omniture

Strim langsung demam K-Pop eksklusif dibawakan oleh JOOX menerusi Soribada Best K-Music Awards (SOBA) 2018

JOOX
2018-08-28 11:25 1201

Tampilkan barisan kumpulan idola K-Pop ternama termasuk BTS, TWICE, Wanna One, MAMAMOO, AOA dan Red Velvet

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Berita hebat datang lagi untuk peminat-peminat K-Pop di Hong Kong, Indonesia, Malaysia dan Thailand! JOOX, aplikasi penstriman muzik paling popular Asia[1], secara eksklusifnya membawakan anda dengan Soribada Best K-Music Awards (SOBA), secara dekat dan dalam keselesaan rumah anda pada Ogos ini.

Menyambut tahun keduanya, SOBA mengiktiraf artis-artis dan lagu-lagu K-Pop terbaik serta paling popular sepanjang tahun, dengan peminat mengundi idola kegemaran mereka untuk meraih anugerah tersebut. Acara tahun ini menampilkan barisan kumpulan idola K-Pop ternama termasuk BTS, TWICE, Wanna One, MAMAMOO, AOA dan Red Velvet.

SOBA tahun ini menyebabkan demam K-pop lebih panas dengan strim langsung eksklusif melalui JOOX pada petang 30 Ogos (6 PETANG Waktu Korea).

Jadual strim langsung SOBA 2018 JOOX adalah seperti berikut:

  • Hong Kong dan Malaysia - 5 PETANG waktu tempatan
  • Indonesia dan Thailand - 4 PETANG waktu tempatan

Sertai sambutan yang amat dinanti-nantikan dan bersoraklah untuk artis-artis yang mengungguli carta pop kegemaran anda! RSVP sekarang untuk memasukkan acara yang perlu ditonton ini pada halaman jadual langsung anda!

Tidak dapat menonton persembahan secara langsung? Peminat dapat memain semula acara berkenaan secara percuma melalui video-atas-permintaan dan secara eksklusif melalui JOOX selama tiga bulan sehingga 30 November 2018 dengan pilihan sarikata bahasa Inggeris yang disediakan bersama-sama berserta sorotan tambahan bagi sesi permaidani merah dan temubual bersama artis-artis kegemaran anda!

Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent IBG, berkata, "Strim langsung baru-baru ini mempersembahkan acara K-Pop terbaik termasuk Melon Music Awards (MMA), Seoul Music Awards, persembahan BTS Comeback, KCON dan banyak lagi, menawarkan pengalaman hiburan muzik yang menarik kepada pengguna JOOX dan penggemar Hallyu di seluruh Asia. Menerusi SOBA tahun ini, kami berbangga untuk terus menjadi peneraju dalam mengeratkan peminat-peminat K-pop di seluruh dunia, berpegang teguh pada komitmen kami untuk kekal menghangatkan demam K-pop dengan lebih banyak pengalaman untuk pengguna JOOX."

Nantikan pengalaman K-pop strim langsung eksklusif yang lebih menarik! Untuk menikmati muzik dan persembahan langsung K-Pop kegemaran anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua, muat turun JOOX sama ada daripada Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX (http://www.joox.com/).

Muat turun sekarang untuk mulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

[1] JOOX ialah aplikasi penstriman muzik yang paling banyak dimuat turun di Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Malaysia melalui Apple App Store dan Google Play Store. Sumber: App Annie, data tahunan sehingga Disember 2017.

Latar Belakang JOOX

JOOX ialah aplikasi muzik percuma yang dihasilkan untuk peminat muzik. Dengan pustaka lagu-lagu hit yang luas dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis, lagu, album kegemaran anda dan senarai main yang diperibadikan. Para pengguna berpeluang meneroka muzik baharu yang hebat menerusi lagu-lagu yang dicadangkan serta stesen radio yang menepati minat dan mood anda.

Perhubungan Media:

Michelle Chan

Denize Chan

Tel: (852) 2533 9936

Tel: (852) 2533 9944

mchan1@creation.io

dchan@creation.io 

Source: JOOX
Related Links:
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Awards Broadcast feed announcements Future Events