BEIJING, 3 September 2018 /PRNewswire/ -- Babel Technology, sebuah syarikat teknologi tinggi berpangkalan di Beijing yang beroperasi dalam bidang AI, telah memperkenalkan penterjemah WiFi proprietari generasi seterusnya, JoneR Pro, ke seluruh dunia.
JoneR Translator, dibangunkan oleh Babel Technology dengan gandingan Pusat Teknologi Pertuturan dan Bahasa (CSLT), Universiti Tsinghua, merupakan penterjemah AI pintar paparan pertama di dunia. Produk ini pantas meraih kedudukan utama dalam senarai jenama 10 penterjemah utama setelah dinilai oleh pakar industri.
Sebagai versi 2.0 JoneR Translator, JoneR Pro tampak seakan-akan telefon pintar dengan fungsian perniagaan yang beraneka. Selain algoritma pembelajaran mendalam TZ, algoritma rangkaian saraf TZ dan sistem 4-mik susunan linear, JoneR Pro turut meneraju dalam menyediakan perkhidmatan sehenti bagi pengguna yang mengembara ke luar negara yang memerlukan penterjemahan bahasa, akses internet global dan panduan audio untuk destinasi perjalanan popular.
JoneR Pro menyokong penterjemahan dua hala antara 45 pasangan Bahasa, antaranya, Bahasa Cina, Inggeris, Perancis, Indonesia, Jepun, Korea, Rusia, Sepanyol dan Thai, selain 57 loghat wilayah. JoneR Pro diiktiraf sebagai Penterjemah Global kerana mempunyai 97% kadar ketepatan penterjemahan dua hala antara Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Selain itu, peranti komunikasi ini juga menyediakan penterjemahan dua hala luar talian antara Bahasa Cina dan Inggeris, Jepun, Korea dan Rusia untuk pengguna berinteraksi dalam kawasan yang tidak mempunyai akses internet.
Sorotan teknologi JoneR Pro termasuk terjemahan teks yang dirakam oleh kamera dalam 15 bahasa, menggunakan pengenalan abjad optikal (OCR) untuk menterjemah menu, papan tanda jalan, atau apa-apa sahaja yang mempunyai teks di atasnya. Dengan ciri lampu denyar eksklusif, fungsi OCR boleh digunakan pada waktu malam dan di persekitaran yang malap dengan berkesan.
Terutamanya, JoneR Pro menyediakan fungsian bantuan yang inovatif dan praktikal dengan memanfaatkan teknologi pengenalan objek AI: hanya halakan kamera pada satu objek dan pengguna akan dibentangkan dengan pengetahuan ensiklopedia berkenaan objek tersebut. Sebagai pembantu peribadi AI, halakan peranti kepada papan tanda yang menunjukkan nama tempat tersebut untuk menerima arahan navigasi dan keadaan cuaca setempat, atau layangkan di atas mata wang asing untuk mendapatkan kadar pertukaran wang semasa.
JoneR Pro menyasarkan untuk menangani cabaran komunikasi silang bahasa, menyediakan pengalaman pengembaraan luar negara yang lebih baik buat pengguna dengan perkhidmatan penterjemahan yang mudah digunakan, akses internet dan panduan pengembaraan.