omniture

Emaar Hospitality Group Tawar Tawaran Musim Panas Luar Biasa untuk Pengunjung Dalam Kesemua Hotelnya di Dubai

Emaar Hospitality Group
2018-08-30 18:08 647

DUBAI, UAE, 30 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Emaar Hospitality Group, subsidiari hospitaliti dan libur milik Emaar Properties, menawarkan pilihan tawaran penginapan luar biasa melalui portfolionya melibatkan 13 hotel di Dubai pada musim panas ini. Sehingga 30 September 2018, tetamu-tetamu di hotel-hotel Emaar Hospitality Group dapat menikmati kadar yang sangat kompetitif yang akan membuatkan penginapan mereka di Dubai bahkan lebih bermanfaat.

generated by system

Kesemua hotel ini terletak di lokasi pusat dan berada berdekatan dengan destinasi-destinasi libur dan gaya hidup yang popular seperti Burj Khalifa, ikon global; The Dubai Mall, destinasi jualan yang paling banyak dikunjungi di dunia; dan Dubai Marina, salah satu projek pembangunan tepi pantai yang terbesar di kawasan tersebut, antara lain. Kadar istimewa musim panas disediakan melalui jenama mewah premium Address Hotels + Resorts, jenama gaya hidup mewah Vida Hotels and Resorts dan jenama berkualiti yang kontemporari Rove Hotels.

Di Address Hotels + Resorts dan Vida Hotels and Resorts, tetamu-tetamu dapat menginap selama satu malam secara percuma, untuk setiap dua malam yang ditempah. Portfolio hotel yang membolehkan tetamu-tetamu menikmati faedah-faedah ini termasuk Address Downtown, Address Boulevard dan Palace Downtown – kesemuanya di Downtown Dubai; Address Dubai Marina dan Address Montgomerie. Di bawah Vida Hotels and Resorts ialah Vida Downtown, menjamin gaya dan kemudahan serta Manzil Downtown, menyediakan hospitaliti Arab yang asli.

Rove Hotels menawarkan nilai yang tiada tandingan dengan kadar bermula pada hanya AED 198 bagi satu malam melalui kelima-lima hartanahnya iaitu Rove Downtown, Rove Healthcare City, Rove City Centre, Rove Trade Centre dan Rove Dubai Marina.

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata: "Dubai telah mengukuhkan kelayakannya sebagai destinasi percutian sepanjang tahun dan hab untuk perjalanan perniagaan. Kami menawarkan nilai luar biasa untuk tetamu-tetamu kami, yang dapat menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan di hotel-hotel hebat kami. Tawaran-tawaran ini sangat menarik buat tetamu-tetamu bagi menambah keriangan mereka untuk meneroka salah satu destinasi pelancong yang paling popular di dunia."

Tetamu-tetamu juga dapat memperoleh faedah daripada tawaran 'Live It Up', yang hanya sedia untuk dibeli di kaunter penyambut tetamu hotel di hotel-hotel yang mengambil bahagian. Terokai VR Park, Dubai Ice Rink, Dubai Aquarium & Underwater Zoo dan KidZania®, Dubai Opera serta At the Top, Burj Khalifa pada harga yang tiada tandingan. Pilihlah dua tarikan dengan hanya US$39 bagi setiap pakej atau perhebatkan lagi pengalaman melalui empat tarikan pada harga hanya US$59 setiap pakej.

Butiran lanjut, layari: http://www.addresshotels.com; http://www.vidahotels.com; http://www.rovehotels.com

Untuk butiran, hubungi: 
Kelly Home
ASDA'A BM
+971-445-076-00
kelly.home@bm.com

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel