omniture

Handheld Lantik Pengurus Jualan dan Pembangunan Produk Baharu Sokong Pertumbuhan Global Berterusan

Handheld Group
2018-08-30 23:35 1932

LIDKÖPING, Sweden dan CORVALLIS, Oregon, 30 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Handheld Group, pembekal yang terkemuka bagi komputer mudah alih tahan lasak, hari ini mengumumkan pelantikan tiga pengurus baharu bagi menyokong pertumbuhan global Handheld yang berterusan dan bagi mengukuhkan pasukan jualan dan pembangunan produknya.

  • Jeff Rogers ialah Pengurus Jualan Wilayah Timur baharu untuk Handheld AS. Jeff mempunyai pengalaman selama dua dekad dalam kepimpinan jualan dan memegang rekod prestasi yang hebat untuk jualan strategik. Beliau mempunyai pengalaman yang mendalam dalam memahami keperluan penjual semula dan pelanggan akhir yang menggunakan komputer mudah alih tahan lasak menerusi pengalaman beliau bersama Panasonic Solutions, Data Source Mobility dan Getac USA.
  • John O'Connor ialah Pengurus Akaun Strategik baharu untuk Handheld AS, bertanggungjawab untuk mengekalkan perkongsian strategik dengan akaun korporat yang besar. John ialah pakar perhubungan pelanggan dengan lebih 20 tahun pengalaman membantu pelanggan membangunkan penyelesaian produk yang kreatif dan tersuai menerusi khidmat beliau bersama syarikat-syarikat seperti Oki Data America dan Custom America.
  • Erik Gradine ialah Pengurus Program Teknikal baharu untuk Handheld Group, bekerjasama dengan pasukan Sweden kami dan tapak pengilangan antarabangsa bagi membangunkan produk-produk Handheld generasi seterusnya. Beliau membawakan pengalaman yang luas dalam membangunkan perisian dan penyelesaian GNSS daripada 18 tahun khidmat beliau di Trimble sebagai jurutera perisian dan pengurus program.

Penambahan tiga pengurus berkelayakan tinggi ini memperlihatkan komitmen Handheld dalam menyokong pelanggan baharu dan sedia ada menerusi penawaran produk yang unggul dan khidmat pelanggan yang cemerlang. Handheld terus menerajui industri pengkomputeran ultra tahan lasak dalam membangunkan penyelesaian mobiliti yang inovatif serta berpatutan untuk pasukan kerja lapangan dalam persekitaran paling mencabar di dunia.

"Pelantikan ini memperlihatkan bakat terbaik dari seluruh dunia," kata Jerker Hellström, Ketua Pegawai Eksekutif, Handheld Group. "Tatkala Handheld berkembang maju, kami terus berasa kagum dan rendah hati dengan kumpulan calon yang hebat-hebat yang kami lihat untuk jawatan baharu. Kami berasa teruja untuk mengalu-alukan Jeff, John dan Erik ke dalam Handheld dan berasa amat bangga kerana pasukan yang kami bangunkan di sini bukan sahaja mempunyai set kemahiran yang begitu mendalam tetapi juga terdiri daripada individu-individu berkualiti tinggi."

Muat turun imej akhbar Jeff Rogers, John O'Connor dan Erik Gradine di sinihttps://www.handheldgroup.com/pressroom/new-sales-and-product-development.

Pautan berguna 

Latar Belakang Handheld       
Imej akhbarhttps://www.handheldgroup.com/pressroom/new-sales-and-product-development
Rangkaian produk Handheldhttps://www.handheldgroup.com/rugged-computer/?utm_source=PRNewsWire&utm_medium=PressRelease&utm_campaign=New-Hires  
Mengapa perlu tahan lasak?

Twit berita ini: Handheld menambah tiga pengurus jualan dan pembangunan produk dengan jangkaan pertumbuhan kukuh yang berterusan: https://www.handheldgroup.com/New-Hires

LATAR BELAKANG HANDHELD 

Handheld Group ialah pengeluar bagi komputer, tablet dan peranti pegang mudah alih yang tahan lasak. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia memberikan penyelesaian mobiliti yang lengkap kepada perniagaan dalam industri-industri seperti logistik, geomatik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group dari Sweden memiliki subsidiari di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.handheldgroup.com.

PERHUBUNGAN MEDIA

Sofia Löfblad , Pengarah Pemasaran, Handheld Group, Sweden: +46-510-54-71-70
Amy Urban, Pengarah Pemasaran, Handheld-AS, AS: +1-541-752-0319

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Personnel announcements