omniture

Hadiah LUI Che Woo Umum Penerima-penerima 2018

LUI Che Woo Prize Limited
2018-08-24 19:59 3109

Terus Mangkinkan Pembangunan Peradaban Dunia

HONG KONG, 24 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Hadiah LUI Che Woo -- Hadiah untuk Peradaban Dunia hari ini mengumumkan tiga penerima Hadiah LUI Che Woo 2018. Dianugerahkan bagi mengiktiraf usaha-usaha luar biasa mereka dalam menangani isu-isu paling penting yang dihadapi oleh dunia, para penerima hadiah bagi tahun 2018 ialah:

  • Yayasan Pendidikan Pratham, memenangi Hadiah Tenaga Positif
  • Pertubuhan Meteorologi Sedunia, memenangi Hadiah Pembaikan Kebajikan
  • Hans-Josef Fell, memenangi Hadiah Kemampanan
From left: Dr. Moses Cheng Mo-Chi, Member of the Board of Governors, LUI Che Woo Prize Limited; Dr. Lui Che Woo, Founder & Chairman of the Board of Governors cum Prize Council, LUI Che Woo Prize; and Professor Lawrence J. Lau, Chairman of the Prize Recommendation Committee, LUI Che Woo Prize at the announcement press conference.
From left: Dr. Moses Cheng Mo-Chi, Member of the Board of Governors, LUI Che Woo Prize Limited; Dr. Lui Che Woo, Founder & Chairman of the Board of Governors cum Prize Council, LUI Che Woo Prize; and Professor Lawrence J. Lau, Chairman of the Prize Recommendation Committee, LUI Che Woo Prize at the announcement press conference.

Penerima-penerima Hadiah LUI Che Woo 2018 diumumkan dalam satu sidang akhbar yang diadakan awal hari ini. Tetamu-tetamu kehormat yang hadir termasuk Dr. Lui Che Woo, Pengasas & Pengerusi Lembaga Gabenor merangkap Majlis Hadiah untuk Hadiah LUI Che Woo; Dr. Moses Cheng Mo-chi, ahli Lembaga Gabenor LUI Che Woo Prize Limited; dan Prof. Lawrence J. Lau, Pengerusi Jawatankuasa Cadangan Hadiah.

Hadiah Tenaga Positif 2018 -- yang mana tahun ini mempunyai Segmen Tumpuan Khusus Pembasmian Buta Huruf -- dianugerahkan kepada Yayasan Pendidikan Pratham. Dikhususkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan menyumbang kepada pencapaian celik huruf, Pratham membantu secara langsung satu juta kanak-kanak mencapai celik huruf dan celik angka asas setiap tahun. Menggabungkan secara mendalam model-model berasaskan bukti, kini ia merupakan salah sebuah NGO yang terbesar di India dan menumpu pada intervensi berkualiti tinggi dan berkos rendah yang dapat merapatkan jurang dalam sistem pendidikan. Melalui model-model yang boleh direplikasi dan boleh diskala yang menekankan kebertanggungjawaban dipacu hasil, Pratham berupaya mencapai kejayaan yang berkekalan dan berpengaruh secara meluas dalam lanskap pendidikan India dan selanjutnya, seraya mencipta model demonstrasi yang boleh disesuaikan untuk kerajaan-kerajaan.

Dr. Rukmini Banerji, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Pratham, berkata, "Kami terkejut dan berbesar hati kerana memenangi Hadiah LUI Che Woo! Nilai-nilai kami sendiri dan visi dalam mewujudkan dunia yang lebih baik, tempat yang lebih positif adalah amat menyerupai nilai dan visi Hadiah tersebut dan pengiktirafan mulia daripada anugerah bertaraf antarabangsa ini sangat menyokong usaha Pratham untuk terus menggalakkan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak yang paling memerlukan."

Hadiah Pembaikan Kebajikan 2018 – dengan Pengurangan Impak Bencana Alam menjadi segmen tumpuan khusus tahun ini – dianugerahkan kepada Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO). WMO menetapkan standard dunia dan menyediakan rangka kerja untuk jalinan kerjasama antarabangsa dengan menyokong 191 negara dan wilayah anggotanya bagi melaksanakan dasar-dasar yang diguna pakai, menjurus kepada pemantauan, ramalan dan komunikasi yang lebih baik tentang bahaya meterologi di peringkat global. Usaha berterusannya adalah amat penting dalam mengurangkan sebanyak sepuluh kali ganda kehilangan nyawa dunia akibat cuaca, iklim dan kejadian berkaitan air melampau yang dilihat berlaku sepanjang separuh abad yang lalu.

