omniture

Suning Kini Di Kedudukan Kedua Dalam Kalangan 500 Perusahaan Utama Bukan Milik Kerajaan China

Suning Holdings Group
2018-09-03 09:11 1375

NANJING, China, 3 September 2018 /PRNewswire/ -- Suning Holdings Group ("Suning"), salah satu perusahaan komersil terkemuka China, telah diberikan kedudukan #2 dalam laporan tahunan 500 perusahaan utama bukan milik kerajaan China National Federation of Industry and Commerce (CNFIC) ("Laporan") untuk tahun ketiga berturut-turut.  Suning memperoleh pendapatan tahunan RMB 557.9 bilion ($US 80.8 bilion) untuk berada pada kedudukannya dalam Laporan, yang turut mengiktiraf statusnya sebagai syarikat No. 1 dalam kalangan industri perkhidmatan.

Suning Now Ranked 2nd Among China's Top 500 Non-state-owned Enterprises
Suning Now Ranked 2nd Among China's Top 500 Non-state-owned Enterprises

Senarai 500 perusahaan utama bukan milik kerajaan China dihasilkan berasaskan pendapatan tahunan.  Sejak ia dikeluarkan pada 2010, Suning telah tersenarai bagi 9 tahun berturut-turut, dan telah menyaksikan pendapatan tahunannya meningkat daripada RMB 117 bilion kepada hampir RMB 557.9 bilion dalam tempoh tersebut.

"Kedudukan utama kami yang konsisten dalam Laporan tahunan CNFIC mengesahkan bahawa strategi yang dibentangkan oleh kepimpinan Suning selaras dengan trend ekonomi yang lebih luas di China dan di seluruh rantau," kata Zhang Jindong, Pengerusi Suning Holding Group. "Selama lebih 40 tahun, ekonomi Cina telah membuat pencapaian yang menakjubkan yang memimpin dunia.  Perjalanan 28 tahun Suning dalam pertumbuhan, daripada peruncitan kepada rantaian peruncitan komprehensif hinggalah kepada 'Peruncitan Pintar,' merupakan satu inovasi berterusan.  Saya percaya strategi Peruncitan Pintar Suning akan memacu kami ke lembaran pembangunan pantas yang seterusnya."

Diasaskan pada 1990, Suning merupakan salah satu perusahaan komersil terkemuka di China.  Berevolusi daripada perniagaan utamanya dalam peruncitan, Suning mengukuhkan dan meluaskan perniagaan terasnya menerusi lapan industri menegak:  Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan, dan Pelaburan, yang mana Suning.com tersenarai dalam senarai Global Fortune 500 pada tahun 2017 dan 2018.

Subsidiari utama Suning, Suning.com, baru sahaja selesai promosi beli belahnya yang paling berjaya pada 18 Ogos, meningkatkan jualan omni-saluran sebanyak 155% mengatasi tahun lepas.  Promosi ini, "pesta beli belah" yang menggabungkan strategi dalam talian dan luar talian dengan konsep peruncitan pintar yang revolusiner, turut menyaksikan aplikasi jualan rasmi Suning.com mendapat tempat no. 1 bagi muat turun untuk sembilan hari berturut-turut semasa promosi, manakala bilangan pengguna aktif meningkat 97% mengatasi tahun lepas.

Selain kejayaannya dalam perniagaan runcit, Suning turut menjadi pelopor dalam logistik dan kewangan.  Sehingga akhir Jun tahun ini, Suning Logistics dan Tiantian Express mempunyai jumlah keluasan 7.35 juta meter persegi bagi Gudang dan kemudahan berkaitan, dan 23,416 outlet penghantaran ekspress.  Pendapatan pengendalian Suning Logistics yang disosialkan (tidak termasuk Tiantian Express) meningkat sebanyak 118.49%.  Perniagaan pembayaran kewangan Suning menambah bilangan keahlian sebanyak 48% berbanding tahun sebelumnya, dan bilangan transaksi kumulatif bagi pembiayaan rantaian bekalan meningkat sebanyak 29%.  Menurut Indeks Unikorn Rantau Besar China yang dikeluarkan oleh Hurun Research Institute pada suku kedua 2018, Suning Finance berada pada kedudukan ke-22 dalam senarai dengan nilai melebihi RMB 30 bilion.

Latar Belakang Suning Holdings Group

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning Holdings Group (Suning) merupakan salah satu daripada syarikat komersil utama China dengan dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada 2017, Suning menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 syarikat swasta yang terkemuka di China dengan jualan tahunan sebanyak AS $65.7 bilion (RMB 412.95 bilion). Susulan misinya untuk "Memimpin Ekosistem merentasi Industri dengan Mewujudkan Kualiti Hidup Elit untuk Semua", Suning telah memperkukuh dan memperluas perniagaan utamanya melalui lapan industri menegak: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Harta Tanah, Media & Hiburan, Sukan, dan Pelaburan, yang mana Suning.com disenaraikan pada Fortune Global 500.

Untuk maklumat lanjut lihat www.suningholdings.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180831/2225782-1

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Real Estate Retail