omniture

Platform penemuan kandungan Dable tubuh pejabat cawangan di Indonesia

K-ICT Born2Global Centre
2018-08-29 13:11 3215

JAKARTA, Indonesia, 29 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Platform penemuan kandungan Dable mempercepatkan langkah untuk penembusannya ke dalam pasaran Indonesia dengan menjalin perkongsian dengan syarikat-syarikat media Indonesia yang utama.

Dable, sebuah syarikat ahli K-ICT Born2Global Centre, menandatangani perkongsian perkhidmatan bersama separuh daripada 20 syarikat media utama Indonesia (Tempo, Republika, Kontan, JPNN, dsb.), seraya memperoleh inventori tempatan. Dable menyatakan bahawa kini ia sedang menarik pengiklan-pengiklan tempatan Indonesia dan global yang turut berusaha menembusi pasaran Indonesia.

Berpangkalan di Korea Selatan, Dable memanfaatkan teknologi-teknologi pemprosesan dan pemperibadian data raya waktu nyata untuk menyediakan dua perkhidmatan utama: "Cadangan Kandungan Dable" dan "Iklan Natif Dable" yang menyarankan kandungan dan iklan yang disesuaikan mengikut individu (contoh "Kandungan Yang Mungkin Anda Suka").

Pada 12 September, Dable akan menjadi tuan rumah kepada wakil-wakil media dan pemasaran digital di Persidangan Iklan Natif Indonesia (INAC) di COCOWORK Plaza Kuningan.
Pada 12 September, Dable akan menjadi tuan rumah kepada wakil-wakil media dan pemasaran digital di Persidangan Iklan Natif Indonesia (INAC) di COCOWORK Plaza Kuningan.

Cadangan Kandungan Dable membawa pengunjung kepada laman sesawang syarikat-syarikat media yang mempunyai berita yang disesuaikan mengikut individu dan kandungan lain. Perkhidmatan ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan kandungan serta aliran trafik. Melalui analisis terhadap kandungan laman sesawang yang digunakan, Iklan Natif Dable memastikan minat pengguna dan menunjukkan kepada mereka dengan iklan-iklan yang berkaitan. Prestasi pengiklanan tinggi Dable adalah hasil pengurangan kebencian terhadap iklan-iklan yang menggunakan format yang menyerupai kandungan biasa.

Sejak diasaskan pada tahun 2015, Dable berkembang pesat melalui perkongsian dengan syarikat-syarikat media Korea yang utama. Ia menikmati bahagian pasaran sebanyak 80 peratus di Korea, namun demikian, dengan teknologi pemperibadian yang cemerlang dan prestasi yang tinggi, Dable kini berkembang ke dalam pasaran Asia yang lebih luas. Penembusan syarikat ke dalam Indonesia diterajui oleh Pengurus Perniagaan Global Amalia Rasyida (pakar pemasaran digital berpengalaman) dan perekrutan kakitangan yang mempunyai pengalaman luas.

Rasyida menyatakan harapan beliau terhadap syarikat dengan berkata, "Pada masa kini, iklan-iklan Programatik yang menyediakan iklan dan instrumen digital menjadi tumpuan. Namun demikian, platform iklan natif yang digunakan dengan teknologi pemperibadian Dable masih di tahap awal. Dable kini cukup sofistikated untuk mengalahkan syarikat-syarikat global utama dalam arena persaingan teknologi. Dable menggunakan teknologinya untuk meluaskan inventori dengan kerjasama Indonesia pada kadar kelajuan mengagumkan menerusi pertumbuhan sebanyak lebih 50 peratus setiap bulan. Dable berusaha untuk berkhidmat sebagai platform penemuan kandungan yang terkemuka di Indonesia."

Pada 12 September, Dable akan menjadi tuan rumah kepada wakil-wakil media dan pemasaran digital di Persidangan Iklan Natif Indonesia (INAC) di COCOWORK Plaza Kuningan.

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai Dable, sila layari http://dable.io/id/

Perhubungan media:

Sabrina Rahma Azalia
Pengurus Perkongsian Dable
bizdev@dable.io

Jina Lee
Pengurus Perhubungan Awam Born2Global
jlee@born2global.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180828/2222203-1

Source: K-ICT Born2Global Centre
Keywords: Advertising Computer/Electronics Mobile Entertainment Publishing/Information Service Contracts Corporate Expansion