Profesor Petteri Taalas, Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Sedunia, berkata, "Kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh Hadiah LUI Che Woo untuk usaha-usaha jangka panjang Pertubuhan dalam mengurangkan kerugian akibat bencana yang dikaitkan dengan cuaca, iklim dan kejadian berkaitan air yang melampau. Seperti biasa, keutamaan tertinggi kami adalah untuk menyokong anggota-anggota kami dalam menangani cabaran cuaca, iklim dan kejadian berkaitan air. Menerusi Hadiah LUI Che Woo, kami pastinya akan mempunyai kedudukan lebih baik untuk berkongsi kepakaran utama serta sokongan penting kami."

Hadiah Kemampanan 2018 -- tahun ini Segmen Tumpuan Khususnya adalah Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui – dianugerahkan kepada Hans-Josef Fell. Diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai tokoh pengasas bagi gerakan tenaga boleh diperbaharui dunia, En. Fell telah menjadi perintis alam sekitar sejak tahun 1970-an. Beliau mengasaskan komuniti tenaga pertama dunia untuk menghasilkan kuasa solar pada tahun 1994, mengubah pasaran untuk tenaga boleh diperbaharui dan berjaya berjuang untuk menerima pakai Akta Tenaga Boleh Diperbaharui dalam Parlimen Jerman. Sejak itu, undang-undang ini telah direplikasi sebanyak lebih 100 kali di seluruh dunia, lalu menyumbang kepada perubahan dalam amalan tenaga boleh diperbaharui sedunia. Meneruskan kejayaan beliau yang amat besar dalam menjadikan Jerman sebagai ekonomi tenaga boleh diperbaharui utama yang pertama di dunia pada tahun 2000, sejak itu beliau telah berkongsi amalan terbaik dan berunding dengan pihak kerajaan serta parlimen seluruh dunia untuk mempercepatkan peralihan global kepada 100% tenaga boleh diperbaharui, lalu melanjutkan impak beliau ke tahap global.

En. Hans-Josef Fell berkata, "Menggalakkan tenaga lestari dengan matlamat untuk beralih kepada 100% tenaga boleh diperbaharui telah menjadi usaha sepanjang hayat saya. Dianugerahkan dengan Hadiah LUI Che Woo merupakan satu pengiktirafan hebat dan akan mengukuhkan aktiviti-aktiviti masa depan saya untuk memberi tenaga kepada orang ramai demi dunia yang lestari dan damai. Terima kasih banyak-banyak."

Dr. Lui Che Woo, Pengasas & Pengerusi Lembaga Gabenor merangkap Majlis Hadiah untuk Hadiah LUI Che Woo berkata, "Penerima-penerima hadiah tahun ini telah memberi sumbangan besar dalam meningkatkan kelestarian, kebajikan umat manusia dan membawakan tenaga positif serta dipilih sebulat suara oleh Majlis Hadiah. Saya benar-benar bersyukur atas usaha bersepadu Majlis Hadiah, Jawatankuasa Cadangan Hadiah dan Panel Pemilihan dalam menjayakan pengiktirafan kepada penerima-penerima luar biasa berkenaan. Tahniah sekali lagi."

"Hadiah Lui Che Woo menyemai benih muhibah, dengan harapan dapat menyebarkan tenaga positif kepada audiens yang lebih luas; namun sokongan anda terhadap Hadiah dan penerima-penerimanya dalam meneruskan usaha-usaha bermakna ini merupakan sesuatu yang benar-benar penting untuk mereka terus meluaskan pengaruhnya."

Menuju masa depan, Hadiah ini akan terus berkembang dan meluaskan lagi skop dalam setiap kategori hadiah, seraya membolehkan pencalonan untuk lebih ramai individu dan organisasi yang membuat sumbangan luar biasa merentasi pelbagai arena yang berbeza.

