omniture

Prolight + Sound Shanghai 2018 terus memukau dengan liputan produk dipertingkat

Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
2018-08-30 11:00 2701

SHANGHAI, 30 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Prolight + Sound Shanghai (PLSS), pameran yang terkemuka untuk industri hiburan, acara dan teknologi pengeluaran Asia, bakal kembali dengan kawasan yang diperluas kepada 48,000 meter persegi merentasi empat buah dewah di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai mulai 10 - 13 Oktober 2018. Prolight + Sound Shanghai (PLSS) dianjurkan bersama Shanghai INTEX Exhibition Co., Ltd.

Para pengunjung akan berpeluang untuk meninjau rangkaian produk dan teknologi yang komprehensif termasuk audio profesional, pencahayaan, rakaman dan penerbitan, pentas dan jentera menerusi pelbagai jenama baharu dan jenama yang kembali semula bagi mengadakan pameran tahun ini.

Sebagai platform perdagangan unggul untuk industri rakaman dan penerbitan di China, PLSS menyediakan Zon Rakaman dan Penerbitan seluas 6,000 meter persegi yang mengaturkan lebih 100 jenama dalam penerbitan audio dan menampilkan peralatan, teknik dan perkhidmatan terkini yang digunakan untuk rakaman waktu nyata, rakaman berbilang lagu dalam pasaran pengguna berangkaian dan individu.

Bahagian Perisian Rakaman terdiri daripada lebih 10 syarikat perisian muzik antarabangsa yang diterajui oleh Persatuan Perdagangan Perisian Muzik Antarabangsa termasuk Acon Digital, Blue Cat Audio, Celemony, Eastwest Sounds, Fabfilter, Nugen, Pianoteq, Relab, Sonnox, Sugar Bytes dan U-He Software. Beberapa demonstrasi langsung dan interaktif akan turut dimainkan bagi memaparkan pelbagai DAW (Stesen Kerja Audio Digital) dan teknik-teknik perisian muzik.

Di lokasi lain, acara empat hari itu terus menawarkan peluang-peluang pembelajaran untuk amalan terbaik dalam industri hiburan, menerusi PLSS Academy yang berkualiti tinggi, menampilkan:

  • Kursus Latihan Pengurusan Acara VPLT - Panduan untuk Perancangan Kontingensi
  • Latihan Pensijilan Dante @ Shanghai
  • Forum Teknologi Rakaman
  • Kursus Latihan Akustik

Bahagian penting daripada program sampingan adalah Concert Sound Arena, yang merupakan salah satu demonstrasi sistem pembesar suara luar profesional terbesar di Asia yang menampilkan 20 jenama audio yang terkemuka.

Diadakan serentak dengan Music China, acara ini bakal menjadi acara teknologi hiburan dan muzik yang terbesar dan paling komprehensif di Asia.

Perhubungan media: Vicky Fu
+86-21-6295-3191
fuhaiqiang@shanghai-intex.com
www.prolightsound.com

Sorotan Siaran:

Prolight + Sound Shanghai (PLSS), pameran yang terkemuka untuk industri hiburan, acara dan teknologi pengeluaran Asia, bakal kembali dengan kawasan yang diperluas kepada 48,000 meter persegi merentasi empat buah dewah di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai mulai 10 - 13 Oktober 2018. Berbanding tahun lalu, syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang mengambil bahagian dalam acara ini telah mencapai rekod yang tinggi iaitu sebanyak 650, yang memperlihatkan peningkatan sebanyak 3%.

Source: Shanghai Intex Exhibition Co Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Trade show news