omniture

Perdana Menteri UK dan Menteri Pertama Scotland Rasmi Sidang Kemuncak Kebudayaan Antarabangsa Edinburgh

Edinburgh International Culture Summit
2018-08-24 02:27 971

EDINBURGH, Scotland, 24 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Lebih 150 penceramah, menteri kebudayaan dan artis berhimpun dari seluruh dunia tatkala Sidang Kemuncak Kebudayaan Antarabangsa Edinburgh membuka tirai di Bandar Festival Terkemuka Dunia.  

  • 44 delegasi Dasar Kementerian dan Kebudayaan tiba di Sidang Kemuncak Antarabangsa Edinburgh termasuk dari AS, Singapura, Rwanda, New Zealand, Brazil, Perancis, Arab Saudi dan Ukraine.
  • Lebih 80 artis, individu berpengaruh, pengamal dan penyelidik dari negara-negara termasuk Denmark, Afrika Selatan, China, Romania, India dan Itali.
  • Menteri Pertama Scotland Nicola Sturgeon MSP dan Perdana Menteri UK, Theresa May MP (melalui video) berucap dalam sesi perasmian.

Menteri-menteri Kebudayaan, penceramah-penceramah dan artis-artis dari seluruh dunia telah tiba di Sidang Kemuncak Kebudayaan Antarabangsa Edinburgh kali keempat, diadakan bersempena salah satu acara kebudayaan terhebat dunia, Festival-festival musim panas Edinburgh.

generated by system

Kini memasuki edisi ke-4 tahun ini, Sidang Kemuncak menumpu pada tiga bidang utama; Kebudayaan dalam Dunia Berangkaian, Kebudayaan dan Pelaburan serta Kebudayaan dan Kesejahteraan.

Sidang Kemuncak 2018 memberikan Menteri-menteri dan para penggubal dasar kanan dengan peluang untuk bekerjasama dengan artis-artis dan para pengamal serta berkongsi amalan terbaik global bagi membangunkan dasar yang berkesan dan impak berkekalan.

Sidang Kemuncak Kebudayaan Antarabangsa Edinburgh merupakan hasil kolaborasi antara British Council, Festival Antarabangsa Edinburgh, Parlimen Scotland, Kerajaan Scotland dan Kerajaan UK.

Menteri Pertama Scotland, YAM Nicola Sturgeon MSP berkata: "Saya berbesar hati kerana tahun ini, lebih 150 artis, penggubal dasar, pengeluar dan pemikir, dari lebih 40 negara mengambil bahagian. Kehadiran mereka di sini memperlihatkan kepercayaan bersama kami bahawa budaya menjadi kepentingan utama dalam mana-mana masyarakat. Ia turut menunjukkan komitmen bersama kami untuk menambah baik cara kami menyokong, membangunkan dan mempromosikan sektor kebudayaan kami."

Perdana Menteri, YAM Theresa May MP berkata: "Amat sesuai bandar ini menjadi tuan rumah kepada perhimpunan Menteri-menteri Kebudayaan yang terbesar di dunia. Sidang Kemuncak ini ialah peluang luar biasa untuk setiap orang di sini berkongsi pengalaman mereka dan melihat idea-idea serta intervensi dasar."

Para penceramah dari negara-negara termasuk Denmark, Afrika Selatan, China, Romania, India, Itali dan AS akan menyumbang kepada Sidang Kemuncak termasuk Joshua Ramo, Kissinger Associates, Pu Cunxin, Persatuan Teater China, Wesley Enoch, Festival Sydney, Fairouz Nishanova, Inisiatif Muzik Aga Khan, Ong Keng Sen, TheatreWorks Singapore, Dr Maria Balshaw Muzium Kesenian Tate, Eng Ahmad Al-Maziad, Lembaga Kebudayaan Umum Arab Saudi, Prof Richard Sennett, Theatrum Mundi, Elizabeth Diller Diller Scofidio + Renfro, Prince Totto Théogène Niwenshuti, artis pelbagai bidang dari Afrika Selatan dan Dr Assal Habibi, Brain and Creativity Institute, University of Southern California.

Perhubungan media: Susie Gray, Susie@thecornershoppr.com, +44(0)7834-073-795

Source: Edinburgh International Culture Summit
Keywords: Art Entertainment