Tempoh pencalonan untuk Hadiah LUI Che Woo 2019 akan bermula pada September tahun ini. Proses pencalonan adalah atas jemputan sahaja. Hadiah LUI Che Woo akan menghantar jemputan kepada lebih 1,000 pencalonan, termasuk ketua universiti, institusi akademik dan pertubuhan profesional. Pencalonan akan dipertimbangkan tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan (untuk individu), mahupun tempat penubuhan (untuk organisasi).

Untuk aset-aset multimedia acara ini, sila muat turun di pautan berikut: https://www.webcargo.net/l/pV5OEyIUW9/

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hadiah LUI Che Woo, sila layari laman sesawang rasmi www.luiprize.org.

 

Dr. Lui Che Woo thanks everyone in helping to shape the LUI Che Woo Prize for the past three years, and urges for continual support from the public and beyond to join hands in making the world a better place for all.
Dr. Lui Che Woo thanks everyone in helping to shape the LUI Che Woo Prize for the past three years, and urges for continual support from the public and beyond to join hands in making the world a better place for all.

 

Professor Lawrence J. Lau introduces the Prize laureates of this year and the respective selection panels which screen through all applications to choose the single most worthy laureate that impacts the whole world in their respective fields.
Professor Lawrence J. Lau introduces the Prize laureates of this year and the respective selection panels which screen through all applications to choose the single most worthy laureate that impacts the whole world in their respective fields.

 

Pratham’s programmes to teach Indian’s underprivileged children basic literacy and numeracy in the Learning Camps
Pratham’s programmes to teach Indian’s underprivileged children basic literacy and numeracy in the Learning Camps

 

World Meteorological Organization provides the framework for international cooperation at a global scale that is essential for the development of meteorology, climatology and operational hydrology as well as to reap the benefits from their application.
World Meteorological Organization provides the framework for international cooperation at a global scale that is essential for the development of meteorology, climatology and operational hydrology as well as to reap the benefits from their application.

 

Mr. Hans-Josef Fell, renowned as “the father of the green electricity legislation” law in Germany, is the 2018 laureate of the LUI Che Woo Prize – Sustainability Prize. That law is largely responsible for sparking Germany’s renewable energy boom, and has been copied around the world.
Mr. Hans-Josef Fell, renowned as “the father of the green electricity legislation” law in Germany, is the 2018 laureate of the LUI Che Woo Prize – Sustainability Prize. That law is largely responsible for sparking Germany’s renewable energy boom, and has been copied around the world.

Latar Belakang Hadiah LUI Che Woo

Diasaskan oleh Dr. LUI Che Woo pada tahun 2015, "Hadiah LUI Che Woo– Hadiah untuk Peradaban Dunia" ialah anugerah inovatif rentas sektor tahunan bertaraf antarabangsa yang pertama seumpamanya untuk memajukan peradaban dunia dan mengilhamkan orang ramai demi membina dunia yang lebih harmoni. Ia bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu mahupun organisasi di serata dunia atas sumbangan luar biasa dan menggalakkan kesinambungan usaha tersebut menerusi tiga objektif: pembangunan dunia yang mampan, pembaikan kebajikan umat manusia dan galakan terhadap sikap hidup yang positif serta peningkatan tenaga yang positif.

Setiap penerima hadiah menerima anugerah wang tunai bernilai HK$20 juta (bersamaan kira-kira US$2.56 juta), sijil dan trofi. Setiap Hadiah dianugerahkan kepada satu penerima, sama ada individu mahupun organisasi.

Hadiah LUI Che Woo dikelola dan diurus oleh LUI Che Woo Prize Limited, sebuah syarikat amal yang dihadkan menerusi jaminan yang diperbadankan di Hong Kong. Prize Company dipimpin dan diselia oleh Lembaga Gabenor.

Untuk pertanyaan, sila hubungi wakil Perhubungan Awam di Golin:

Cyndi Cheng

+852 2501 7929

CCheng@golin.com

Christi Ho

+852 2501 7906

CHo@golin.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217142-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217142-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217142-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180824/2217142-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180824/2217142-1-e
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180824/2217142-1-f
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217142-1LOGO

Source: LUI Che Woo Prize Limited
Keywords: Education Environmental Products & Services Awards Corporate Social Responsibility Not for profit