omniture

Makeblock Umum Pembiayaan Siri C RMB 300 Juta

Makeblock
2018-08-31 09:40 2711

Syarikat akan gunakan dana bagi percepat R&D, pemasaran dan operasi global

SHENZHEN, China, 31 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka, Makeblock hari ini mengumumkan ia telah mengumpul sebanyak RMB 300 Juta (kira-kira US$44 juta) dalam pembiayaan Siri C bagi penilaian terkini sebanyak RMB 2.5 bilion (kira-kira US$367 juta). Pembiayaan ini dipimpin oleh CICC ALPHA. Turut mengambil bahagian ialah Yuexiu Industrial Investment Fund, GX Capital dan Everest Capital (LMFVC). For-Capital ialah FA.

Makeblock akan menggunakan dana pembiayaan ini untuk mempercepatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran dan operasi syarikat subsidiari. Ia bakal melancarkan produk-produk baharu pada Oktober ini. "Kami akan memperkenalkan lebih banyak produk dengan harga lebih rendah kepada keluarga dan sekolah," kata Jasen Wang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Makeblock. "Sepanjang tahun lalu, kami telah mengalami pertumbuhan pesat dari segi bahagian pasaran di Eropah, Asia Pasifik, benua Amerika dan China, hasil daripada strategi 3-cabang kami: penyelesaian perisian-perkakasan, penyelesaian pendidikan sistematik dan pertandingan robotik global. Kini, kami dapat melihat begitu banyak momentum untuk meluaskan portfolio produk kami dan menggabungkan teknologi terkini ke dalam penyelesaian STEAM kami. Kami berdedikasi untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna tempatan."

Penyelesaian Pendidikan STEAM Makeblock
Penyelesaian Pendidikan STEAM Makeblock

 Penyelesaian STEAM daripada Makeblock telah memenangi 9 gelaran antarabangsa seperti Family Choice Awards 2018 Amerika, Anugerah Gold Edison Amerika, Anugerah IDEA Gold Amerika, Anugerah CES Innovation, Anugerah IF Design Jerman, Anugerah Red Dot Product Design Jerman, Pensijilan Taraf Pendidikan Kokoa Finland, Anugerah K-Design Gold Korea dan Anugerah Good Design Jepun.

Setakat ini, Makeblock telah menjadi sebuah syarikat multinasional yang menggaji 500 kakitangan dan mempunyai syarikat-syarikat subsidiari di Amerika, Belanda, Jepun dan Hong Kong. Ia telah bekerjasama dengan lebih 1,600 rakan kongsi saluran global; menjalankan perniagaan di lebih 140 negara dan wilayah selain penglibatan dengan Microsoft dan rakan-rakan kongsi strategik yang lain seperti SoftBank C&S Jepun. Lebih 20,000 sekolah di seluruh dunia mendapat manfaat daripada penyelesaian STEAM Makeblock, termasuk 7,000 sekolah menengah di Perancis dan lebih 50% sekolah menengah di Hong Kong. Di Mexico, Makeblock telah mencipta Guinness Record bagi kelas robotik terbesar dunia bersama Jabatan Pendidikan Mexico Jalisco. Di Antartika, Makeblock telah menyertai Program Pendidikan & Penyelidikan Antartika (AERP) sebagai satu-satunya jenama robotik yang terpilih. Di Afrika, Makeblock merupakan pembekal rasmi bagi Pusat Pendidikan Robotik Kolaboratif Negara RobotsMali dan turut bekerjasama dengan NOSI (Operational Nucleus of the Information Society) demi merapatkan jurang pendidikan STEAM di Cape Verde.

www.makeblock.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180830/2224571-1

Source: Makeblock
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Financing agreements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)