omniture

Honor umum "Permainan Bermula" kepada Industri Permainan Global menerusi Honor Play, pada harga EUR 329

Honor
2018-09-03 08:24 1081

Honor Play bakal jadi yang pertama bawakan pengalaman permainan mudah alih dan hiburan dengan kepantasan luar biasa yang dicari-cari pemain.  

BERLIN, 3 September 2018 /PRNewswire/ -- Honor melancarkan Honor Play hari ini, yang pertama daripada siri produk baharu yang mengubah industri bagi membawakan pengalaman permainan dan hiburan pantas yang revolusioner yang telah dinanti-nantikan oleh industri permainan global. Honor Play adalah begitu hebat dari segi prestasinya menerusi teknologi pemprosesan grafik rintis GPU Turbo bagi memenuhi kehendak pemain muda terhadap keupayaan pemprosesan grafik yang amat pantas dan hayat bateri yang lebih lama.

Melengkapkan strategi portfolio Honor, Honor Play menawarkan golongan muda dengan apa yang mereka benar-benar inginkan daripada telefon pintar mereka, satu pengalaman permainan dan hiburan tanpa henti yang imersif. Walau bagaimanapun, sehingga kini, pengalaman ini telah dikekang oleh masalah ruang dan kapasiti, isu kecekapan haba dan penggunaan bateri disebabkan oleh populariti permainan perlawanan taktikal dan kerana persembahan AR, VR dan HDR bergantung pada kuasa pemprosesan grafik yang pantas. Bekerjasama dengan PUBG MOBILE yang merupakan salah satu permainan perlawanan taktikal paling popular, Honor menggunakan segala usaha bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah prestasi ini tetapi membangunkan telefon berorientasi pemain yang pertama seumpamanya, Honor Play – detik "Permainan Bermula" untuk industri kerana ia akan menakrifkan semula pengalaman pengguna permainan mudah alih pada titik harga yang berpatutan iaitu €329.

Honor umum "Permainan Bermula" kepada Industri Permainan Global menerusi Honor Play, pada harga EUR 329
Honor umum "Permainan Bermula" kepada Industri Permainan Global menerusi Honor Play, pada harga EUR 329

Honor Play menawarkan prestasi permainan yang belum pernah disediakan sebelum ini dan pengalaman hiburan "Sentiasa Aktif" sepanjang masa. Pelancaran ini membawakan dua teknologi telefon pintar rintis dan terkemuka dalam industri kepada pemain dan pengguna kasual. Pertama ialah GPU Turbo baharu Honor, yang meningkatkan pemprosesan grafik dan kecekapan pengkomputeran dengan ketara dan satu lagi ialah teknologi AI canggih Honor, yang merevolusikan fungsi kamera telefon pintar.

GPU Turbo ialah penyelesaian penyepaduan perkakasan-perisian inovatif yang meninggalkan pesaing Honor jauh di belakang. Sebagai rakan kongsi strategik global PUBG MOBILE, Honor Play telah meningkatkan pemprosesan grafik dengan ketara dan merangsang purata kadar bingkai kepada 39.46[1] melalui PUBG MOBILE. Kadar getaran telah dikurangkan kepada 0.21%[2], lebih daripada satu titik peratusan penuh di bawah pesaing utama Honor manakala hayat bateri mempunyai kelebihan 30 minit berbanding peranti kemegahan lain dengan 4.5 jam permainan yang mantap.

Pengalaman dalam permainan Honor Play telah didayakan dengan AI untuk penjiwaan sepenuhnya. Pengalaman permainan 4D termasuk kesan audio 3D dan getaran AI yang disesuaikan untuk permainan mudah alih paling popular serta dipadankan dengan objek serta senario permainan. AI 4D Smart Shock dapat didayakan untuk 30 getaran[3] senario berbeza, menurut arah menghampiri musuh atau tembakan. Ini dilengkapi dengan bunyi keliling 3D oleh teknologi audio 3D Histen, medan bunyi 3D ultra luas yang mengasyikkan pemain dalam pengalaman audio sinematik.

Honor Play ialah salah satu telefon kategori sederhana paling pintar dalam pasaran. Dengan pengesanan gerakan AI dan pengecaman pintar, syot kilat menggunakan kamera depan 16MP kini lebih mudah berbanding sebelum ini. Pengguna kasual akan mengalami keseronokan sama seperti pemain menerusi peranti ini, hasil daripada bateri 3,750 mAh besar yang membolehkan penggunaan permainan dan hiburan yang berat, bersamaan dengan lebih 15 jam penstriman video dan 95 jam untuk main balik muzik, meskipun dengan paparan Honor FullView FHD+ 6.3-inci. Pelbagai ciri pintar didayakan oleh cip set Kirin 970 NPU, bersama-sama EMUI 8.2, menyerlahkan kuasa pemprosesan AI yang benar-benar hebat.

Reka bentuk logam 'unibody' yang nipis dan halus didatangkan dengan pelbagai warna untuk semua pemain: Midnight Black, Navy Blue, Ultra-Violet serta Edisi Pemain istimewa bercorak merah dan hitam. Reka bentuk ini mengekalkan badan peranti skrin 5.5-inci biasa bagi memastikan ia sesuai dengan selesa pada tangan anda dan memberikan paparan kurang bezel 19.5:9.

Honor umum "Permainan Bermula" kepada Industri Permainan Global menerusi Honor Play, pada harga EUR 329
Honor umum "Permainan Bermula" kepada Industri Permainan Global menerusi Honor Play, pada harga EUR 329

Honor Play akan tersedia pada harga €329 untuk dibeli di HiHonor.com dalam pasaran-pasaran global termasuk Eropah Barat (UK, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol), CEE & Nordik, Timur Tengah, Rusia, India dan Asia Pasifik.

"Honor Play ialah detik baharu untuk industri permainan global. Honor akan menjadi yang pertama menawarkan pengalaman permainan mudah alih dan hiburan menyeronokkan yang  luar biasa," kata George Zhao, Presiden Honor. "Namun demikian, kami tidak berhenti menghasilkan produk yang bagus, kami mencipta masa depan permainan mudah alih bersama golongan muda di seluruh dunia. Honor Play merupakan tindak balas kami terhadap permintaan mereka untuk prestasi permainan dan pengalaman hiburan yang pantas dan lancar."

Peminat-peminat Honor Play akan berpeluang menguji kemahiran mereka dan bersaing dengan pemain-pemain hebat dunia di Gamescom tahun ini, melalui PUBG MOBILE dan Asphalt 9. Kedua-dua permainan telah disesuaikan untuk Honor Play dan banyak lagi permainan lain yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Berkongsi minat yang sama terhadap kelajuan dan prestasi, Honor, e-jenama telefon pintar bekerjasama dengan Audi untuk meraikan ketibaan Honor Play. Selaku rakan rasmi Audi Sports R8 LMS Cup, dengan Audi R8, Honor Play menggabungkan reka bentuk yang elegan dan prestasi yang hebat. Kedua-dua Audi R8 dan Honor Play memberikan kelajuan yang melangkaui had imaginasi.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah naungan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui: 
https://www.facebook.com/honorglobal/
 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

[1] Kadar bingkai penuh ialah 40. Berdasarkan ujian makmal Honor
[2] Berdasarkan ujian makmal Honor
[3] Kini disediakan melalui PUBG MOBILE

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180831/2224963-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180831/2224963-1-b

Source: Honor
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services