BERLIN, 31 Ogos 2018 /PRNewswire/ --
Rakaman video IFA untuk wartawan disediakan di Pusat Siaran Global IFA
IFA di Berlin merupakan pameran perdagangan yang terkemuka di dunia untuk barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah serta bakal berlangsung mulai 31 Ogos hingga 5 September di tapak pameran Messe Berlin.
Jenama-jenama yang terkemuka di seluruh dunia akan mempamerkan produk elektronik pengguna dan peralatan rumah terkini mereka serta pelbagai inovasi yang membuat penampilan sulung di IFA bakal menarik pengunjung ke dewan-dewan pameran. Mulai 2 September hingga 5 September, Pasaran Global IFA, iaitu Platform-Penyumberan-B2B terbesar Eropah di lokasi "STATION-Berlin" bakal melengkapkan pameran tersebut.
Kejayaan besar tahun lalu, IFA NEXT 2018, platform inovasi yang berjaya untuk syarikat-syarikat baharu akan diperbesarkan lagi. Enam hari tema akan dikhususkan kepada pembentangan, perbincangan panel dan gerai pameran. Syarikat-syarikat inovatif, institut-institut penyelidikan dan organisasi-organisasi akan memaparkan idea-idea mereka untuk pasaran-pasaran masa depan.
Kemunculan baharu tahun ini: Shift Automotive! Konvensyen Mobiliti Masa Depan baharu ialah satu jalinan kerjasama antara Pameran Motor Antarabangsa Geneva, Palexpo, IFA serta Messe Berlin dan akan diadakan buat julung kalinya di IFA pada 4 September dan 5 September. Di sini, segala-galanya menumpu pada teknologi baharu yang bakal mengubah mobiliti.
Trend pada tahun 2018: Kecerdasan buatan. Produk-produk pintar dan terhubung dijangka menjadi lebih mudah menerusi pengecaman pertuturan. Lagi pula, peranti seharusnya menjadi adaptif. Terdapat juga tumpuan yang dipertingkat terhadap kesihatan peribadi. Rangkaian produk untuk peningkatan kesejahteraan turut meningkat.
Rakan media, TVT.media akan membekalkan para wartawan dengan bahan imej-bergerak komprehensif yang membuat liputan tentang IFA 2018. Bahan untuk Gala Pembukaan, impresi pameran perdagangan dan temubual bersama pempamer dan pakar industri akan dapat diperolehi di Pusat Siaran Global.
Dirk Ashauer
TVT.media GmbH, Oberländer Ufer 180-182, 50968 Köln
Tel.: +49-(0)221-78-87-95-52
Tel.: +49-(0)178-7921-90-69
Faks: +49-(0)221-78-87-95-90
Emel: dirk-ashauer@tvtmedia.de