omniture

TUTC Menang 'Syarikat Perkhemahan Mewah Terkemuka Asia' di World Travel Awards 2018

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2018-09-05 11:35 653

MUMBAI, India,, 5 September 2018 /PRNewswire/ --

The Ultimate Travelling Camp (TUTC) sekali lagi dinamakan sebagai 'Syarikat Perkhemahan Mewah Terkemuka Asia' di World Travel Awards Tahunan ke-25, disampaikan dalam sebuah majlis gilang gemilang di Hong Kong. TUTC, yang telah menerima pelbagai anugerah, mengekalkan gelaran ini buat tahun ketiga berturut-turut di World Travel Awards, yang dipercayai menjadi penghormatan unggul dalam industri pengembaraan.

generated by system

Mengulas mengenai pencapaian ini, Cik Dhun Cordo, pengasas bersama, TUTC, berkata, "World Travel Awards yang menyambut ulang tahun ke-25, telah mengiktiraf ramai pemimpin daripada industri pengembaraan dan hospitaliti selama bertahun-tahun. Kami amat berbesar hati kerana diiktiraf di platform berprestij ini berkali-kali, dan diundi oleh tetamu dan rakan sejawat industri kami. Tahun lalu menjadi detik yang sangat bermanfaat dengan kumpulan hartanah The Ultimate Travelling Camp menyebarkan akar umbi glamping (perkhemahan mewah) ke lokasi-lokasi hebat yang lain di seluruh India."

Beliau menambah, "Kami turut mengusahakan penginapan separa kekal dan meluaskan portfolio mewah kami menerusi pelancarkan pengalaman persinggahan mewah yang dijenamakan semula di Dudhwa, Uttar Pradesh. Kami berasa amat gembira kerana usaha kami untuk mencipta segmen untuk bidang pengembara mewah telah mendapat pengiktirafan berterusan daripada pengembara yang arif dan pakar industri."

TUTC beroperasi di kawasan-kawasan yang belum diteroka di India, termasuk Chamba Camp, Thiksey (Ladakh), Chamba Camp, Diskit (Ladakh), Kohima Camp (Nagaland) dan Jaagir Lodge Dudhwa (Uttar Pradesh). Setiap hartanah mewah membawakan pengalaman yang mempromosikan kekayaan dan keunikan destinasi tersebut. Chamba Camps menjamin perlindungan kepada pelbagai aspek dalam cara hidup Ladakh dan Buddha, kem Kohima yang bertepatan dengan festival Hornbill bertujuan untuk memulihkan, melindungi dan memelihara tradisi 16 puak asli Nagaland dan Jaagir Lodge Dudhwa, pengalaman persinggahan mewah yang membiasakan tetamu dengan inisiatif-inisiatif hidupan liar dan pemuliharaan yang mengujakan dalam ekosistem paling pelbagai di India.

World Travel Awards dianggap oleh kebanyakan individu sebagai 'Oscar Industri Pengembaraan' yang meraikan kecemerlangan dalam pelancongan global. Ramai yang menganggap majlis-majlis ini sebagai peluang-peluang perangkaian terbaik dalam industri pengembaraan dan pelancongan, dihadiri oleh tokoh-tokoh termasyhur daripada industri pengembaraan.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi +91-8010902222, emelkan kepada kami melalui info@tutc.com atau layari laman sesawang kami http://www.tutc.com.

Sumber: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel