omniture

Aon's Assessment Solutions: Laporan Baharu Tonjolkan Tujuh Keutamaan Bakat Strategik untuk Transformasi Digital

Aon's Assessment Solutions
2018-08-28 09:00 1240

SINGAPURA, 28 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Para pemimpin organisasi di seluruh Asia Pasifik dan Timur Tengah (APME) boleh mendayakan transformasi digital, dan meningkatkan kejayaan fungsi perolehan bakat mereka, dengan mengutamakan tujuh tindakan strategik, menurut satu laporan baharu daripada Aon's Assessment Solutions.

Dinamakan Leading Digital Transformation for Talent Acquisition (Transformasi Digital Utama untuk Perolehan Bakat), laporan ini menyoroti cabaran utama bagi perniagaan dan bakat yang dihadapi majikan di seluruh APME. Ia menyediakan garis panduan amalan terbaik mengenai kaedah cabaran-cabaran ini dapat dipenuhi dengan: memahami perniagaan anda; mengekspresikan semula jenama majikan anda; menyumberkan bakat penting kritikal secara strategik; mewujudkan pengalaman calon yang unggul; memanfaatkan teknologi; memenuhi cabaran temubual dan menukarkan metrik anda kepada analitik bakat.

"Laporan ini menyediakan kerangka tindakan bagi pemimpin yang ingin memenuhi cabaran masa depan digital," kata Tarandeep Singh, Rakan Kongsi dan Pemimpin Amalan Aon's Assessment Solutions APME. "Kerja digital telah mengganggu organisasi dan secara asasnya mengubah keperluan perniagaan terhadap bakat mereka. Bagaimana anda mengatasi cabaran-cabaran bakat digital anda, sebahagian besarnya akan menentukan prestasi dan daya maju masa depan organisasi anda. Dalam laporan ini, kami membentangkan tujuh pandangan strategik yang boleh membantu pemimpin mewujudkan jenama majikan yang mantap, membuat perubahan strategik selaras dengan keperluan perniagaan dan mencapai kejayaan organisasi yang lebih besar. "

Laporan ini menekankan bahawa peranan para profesional pengambilan bakat perlu berkembang, sehingga mereka dapat menjadi 'penjaga kebudayaan' yang mampu menerapkan perubahan budaya.

"Transformasi digital menuntut banyak perkara daripada Pengurusan Sumber Manusia dan perniagaan," kata Tarandeep Singh. "Kini dengan kebolehan AI dan pembelajaran mesin yang boleh membantu untuk memeriksa dan menilai calon-calon, peranan pengambilan bakat telah berkembang. Apabila penilaian yang didayakan teknologi dapat memberikan ramalan yang tepat tentang tingkah laku calon, melantik calon-calon itu menjadi kemahiran kritikal baharu bagi para profesional bakat. Organisasi yang gagal membuat transformasi digital akan terumbang ambing. Tetapi jika anda merekrut dan melibatkan pekerja yang tepat, mereka akan menjalankan tugas yang lebih baik - dan ini akan menghasilkan prestasi perniagaan yang lebih kukuh dan kepuasan pelanggan yang lebih tinggi."

PDF Leading Digital Transformation for Talent Acquisition (Transformasi Digital Utama untuk Perolehan Bakat) boleh dimuat turun dari: https://apac.aonhewitt.com/home/resources/thought-leadership/lead-digital-transformation-for-talent-acquisition

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://apac.aonhewitt.com/assessment

Latar Belakang Aon: Aon plc (NYSE: AON) merupakan firma perkhidmatan profesional global terkemuka yang menyediakan pelbagai penyelesaian risiko, persaraan dan kesihatan. 50,000 rakan sekerja kami di 120 negara memperkasakan hasil untuk pelanggan dengan menggunakan data dan analitik proprietari untuk memberikan pandangan yang mengurangkan ketidaktentuan dan meningkatkan prestasi.

Sumber: Aon's Assessment Solutions

Source: Aon's Assessment Solutions
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research