omniture

Pameran Canton ke-124 Sambut Ulang Tahun ke-40 Dasar Pembaharuan dan Keterbukaan China dengan Matlamat Perluas Peluang Perdagangan

Pameran Canton
2018-08-27 22:14 2032

GUANGZHOU, China, 27 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-124 (Pameran Canton) akan berlangsung mulai 15 Oktober - 4 November di Guangzhou. Pameran ini, dengan ruang pameran seluas 1.185 juta m2, akan mengalu-alukan lebih 25,000 pempamer dan pembeli dari lebih 200 negara dan wilayah, mencakupi 16 kategori pameran sepanjang 3 fasa.

Pameran Canton diiklankan di Times Square Bandar Raya New York
Pameran Canton diiklankan di Times Square Bandar Raya New York

Sepanjang 40 tahun lalu, China telah berubah menjadi ekonomi yang kedua terbesar di dunia, menyumbang sebanyak lebih 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi global. Dengan rakan dagangan yang lebih pelbagai dan komitmen untuk membangunkan ekonomi terbuka, nilai keseluruhan import dan eksport China pada tahun 2017 mencecah 27.79 trilion Yuan (kira-kira 4.45 trilion dolar) dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya yang kukuh sebanyak 14.2. Aktiviti perdagangan negara ini bersama pasaran tradisional dan pasaran baru muncul (iaitu Amerika Latin dan Afrika) masing-masing melonjak sebanyak 14.8 peratus dan 39.3 peratus.

Pameran Canton, sebagai lambang pembaharuan dan keterbukaan China, sentiasa menjadi simbol hubungan perniagaan antarabangsa China yang semakin mendalam bersama dunia.

Xu Bing, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Dagangan Luar Negara China berkata, "Pameran ini dengan imejnya sebagai jendela ke China, mencerminkan pembangunan perdagangan asing China serta dasar pembaharuan dan keterbukaannya. Kami sentiasa melaksanakan usaha-usaha yang diperbaharui untuk membuka jendela ini dengan lebih luas dalam segenap aspek dengan memberi sumbangan lebih besar kepada dunia."

Tahun ini dalam zon barangan elektronik & perkakas elekrik rumah, lebih 200 jenama utama dan lebih 2,000 syarikat perusahaan dari China akan mempamerkan reka bentuk canggih mereka. Fasa kedua dan ketiga bakal mempamerkan produk dan aplikasi inovatif yang semakin pelbagai, mewah, unik, didorong oleh jangkaan yang berubah-ubah dalam kalangan pengguna akhir.

Dalam keadaan ekonomi global baharu, Pameran ini bermatlamat untuk mengukuhkan peranannya sebagai platform penting bagi peluang perdagangan yang kukuh, persekitaran perniagaan yang lebih baik dan pasaran yang bersifat lebih terbuka.

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China ("Pameran Canton"), diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180827/2221087-1

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news Future Events