omniture

Menang Anugerah Inovasi Teknikal Produk IFA, wujudkan jenama-jenama luar negara baharu, SKYWORTH perkenal strategi jenama "AI"

Skyworth RGB
2018-09-04 09:53 1443

BERLIN, 4 September 2018 /PRNewswire/ -- Pada 31 Ogos 2018, Internationale Funkausstellung (IFA) Berlin 2018 membuka tirai seperti yang dijadualkan. Pada hari pertama beberapa berita terkini telah membuatkan jenama China SKYWORTH serta merta menjadi tumpuan. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 SKYWORTH, S9A, apabila produk OLED tahunan, memenangi "Anugerah Emas Inovasi Interaksi AI" bagi Anugerah Inovasi Teknikal Produk IFA. SKYWORTH memperkenalkan strategi jenama "AI" dan mewujudkan jenama baharu METZ blue yang bakal dilancarkan di Eropah, India dan Hongkong, China pada bulan September.

SKYWORTH in IFA
SKYWORTH in IFA

SKYWORTH mempamerkan TV G9 skrin gergasi berukuran 100 inci, siri TV OLED cemerlang (W80, S9A, S8A), TV Android dengan konsep "AI" dan Coocaa Lite TV dengan perkhidmatan suara berasaskan awan Amazon Alexa serta video Prime, dan sebagainya. Pameran ini juga mempunyai bilik pengalaman TV super. TV F7 skrin besar berukuran 86 inci bakal menampilkan teknologi pengimejan Dolby Vision HDR, digandingkan dengan set teater rumah 7.1.4 Dolby Atmos, memberikan pengalaman yang mengagumkan dan imersif. Bilik pengalaman pintar turut disediakan bagi menonjolkan kedudukan utamanya dalam pembangunan AI.

Dalam siri produk, S9A, TV OLED kemegahannya, memenangi "Anugerah Emas Inovasi Interaktif AI". Sebagai pelopor dalam teknologi AI, SKYWORTH turut mengumumkan bahawa "TV AI" akan menjadi strategi jenama mulai saat ini. Menumpu pada kecerdasan buatan, mencipta keluarga pintar, merealisasikan saling hubung berbilang liang. SKYWORTH AI TV ialah produk AI komprehensif, ia bukan sahaja membawakan Kecerdasan Buatan dalam ekosistem, tetapi juga Inspirasi Artistik pada reka bentuk, Imej Estetik pada kualiti gambar, Instrumen Akustik pada kualiti bunyi dan sistem Semua-dalam-1. Usaha-usaha strategik ini memperlihatkan cita-cita SKYWORTH untuk mengembangkan kemahirannya dalam bidang AI. "Anugerah Emas Inovasi Interaktif AI" amat layak untuk susun atur produk komprehensif SKYWORTH bermula daripada TV OLED mewah kepada TV pintar.

S9A won "AI Interactive Innovation Gold Award"
S9A won "AI Interactive Innovation Gold Award"

SKYWORTH turut melancarkan jenama mewah moden METZ blue. Ini merupakan satu lagi langkah selepas kejayaan pengambilalihan oleh SKYWORTH terhadap syarikat jenama mewah Metz Jerman pada tahun 2015. Meskipun jenama asal Metz classic terus menguasai pasaran mewah di Jerman, METZ blue akan menjadi lebih inklusif dan lebih sesuai untuk generasi muda. Mulai September tahun ini, METZ blue akan dilancarkan di Eropah, India dan Hongkong, China.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.iskyworth.com  

Facebook: https://www.facebook.com/SkyworthGlobal  
E-mel: overseas@skyworth.com  

Perhubungan Media: Dylan Wang, +86 15626184174, wanghaoyu@skyworth.com  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180903/2226490-1-a  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180903/2226490-1-b  


Source: Skyworth RGB
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Awards Trade show news