omniture

Nasmedia KT Buka Entiti Thai untuk Pengiklanan Digital

- Unit Thai Baharu bakal Sediakan Tempat Bertapak Dalam Pasaran Asia Tenggara -
- Nasmedia bakal Eksport Penyelesaian Terkini ADfork, AdMixer, adpacker -
Nasmedia
2018-08-30 14:36 2569

SEOUL, Korea Selatan dan BANGKOK, 30 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Nasmedia Co., subsidiari pemasaran media digital KT Corp. (KRX: 030200; NYSE: KT), syarikat telekomunikasi terbesar Korea Selatan, telah menubuhkan entiti tempatan di Thailand bagi mempercepatkan usaha peluasannya dalam pasaran Asia Tenggara.

Nasmedia (Thailand) Co., Ltd. (KOSDAQ: 089600) bakal dilancarkan pada 30 Ogos oleh agensi pemasaran pengiklanan digital terkemuka Korea Selatan. Unit baharu di Thailand itu akan memulakan operasi pemasaran melalui Facebook dengan menggunakan penyelesaian iklan khusus Nasmedia, ADfork.

"Kami telah bersiap sedia sepenuhnya untuk mengembangkan perniagaan kami ke luar negara selepas mengendalikan pasukan khas sepanjang tahun lalu untuk memenuhi keperluan pelanggan kami terhadap pemasaran global," kata Kim Byung-Jo, Ketua Pegawai Eksekutif Nasmedia (Thailand) Co., Ltd. dan ketua Pejabat Perniagan Global Nasmedia. "Syarikat Thai kami akan menjadi batu loncatan untuk kejayaan kami di Asia Tenggara dan seterusnya di seluruh Asia."

Penyelesaian iklan Nasmedia, ADfork yang disesuaikan untuk Facebook, menyusun dan mengklasifikasikan data pelanggan untuk menentukan prospek-prospek bernilai tinggi dan memaksimumkan kecekapan kempen iklan. Bagi mengiktiraf kecemerlangan operasi ADfork, Facebook memilih Nasmedia sebagai rakan pemasarannya dalam teknologi iklan pada Jun 2017.

Melalui entiti Thai, Nasmedia akan turut memperkenalkan platform iklan mudah alih bahagian bekalan dan bahagian permintaan, masing-masing dikenali sebagai AdMixer dan Adpacker. AdMixer ialah bursa iklan terbesar Korea dan ia berasaskan pembidaan waktu nyata (RTB), pembelian dan penjualan impresi iklan dalam talian melalui lelongan waktu nyata yang berlaku hampir serta merta. Adpacker menggunakan berbilion-bilion titik data untuk penyasaran serta penyasaran semula audiens yang berkesan.

Syarikat Thai Nasmedia akan turut ditugaskan untuk membantu pembangun permainan tempatan menembusi ke dalam pasaran Asia Tenggara, memanfaatkan platform pemasaran aplikasi mudah alih yang dibangunkan secara eksklusif, Nswitch. Platform tersebut telahpun terbukti cekap dalam membantu aktiviti-aktiviti pemasaran oleh syarikat-syarikat permainan Korea utama di Thailand dan wilayah tersebut.

Nasmedia (Thailand) akan mengambil bahagian dalam Hari Persatuan Pengiklanan Digital Thailand (DAAT) 2018, acara terbesar negara tersebut untuk industri komunikasi digital, pada 30 Ogos, sebagai penaja utama. Ia akan memperkenalkan platform-platform serta keupayaan pemasaran serta wawasan perniagaan Nasmedia.

Thailand menduduki tempat kelapan di dunia bagi bilangan pengguna aktif Facebook, menurut laporan pada 2018 daripada We Are Social dan Hootsuite. Bangkok mempunyai lebih ramai pengguna aktif Facebook berbanding mana-mana bandar lain di dunia; nisbah pengguna aktif Facebook kepada populasinya ialah 67 peratus, berbanding purata global sebanyak 39 peratus. Menurut risikan pasaran Newzoo, Thailand juga merupakan pasaran permainan terbesar di Asia Tenggara, menyumbang bahagian pasaran sebanyak 23 peratus.

Sejak dimulakan pada tahun 2000 sebagai Doubleclick Korea, Nasmedia telah menerajui pasaran media digital Korea Selatan yang berkembang luas menerusi kepakaran luar biasa dalam penyelesaian dalam talian, mudah alih, IPTV, penyiaran digital dan pengiklanan luar digital. Syarikat tersebut dinamakan semula sebagai Nasmedia pada tahun 2002 dan menyertai KT Corp. pada tahun 2008. Ia disenaraikan dalam KOSDAQ, pasaran saham sekunder berteknologi tinggi Korea Selatan pada tahun 2013.

PERHUBUNGAN MEDIA

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pasukan Perhubungan Media Luar Negara kami di kt.fmrt@gmail.com

LATAR BELAKANG KT CORP. (KRX: 030200; NYSE: KT) 

KT Corporation, penyedia khidmat telekomunikasi terbesar Korea yang ditubuhkan semula pada tahun 1981 di bawah Akta Perniagaan Telekomunikasi, memimpin era inovasi di negara yang paling terhubung di dunia. Syarikat mengetuai revolusi perindustrian keempat dengan rangkaian wayar/tanpa wayar berkelajuan tinggi dan teknologi ICT inovatif. Setelah memasang 4.5 juta talian tetap untuk 20 juta pengguna dalam masa hanya 12 tahun, KT merupakan pembekal telekom pertama yang memperkenalkan perkhidmatan percubaan 5G berskala besar pada tahun 2018. Ini merupakan satu lagi langkah dalam usaha berterusan KT untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan penting kerana ia berhasrat untuk menjadi Syarikat ICT No.1 dan Syarikat Rakyat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bahasa Inggeris kami di https://corp.kt.com/eng/

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180829/2223485-1LOGO

Source: Nasmedia
Related Stocks:
Korea:030200 Korea:089600 NYSE:KT
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Telecommunications Corporate Expansion New products/services