omniture

Phasor Capai Kejayaan Komersial menerusi Kontrak Bernilai Lebih $300 Juta

Phasor
2018-08-24 02:32 793

WASHINGTON, 24 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Kontrak mencakupi pasaran maritim komersial, aeronautika dan komunikasi mobiliti darat

Phasor, pembangun perintis untuk sistem antena jalur lebar mampu kendali secara elektronik (ESA), hari ini mengumumkan ia telah mencapai kejayaan penting dengan memeterai kontrak komersial bernilai lebih $300 juta. Kontrak produk berbilang tahun ini terikat kepada keeksklusifan bersama pelanggan-pelanggan utama dalam pasaran sasaran yang ditentukan.

"Kontrak-kontrak ini memperlihatkan tahap kemajuan Phasor daripada firma pembangunan teknologi menjadi sebuah syarikat produk yang menumpu untuk menyediakan ESA bergred perusahaan kepada pasaran jalur lebar mudah alih komersial," kata David Helfgott, Ketua Pegawai Eksekutif, Phasor.

Sepanjang bulan-bulan akan datang, Phasor dijangka akan mengumumkan kontrak-kontrak tambahan dalam pasaran jalur lebar mudah alih komersial dan pasaran sasaran Komunikasi-Bergerak (COTM) kerajaan.

Antena mampu kendali secara elektronik Phasor yang tersorok ini membolehkan perkhidmatan lebar jalur yang tinggi dengan cara yang lebih andal, mantap dan toleran terhadap kegagalan. Antena dalam keadaan pegun, tiada bahagian yang bergerak, bagi membolehkan pengesanan elektronik terhadap isyarat satelit. Seni bina modular pada teknologi Phasor membolehkan antena mengukur hampir mana-mana keperluan senarai tindakan, tetap atau bergerak. Antena mungkin berbentuk rata atau sama bentuk dan boleh dipasang dengan lancar pada pesawat bergerak, kapal atau kenderaan darat. Teknologi Phasor adalah amat sesuai untuk menyokong rangkaian satelit tetap, rangkaian Satelit Daya Pemprosesan Tinggi dan rangkaian satelit Bukan Geosegerak.

Latar Belakang Phasor 

Phasor Inc. ialah pembangun yang terkemuka bagi antena mudah kendali secara elektronik dengan daya pemprosesan tinggi, bergred perusahaan, mempunyai ibu pejabat di Washington DC, dengan subsidiari pembangunan teknologi terletak di London. Antena mampu kendali secara elektronik daripada Phasor adalah berasaskan inovasi berpaten dalam teknologi pembentuk alur dan seni bina sistem yang dinamik. Misi Phasor adalah untuk mendayakan komunikasi jalur lebar berkelajuan tinggi semasa dalam penerbangan, di lautan mahupun ketika dalam perjalanan di darat. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.phasorsolutions.com

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Paul Sims
+1-770-829-4758 - pejabat
+1-678-576-6126 - telefon bimbit
paul.sims@phasorsolutions.com

Source: Phasor
Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Contracts