanpa pengecualian," Malkin menambah, "Nantikan selanjutnya—banyak lagi bakal menyusul!"

Pintu akan mula dibuka kepada orang awam pada jam 8:00 pagi hari Khamis, 23 Ogos 2018 dengan akses awal bermula jam 7:30 pagi diberikan kepada 100 Tetamu pertama. Showtime Pictures akan merakam gambar peringatan untuk 100 Tetamu pertama yang memasuki pintu masuk Balai Cerap baharu.

Penambahbaikan tambahan kepada pengalaman Balai Cerap akan diumumkan dengan elemen-elemen penting didedahkan tatkala perjalanan baharu itu diperkenalkan beberapa bulan mendatang. Kekal terhubung melalui media sosial menerusi #ESBReimagined. Balai Cerap ESB akan mengekalkan urusan perniagaannya seperti biasa, dibuka 365 hari setahun mulai 8 pagi hingga 2 pagi. Untuk merancang lawatan anda dan membeli tiket, sila layari www.empirestatebuilding.com.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau ini. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 30 Jun 2018, merangkumi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Real Estate Travel New products/services Future Events