omniture

Comasia bakal Lancar Pameran Oktober Hong Kong Tampung Setiap Keperluan Penyumberan

Comasia Limited
2018-08-28 08:00 1571

HONG KONG, 28 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Comasia Limited, sebuah syarikat pameran perdagangan dan pengurusan acara profesional, bakal melancarkan acara penyumberan terbesar di Hong Kong mulai 20-29 Oktober 2018. Pameran Oktober Hong Kong ialah salah satu pasaran paling penting untuk cenderamata, barangan premium, peralatan rumah, dapur & ruang makan, gaya hidup, mainan, permainan dan alat tulis di rantau ini.

Comasia bakal Lancar Pameran Oktober Hong Kong Tampung Setiap Keperluan Penyumberan
Comasia bakal Lancar Pameran Oktober Hong Kong Tampung Setiap Keperluan Penyumberan

Tujuh pameran produk yang ditempatkan bersama akan diadakan mulai 20-23 dan 27-29 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen & Pameran Hong Kong bertaraf dunia dengan segmentasi produk yang terus diperhalusi menjadi tujuh pameran produk tematik.

Empat pameran pertama yang ditempatkan bersama diadakan mulai 20-23 Oktober 2018 akan membawakan empat sektor produk, iaitu Pameran Cenderamata & Produk Premium Asia, Pameran Peralatan Rumah & Dapur Asia, Pameran Mainan & Permainan Asia serta Pameran Perayaan, Hari Krismas & Acara Bermusim Asia. Beberapa hari kemudian, sepanjang 27-29 Oktober 2018, tiga lagi kategori barangan akan ditampilkan dan dibawakan sebagai Pameran Cenderamata & Barangan Perjalanan Asia, Pameran Alat Tulis Asia dan Pameran Aksesori Sanitari & Bilik Mandi Asia.

Acara tahun 2017 telah menghimpunkan hampir 50,000 pembeli dari lebih 130 negara dan wilayah. Dengan 5,315 gerai pameran yang melibatkan 4,085 pembekal dari lebih 30 negara dan wilayah sepanjang tujuh hari pameran, acara edisi 2018 sekali lagi akan menyediakan platform dagangan yang amat penting untuk pembeli global berhubung dengan pengeluar Asia yang berpengalaman dan memperoleh sumber menerusi barangan berkualiti tinggi yang ditawarkan.

Dengan segmentasi produk yang tertakrif rapi dipamerkan di dewan yang ditetapkan dengan jelas, pembeli-pembeli yang hadir akan mudah mencari dan mengesan barangan dan pembekal sasaran mereka. Hadirilah untuk meraih nilai terbesar dan rebutlah faedah hebat daripada pengalaman penyumberan mega ini.

Prapendaftaran dalam talian untuk lencana kemasukan percuma kini dibuka di:

www.asiangnp.com 
www.asianhnk.com 
www.asiantng.com 
www.asianchristmas.com 
www.asianstationeryshow.com 
www.asiansnb.com 
www.asiangnt.com

Pembeli-pembeli luar negara yang membuat prapendaftaran juga boleh memohon tajaan pembeli khas untuk menerima sehingga HKD4,600 semasa kunjungan mereka ke pameran. Mereka dapat menikmati perjalanan penyumberan yang amat menjimatkan di Hong Kong pada Oktober ini.

CATATAN UNTUK EDITOR:

Tarikh Pameran:      

20-23 & 27-29 Oktober 2018

Tempat Pameran:    

Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong

Keadaan Pameran:   

Pembeli Perdagangan Sahaja

PENGANJUR: Idea Trade Limited

PENGURUS: Comasia Limited 
Emel: cs@comasia.com.hk  
Tel: +852-2700-6726 
Laman Sesawang Pameran: www.mega-show.com

PERTANYAAN MEDIA

Cik Linda Chan | Emel: linda.chan@comasia.com.hk | Tel: +852-2700-6726

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180824/2220169-1

Source: Comasia Limited
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail Toys Trade show news Future Events