omniture

Battle Through the Heavens Ditayang Julung Kali pada 3 September

New Classics Media
2018-09-06 00:25 2339

Leo Wu Lei Himpunkan Pejuang-pejuang Paling Kuat & Isytihar Perang

BEIJING, 6 September 2018 /PRNewswire/ -- Siri TV remaja fantasi Battle Through the Heavens ditayangkan buat julung kalinya pada 3 September 2018, pada jam 10 malam Waktu Standard Beijing (GMT+8). Rancangan ini diadaptasi daripada novel "Heavenly Silkworm Potato", diterbitkan oleh Wanda Media dan New Classics Media, diarahkan oleh Ringo Yu, dengan Zhang Ting sebagai teraju bagi lakon layar TV.

Battle Through the Heavens ditayangkan julung kalinya pada 3 September. Leo Wu Lei Himpunkan Pejuang-pejuang Paling Kuat & Isytihar Perang
Battle Through the Heavens ditayangkan julung kalinya pada 3 September. Leo Wu Lei Himpunkan Pejuang-pejuang Paling Kuat & Isytihar Perang

Treler terunggulnya menunjukkan bahawa pertarungan antara cahaya dan kegelapan bakal meletus di Benua Dou Qi!

Dalam poster, watak-watak utama Xiao Yan dan Xiao Xun'er memulakan langkah dalam perjalanan Akademi Jianan mereka yang dipenuhi dengan semangat pertarungan, keterujaan darah muda. Apabila Dou Zhe (pejuang) muda dengan bakat-bakat anugerah syurga berganding bahu, mereka tidak berasa gentar dengan jalanan yang mengugah jiwa untuk mengatasi kekejaman, mengembalikan keadilan dan menghancurkan cubaan pertumbuhan.

Bakat-bakat yang sudah terbukti, Ringo Yu, Carmen Lee, Ling Xiaosu, Qiu Xinzhi, dan pelakon bersama Kenneth Tsang, menyembunyikan hasrat mereka untuk membunuh dengan mata yang tersenyum, mempamerkan karisma unik mereka dengan pelbagai gaya yang mempesonakan.

Ketika jalan cerita beransur-ansur mendedahkan hakikat sebenarnya, pemuda tersebut melancarkan serangan balas dan Benua Dou Qi dipenuhi bahaya pada empat penjuru dan misteri terus membanjiri. Xiao Yan, seorang pemuda yang sebelum ini dianggap tidak berguna, berpegang teguh pada usaha pencarian beliau terhadap keadilan dan berikrar untuk meneruskan sikap "tiada kompromi, tidak berputus asa" hingga ke akhirnya.

Susulan teriakan "30 tahun di timur sungai, 30 tahun di barat sungai, jangan membuli orang muda kerana miskin", semboyan pertempuran bagi melancarkan peperangan antara baik dan jahat di Benua Dou Qi telahpun dibunyikan.

Rancangan ini akan disiarkan di Hunan TV bermula pada 3 September 2018, menayangkan episod-episod baharu pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam (GMT+8) semasa slot masa Youth in Action Theatre. Siaran web akan diadakan secara eksklusif melalui Tencent Video.

Perjalanan penuh cubaan ditakdirkan sukar, tonton dan saksikan bagaimana pemuda berdarah panas mendapatkan kuasa untuk melancarkan dan menerobos persada dunia dan bertarung dengan bijak bersama syurga!

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180904/2227094-1

 

Source: New Classics Media
Keywords: Entertainment Multimedia/Online/Internet Television New products/services