omniture

Lancer Skincare Teruskan Peluasan Global dengan Perkongsian Bersama Peneraju Omnisaluran Kecantikan Asia Luxasia Group

Lancer Skincare
2018-08-24 10:00 2174

LOS ANGELES, 24 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Dahulunya menjadi rahsia tersimpan rapi bagi wajah paling terkenal di dunia dan golongan elit Hollywood, Lancer Skincare meluaskan jejak jualan antarabangsanya ke pasaran Asia.

Meneruskan kejayaan pelancaran Lancer Skincare dengan Apotheca Beauty di Dubai, Kuwait dan Arab Saudi, Lancer Skincare memulakan satu trajektori baharu melalui jalinan kerjasama dengan Luxasia Group bagi membawakan kepakaran penjagaan kulit jenama ini ke Singapura, Malaysia, Thailand dan Macau.

Sebagai rakan kongsi tumpuan pasaran yang terkemuka dalam industri kecantikan di Asia, Luxasia melaksanakan pendekatan mengutamakan pengguna digandingkan dengan risikan pasaran setempat, demi memastikan pengalaman beli belah runcit yang lancar untuk pelanggannya. Dengan ibu pejabatnya terletak di Singapura, Luxasia membuka pintu untuk menembusi pasaran baharu, mengedarkan produk merentasi jaringan penjual yang luas di seluruh Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong, China, India, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Perkongsian antara Luxasia Group dan Lancer Skincare menunjukkan pertumbuhan berterusan dan permintaan global untuk Lancer Skincare, menjadikan penjagaan kulit mewah berorientasi keputusan Dr. Lancer boleh diakses kepada dunia. Dalam pendekatan amalan-kepada-produk sebenar Lancer Skincare, pengguna kecantikan Asia akan diperkenalkan kepada produk yang dibangunkan oleh pakar dermatologi, dihasilkan di Beverly Hills dan dipilih susun mengikut keperluan penjagaan kulit khusus mereka.

Tracey Sameyah, Ketua Pegawai Eksekutif Lancer Skincare berkata, "Kami memiliki kedudukan unik dalam pasaran, dengan inovasi-inovasi daripada pakar dermatologi yang terlatih dan ternama di dunia menjadi milik kami dan berpunca daripada amalan perubatan yang amat berprestij Lancer Rx Dermatology. Didorong oleh selebriti-selebriti paling popular yang mempunyai pengikut setia global serta wajah-wajah paling terkenal di dunia, Lancer Skincare memberikan keputusan sebenar yang dikuasakan oleh bahan-bahan dan teknologi yang boleh mereka percayai. Pasaran Asia ialah rantau strategik yang utama untuk Lancer Skincare dan melalui jalinan kerjasama dengan Luxasia kami percaya bahawa kami mempunyai visi yang mantap, sinergistik dan bersepadu untuk menaikkan Lancer Skincare ke tahap baharu."

Karen Ong, Pengarah Negara Luxasia Singapore berkata, "Luxasia Group teruja dengan perkongsian bersama Lancer Skincare ini. Dengan peningkatan permintaan terhadap produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi dalam kalangan pengguna yang semakin mewah di Asia Pasifik, model pengagihan jenama omnisaluran Luxasia memberikan rangkaian produk premium Lancer Skincare dengan penembusan pasaran yang luas bagi mengukuhkan jenamanya. Melalui Escentials, label kami untuk produk kecantikan yang dipilih secara teliti dan khusus untuk pengguna bijak, kami teruja untuk menjadikan produk Lancer Skincare boleh didapati dengan mudah kepada pengguna di Asia Pasifik."

Latar Belakang Dr. Harold Lancer: 

Berasal dari Montreal, Québec, Kanada, Dr. Lancer menghabiskan zaman remaja beliau di Connecticut. Beliau menyelesaikan program ijazah pengajian praperubatan beliau di Brandeis University di Boston, Massachusetts dan seterusnya menerima ijazah perubatan beliau daripada University of California, San Diego. Dr. Lancer menyelesaikan residensi beliau di Harvard Medical School, program latihan pembedahan plastik di Tel Hashomer Hospital di Tel Aviv serta memperoleh pengalaman siswazah berterusan beliau di London iaitu di Hospital Penyakit Kulit St. John. Beliau kembali ke Southern California yang mana beliau menerima sijil lembaga dalam bidang Dermatologi pada tahun 1983 dan mula mengamalkan ilmu perubatan beliau di Beverly Hills.

Hari ini, beliau mempunyai kumpulan pesakit global yang aktif melibatkan lebih 30,000 orang, termasuk beberapa wajah paling cantik dan dikenali di dunia, kesemuanya mempercayai kepakaran beliau, teknologi canggih dan pastinya, rangkaian produk hebat beliau.

 

Source: Lancer Skincare
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion