omniture

HUION Animation Technology muncul di IFA Berlin 2018

Huion
2018-09-04 21:18 913

Tablet & paparan pen terkini disediakan, datanglah dan lihatlah sendiri!

BERLIN, 4 September 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu pasaran teknologi yang paling penting di dunia, IFA (diadakan pada 31 Ogos 2018) ialah tempat pertemuan utama untuk penjual, pembeli dan pakar utama daripada industri dan media. Dalam usaha mencipta studio rekaan yang eksklusif untuk pelanggan, kali ini HUION membawakan beberapa paparan pen terkini di IFA daripada siri Kamvasdengan prestasi dan fungsi yang dinaik taraf. Di samping itu, Kamvas Pro 13 turut membuat penampilan sulung di IFA.

HUION di IFA Berlin 2018
HUION di IFA Berlin 2018

"Apa yang paling perlu diberi perhatian oleh kami ialah pengalaman pengguna," kata Leo Luo, ketua PD bagi produk HUION, "kerana ulasan daripada pelanggan kami memberikan kami hala tuju untuk memperbaiki diri kami dan menjadikan produk kami lebih kompetitif!"

Paparan Pen Kamvas Pro 13  

Kamvas Pro 13 mempunyai resolusi super tinggi, 5080LPI. Lebih tinggi nilainya, maka lebih tepat dan haluslah garisan dan warna yang akan terhasil, yang memastikan kejelasan hasil kerja yang tercipta. Gamut lebih luas 120% sRGB turut membantu membawakan kehalusan warna sama yang dipaparkan pada kanvas. 266PPS, kadar laporan yang utama dalam industri setakat ini, bukan sahaja menyumbang kepada kepekaan stilus yang luar biasa, tetapi juga menyingkirkan bebatan maklum balas yang tidak diundang dan juga garisan yang terganggu.

Pen digital dengan mata pen lancar selesa untuk dipegang memandangkan ia terletak pada tangan dengan sempurna. Ciri cembung suis yang terletak pada sisi pen direka sebagai penunjuk bagi mengelakkan tekanan butang yang tidak disengajakan. Dengan berat 16.5g dan dibuat daripada bahan-bahan berteknologi tinggi tahan lasak, menjadikan mata pen ini lebih mudah digunakan.

Paparan Pen Kamvas GT-221 Pro

Penggunaan kaca AG dapat mengurangkan banyak kesan silau pada skrin walaupun di bawah lampu sorot yang kuat. Kemasan kaca yang halus yang rasanya hampir menyerupai kertas memberikan pengguna dengan pengalaman yang sama ketika melukis pada kertas.

Kepekaan tekanan meningkat empat kali ganda kepada 8192, membolehkan modifikasi yang terperinci, memandangkan input lengkung tulisan tangan dengan tahap tekanan berbeza boleh dikesan dengan tepat. Dengan itu, kelicinan dan kekonsistenan setiap garis yang dilukis dapat dipastikan.

Tablet Pen Inspiroy Q11K V2  

Aplikasi teknologi resonans elektromagnetik tanpa bateri membolehkan pen digital menyokong hasil kerja kreatif yang berterusan. Selain itu, 8 kekunci jalan pintas tentuan pengguna dihasilkan dengan braille pada permukaan, yang akan memudahkan kerja dan meningkatkan kecekapan. Camfer turut ditambah pada setiap sisi tablet bagi mengurangkan ketidakselesaan ketika bekerja menggunakan tablet dalam tempoh masa yang panjang.

Paparan Pen Kamvas Pro 13
Paparan Pen Kamvas Pro 13

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila layari www.huion.com

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk, sila hubungi pengurus di talian +86-182-1916-9409 atau emelkan kepada service@huion.com

Latar Belakang HUION

HUION Animation Technology Co., Ltd. ditubuhkan pada tahun 2007, yang merupakan sebuah perusahaan berteknologi tinggi negara yang mempunyai pelbagai paten dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas. Melalui pengalaman selama bertahun-tahun dalam aplikasi teknologi input tulisan tangan Resonans Elektromagnetik dan usaha-usaha berterusan yang membuahkan hasil dalam R&D membolehkan HUION menyediakan penyelesaian tersuai bagi mereka bentuk aplikasi input tulisan tangan.

"HUION" bermaksud raja lukisan dalam Bahasa Cina, mahkota yang diletakkan di atasnya dicipta bagi melambangkan perkataan "raja" dalam logo tersebut. Mahkota ini ialah hasil kombinasi tiga pen, yang menggambarkan semangat lukisan. "Tiga" mewakili kestabilan dan keseimbangan dalam budaya Cina, yang turut menandakan keazaman syarikat untuk menyediakan produk-produk yang dijamin kualitinya selain kekuatan untuk berdepan dengan cabaran.

Hubungi
Carlos Lin:
+86-150-1881-5505

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180903/2226726-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180903/2226726-1-b

Source: Huion
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services Trade show news