omniture

GAC Motor bakal Buat Penampilan Sulung di Salun Automobil Antarabangsa Moscow

GAC Motor
2018-08-27 19:10 1564

MOSCOW, 27 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto terkemuka China, bakal membuat penampilan sulungnya di Salun Automobil Antarabangsa Moscow (MIAS) mulai 29 Ogos hingga 9 September menerusi barisan kenderaan yang luar biasa. Sidang akhbar akan diadakan pada jam 1:55 petang bertarikh 29 Ogos di Reruai C203, Dewan 14, Astaka 3, Pusat Pameran Antarabangsa Ekspo Crocus. Syarikat akan turut mengadakan acara promosi mulai jam 10 pagi hingga 11 pagi pada 30 Ogos ini, mengundang pengedar dan rakan media Rusia untuk menyaksikan kemasukan rasmi GAC Motor ke dalam pasaran Rusia.

Yu Jun, Presiden GAC Motor, pernah menyebutkan dalam Persidangan Pengedar Antarabangsa 2018 bahawa Rusia ialah pasaran utama tatkala syarikat terus mengikuti Inisiatif 'Jalur dan Jalan' China, yang menonjolkan langkah-langkah seterusnya dalam meneroka lebih banyak pasaran yang matang di Eropah. Beberapa model kenderaan GAC Motor telahpun menerima kelayakan jualan di Rusia. Terdapat keyakinan yang tinggi bahawa nilai dinamik, ketahanan dan keselamatan automobil ini dapat memenangi hati pembeli-pembeli tempatan.

GS8 berikan prestasi cemerlang dalam pelbagai keadaan pemanduan dan iklim melampau di Rusia
GS8 berikan prestasi cemerlang dalam pelbagai keadaan pemanduan dan iklim melampau di Rusia

Dengan asas yang kukuh dalam pembangunan produk, pengilangan dan operasi berskala global, GAC Motor, sebagai jenama Cina yang bebas, telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam pasaran-pasaran global menerusi kenderaan yang terjual paling laris dan memenangi anugerah serta perkhidmatan lima bintang.

Semasa MIAS, GAC Motor akan memperkenalkan buat julung kalinya barisan kenderaan elit, termasuk jaguh jualan SUV GS4, kelas atasan SUV GS8, van mini pertama GM8, sedan mewah GA8 serta SUV elektrik sepenuhnya GE3. Bintang dalam pameran pertama GAC Motor di Moscow ialah SUV GS8, SUV tujuh tempat duduk bersaiz sederhana hingga besar yang pertama daripada jenama Cina yang telah terjual sebanyak lebih 10,000 buah kereta dalam tempoh sebulan dalam pasaran domestik.

Barisan pengeluaran kedua bagi kilang pengeluaran pintar GAC Motor di Guangzhou
Barisan pengeluaran kedua bagi kilang pengeluaran pintar GAC Motor di Guangzhou

GAC Motor telah mengikuti strategi yang mantap, berpacu inovasi dan berorientasi kualiti sejak jenama ini ditubuhkan 10 tahun lalu. Dengan jaringan penyelidikan dan pembangunan (R&D) global, kemudahan pengilangan bertaraf dunia, rantaian bekalan dan susun atur pasaran antarabangsa, jenama ini telah melancarkan beberapa model yang telah mencapai kejayaan hebat di dalam dan luar negara.

Selain itu, GAC Motor telah mewujudkan jaringan jualan dan perkhidmatan global di 15 negara dan wilayah, serta menerima pujian sebagai "Jenama Kereta Cina Terbaik" dalam pelbagai pasaran luar negara. Pembuat auto ini turut membuat penampilan yang mengagumkan di pameran auto antarabangsa terkemuka seperti Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) serta Pameran Motor Dubai, dan MIAS akan melakar satu lagi kejayaan penting dalam pembangunan jenama ini.

GAC Motor mewujudkan jaringan jualan dan perkhidmatan global di 15 negara dan wilayah
GAC Motor mewujudkan jaringan jualan dan perkhidmatan global di 15 negara dan wilayah

"Dengan sistem kawalan kualiti yang hebat dan sistem bekalan domestik yang terkemuka, GAC Motor ialah jenama yang sangat kukuh dengan jaminan kualiti yang mantap dan komprehensif. Kami ingin menunjukkan yang terbaik daripada industri automobil Cina dalam pasaran Rusia melalui penampilan sulung kami di MIAS," ujar Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180824/2220134-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180824/2220134-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180824/2220134-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion Trade show news Future Events