omniture

JD Cloud Jalin Kerjasama dengan VSTECS untuk Pasaran Luar Negara

VSTECS
2018-09-06 18:08 1824

BEIJING, 6 September 2018 /PRNewswire/ -- Pada 5 September 2018, VSTECS (00856.HK) dan JD Cloud mengumumkan satu perkongsian strategik. Kedua-dua syarikat bersetuju untuk menggabungkan sumber-sumber mereka bagi meningkatkan aplikasi, promosi dan pembangunan pengkomputeran awan serta perkhidmatan berkaitan di China dan pasaran luar negara.

Liu Ningdong, CEO of VSTECS China and Wang Peinuan, Vice President of JD Group and head of Strategic Cooperation of JD Cloud were signing an agreement, witnessed by Zhou Yibing, Vice President of VSTECS Group and Chairman of VSTECS China and Samuel Shen , President of JD Cloud
Liu Ningdong, CEO of VSTECS China and Wang Peinuan, Vice President of JD Group and head of Strategic Cooperation of JD Cloud were signing an agreement, witnessed by Zhou Yibing, Vice President of VSTECS Group and Chairman of VSTECS China and Samuel Shen , President of JD Cloud

Pada separuh pertama tahun 2018, JD Cloud, penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan bersepadu semua-platform JD Group, menyelesaikan lelaran V4.0, membangunkan 108 produk dan perkhidmatan dalam lebih 10 kategori secara bebas. Setakat ini, JD Cloud telah mengumpul lebih 2,500 rakan kongsi kelas-perusahaan dan 330,000 pengguna berdaftar. Sentiasa mengoptimumkan teknologi dan perkhidmatannya, JD Cloud melangkah ke arah matlamatnya yang lebih hebat, iaitu menuju persada global, sementara perkongsian dengan VSTECS menjadi langkah penting memandangkan ekosistem yang berkesan amat diperlukan untuk matlamat ini.

VSTECS and JD Cloud concluded a strategic partnership agreement
VSTECS and JD Cloud concluded a strategic partnership agreement

VSTECS ialah platform penyelesaian produk teknologi dan perkhidmatan rantaian bekalan terbesar di Asia Pasifik, dengan jaringan perkhidmatannya mencakupi sembilan negara termasuk China, Singapura dan Malaysia, mencecah 1.8 bilion orang melalui 45,000 rakan kongsi saluran. Dalam pasaran luar negara, VSTECS mempunyai kelebihan dalam rantaian bekalan, perkhidmatan sehenti, modal, simpanan, logistik, jenama dan perkhidmatan luar talian & dalam talian. Dengan liputan serantau yang luas dan keupayaan peluasan pasaran yang mantap, VSTECS amat berpadanan dengan JD Cloud dari segi sumber dan kedudukan, khususnya keupayaan peluasan pasaran luar negaranya yang mendorong perkongsian ini.   

Signing ceremony of strategic partnership between VSTECS and JD Cloud
Signing ceremony of strategic partnership between VSTECS and JD Cloud

Di bawah perkongsian strategik ini, VSTECS dan JD Cloud bersetuju untuk:

1. Menjalankan kerjasama mendalam menerusi pengkomputeran awan, data raya, AI, perniagaan dan perdagangan, teknologi, logistik, kewangan, e-dagang, belian kumpulan, pembinaan dan operasi pusat data, inkubasi industri dan pemupukan bakat serta memberi keutamaan untuk memperkenalkan produk dan penyelesaian satu sama lain.

2. Memilih antara satu sama lain sebagai pembekal dan ejen saluran utama.

3. Memilih antara satu sama lain sebagai rakan kongsi utama untuk perkhidmatan inovatif.

"JD Cloud sangat berkebolehan dalam inovasi teknologi. Dengan memanfaatkan VSTECS dalam liputan saluran dan pasaran, berserta sumber pelanggannya dan amalan industri yang dikumpul selama beberapa tahun, kerjasama ini akan membawakan pengguna dengan perkhidmatan awan yang lebih baik dan menerajui masa depan pengkomputeran awan dengan JD Cloud di Asia Pasifik," kata Zhou Yibing, Naib Presiden VSTECS Group dan Pengerusi VSTECS China di majlis penandatanganan.

"VSTECS memanfaatkan sepenuhnya teknologi-teknologi canggih seperti pengkomputeran awan, data raya dan AI bagi meningkatkan inovasi perkhidmatan. Kami berasa berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi sealiran seperti VSTECS untuk terus mencipta nilai buat pelanggan," kata Samuel Shen, Presiden JD Cloud.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180906/2226702-1-a
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180906/2226702-1-b
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180906/2226702-1-c

 

Source: VSTECS
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Contracts